Monday, March 18, 2013

(GAMBAR) Kuala Lumpur Dahulu Kala

First time keluar pergi jalan kat Kuala Lumpur dengan kawan-kawan masa form 2 kot. hahaha. Sebab dulu masa kecil-kecil nak pergi KL sorang-sorang memang sesat larat lah dengan tak reti naik public transport. Masa form 2 dah pandai pergi Pavilion, aku fikir Pavilion tu macam Mydin je, rupanya dah macam Istana Negara besar dia.

Aku pernah naik Bas Mini Wilayah yang warna pink tu, tambang 30sen je kalau tak silap. Korang mesti ingatkan, lantai bas mini wilayah tu macam pentas Who Wants To Be A Millionaire haha. Lepas dah tak ada bas mini wilayah, ada bas Intrakota, masa ni dah start pakai mesen resit. Tiket comel-comel tu.

 

Lepastu yang aku ingat lagi, masa kecil-kecil dah pergi Sg Wang, masa tu join coloring contest kat situ. Masa kecil-kecil dulu aku duduk kat Balai Bomba, Pantai Bharu, Bangsar sana. Cemana aku boleh ingat pasal Sg Wang? haha. Sebab patung air pancut depan Sg. Wang tu la. Sampai sekarang ada lagi.

Tapi korang pernah tak tengok bangunan-bangunan lama kat KL dulu? Bagi aku dulu KL sangat cantik dan vintage, paling suka tengok bas, sebab bentuk dia macam bullet train. ahaa. Ni sekarang ni nak tunjuk gambar-gambar Kuala Lumpur zaman dulu.


 
Ini adalah The Regent of Kuala Lumpur, depan 
Sg Wang dan sebelah Lot 10.

The Regent of Kuala Lumpur dah bertukar jadi Parkroyal. 
Boleh imagine kat mana terletak?

Chow Kit - 1970s

Bangunan Sultan Abdul Samad -1957

A&W Restaurant di PJ (depan Amcorp Mall) - 1963 
Restoren makanan segera pertama.

Petaling Street - 1925

Muzium Selangor (Sekarang Muzium Negara)

Stesen Keretapi Tanah Melayu KL - 100 tahun lepas

Pembinaan Stadium Merdeka -1950s

Bukit Bintang -1989 | Cuba tengok Pizza Hut bawah tu, masih 
ada sampai harini :)

Masjid Jamek KL 1970s

Hotel Equatorial, padang belakang tu tapak KLCC -1970s

Flat Pekeliling

Federal Hotel (bumbung bulat) masih ada sampai harini. 
Dekat dengan Plaza Lowyat

Jalan Tunku Abdul Rahman - 1953
Nampak tak ada kepala orang kat bangunan kiri tu? Sekarang adalah
Kompleks Pertama dan SOGO .


Hmm banyaknya gambar. So cemana nak buat closing ni? Google sendiri lah k pasni? Atau join forum kat forum.cari hihi. So bumi makin tua, KL makin kelabu, dah tak nampak hijau-hijau. Jaga alam sekitar k. Bye.



Saturday, March 16, 2013

Jiran Selang 40 pintu

Kerana rindu, kami lalui dunia ini menyantuni sunnahmu, demi satu senyuman daripadamu, ya Rasulullah.

"Mak, saya lapar," anak tunggal saya mengadu. Saya hanya mampu melihat, memegang erat bahunya. Apakah yang dia tahu? Dia masih anak kecil. Saya rasa bersalah kerana tidak semena-mena anak kecil ini menjadi mangsa keadaan.

Saya berusaha memujuk, "Sabar, ya. Ibu tidak ada duit. Bagaimana kita mahu makan?" Deraian air mata meluncur laju.

Kawasan perumahan tempat tinggal kami ini bukan kawasan setinggan, bukan pula empat orang tidak berduit. Tetapi kematian suami saya yang mengejut memberi kesan kepada hidup saya anak-beranak. Tiada apa yang diwariskan. Semua simpanan dan harta lain terpaksa dijual bagi membayar hutang. Hanya tinggal rumah ini. Namun, apa gunanya. Mungkin rumah ini pula terpaksa digadai. Kusut. Kerungsingan yang tidak terluah.

Mahu diminta bantuan jiran, mereka tidak pernah mengambil tahu langsung perihal kami. Biasalah perumahan besar seperti ini rata-rata tidak mahu langsung mengambil tahu hal ehwal jiran di sekeliling mereka. Termasuk saya juga.



Selama ini, saya bergantung hidup pada suami semata-mata. Saya makin buntu. Saya sanggup menahan lapar. Tetapi, bagaimana pula anak kecil saya? Dia masih naif.

Tiba-tiba jkami dikejutkan oleh ketukan pintu. Saya berlari membukanya. Seorang lelaki tua sedang tercegat di hadapan rumah sambil tersenyum. "Puan Fatimah, saya tinggal selang 40 buah rumah puan. Rumah saya yang paling buruk sekali di perumahan ini. Saya mahu bertanya adakah puan perlukan apa-apa bantuan?" kata lelaki itu.

Saya terus menjawab. "Ya, saya sangat perlukan bantuan. Anak saya ini sudah beberapa hari tidak makan. Dapatkah tuan menolong saya?"

Lelaki tua itu memandang sayu. "Sebentar lagi saya datang semula, saya bawa sekali barang-barang dapur."

Selepas 20 minit, lelaki tua itu datang semula bersama seorang perempuan tua.

"Ini isteri saya, Mak Jah. Ini sedikit barang keperluan untuk puan selama seminggu. Sekiranya tidak cukup, beritahu sahaja kami," kata lelaki tua itu sambil menghulurkan barang-barang dapur.

Menitis air mataku melihatkan betapa baiknya budi manusia yang tidak pernah kenal akan diri ini.

"Pak cik dan makcik, mengapa baik sangat kepada keluarga saya?"

"Anak, kami hanya menyempurnakan hak kami," kata Mak Jah sambil menguntum senyuman.

"Hak apa mak cik?" saya terpinga-pinga.

:Hak sebagai jiran. Kebetulan rumah anak ini adalah rumah yang ke-40 dari rumah kami. Kami cukup lega dapat menunaikan amanah ini," luah Mak Jah.

"Nabi Muhammad berpesan, kita perlu menjaga hak jiran. Ia adalah satu daripada tanggungjawab sebagai Muslm," tambhanya lagi.

Air mataku berguguran. Sunggu mulia mereka ini. Pada masa bahagia, saya tidak pernah mempedulikan jiran-jiran di sekeliling saya.

"Ya Allah, ampuni diri ini."

Ps: mengambil tahu hal orang lain dalam batasan yang perlu mungkin sahaja mampu menyelamatkannya dan mengeluarkan mereka daripada masalah yang menimpa.

Yuna Zarai performing on The Jay Leno Show


YUNALIS ZARAI  merupakan artis Asia Tenggara pertama yang menyanyi secara live di The Jay Leno Show dan rancangan tersebut adalah sebuah rancangan  bual bicara yang sangat sangat sangat popular di USA. Boleh dikatakan hampir 70% hingga 80% selebriti Hollywood pernah ditemubual dalam rancangan tersebut dan termasuklah President Barrack Obama. 


Bangga memang bangga, ini boleh membuktikan Melayu memang boleh berjaya kalau ada desire yg kuat. Lagu Shine Your Way untuk soundtrack animasi The Croods pula dinyanyikan secara berduet dengan Owl City. Yuna dah berjaya lebarkan sayap dia dari negeri Perak hingga ke US. Selain tu juga, lagu soundtrack Shine Your Way juga telah dinyanyikan oleh kesemua Top 10 American Idol Season 12. Congratulations Yuna Zarai. 

Owl CIty and Yuna - Shine Your Way on Jay Leno Show.

Top 10 American Idol Season 12 - Shine Your Way


Untunglah Yuna, James Franco shake hands dengan dia. James Franco ni pelakon utama filem Oz The Great and Powerful. Cerita ni baru ditayangkan kat wayang. Semalam baru pergi tengok. hihihi

Thursday, March 14, 2013

Kenapa Tan Sri P Ramlee kekal diingati?

Haritu Ustaz Don ada bagi ceramah kat Kolej. Macam-macam la dia cerita, daripada tajuk asal iaitu Cinta, sampai ke P Ramlee dia cerita. Ustaz Don bagitahu, Allahyarham Tan Sri  Ramlee ni adalah kawan baik atoknya. P Ramlee ni kan orang Pulau Pinang. Ustaz Don pun orang Penang kan. So memang kenal rapat lah.

Ustaz Don pun mulakan cerita.
"Hang semua tau dak kenapa P Ramlee kekal diingati sampai ke harini? Hampa tau dak kenapa filem-filem, lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee orang tak bosan nak tengok sampai laa ni?"

Korang nak tahu tak, kalau kita beramal dengan Allah. Allah akan letakkan kita pada suatu tempat ataupun kedudukan yang sepatutnya kita layak. Orang dulu-dulu ni kuat beribadat, zikir munajat dan macam-macam lagi amalan yang yang mendatangkan pahala.

Termasuklah Allahyarham Tan Sri P Ramlee sendiri. Allah angkat martabat dan diri P Ramlee supaya diingati sampai saat ni. Sebab apa? Sebab disetiap filem dan lagu-lagunya banyak diselitkan dengan unsur-unsur keagamaan, termasuk melodi lagu yang dinyanyikan.

Contoh yang Ustaz Don bagitahu adalah filem Ali Baba Bujang Lapok lakonan Datuk Aziz Satar, P Ramlee dan S. Samsuddin. Ada satu lagu tajuk dia Alangkah Indahnya Diwaktu Pagi. Kalau dengar betul-betul melodi dalam lagu ni, ia adalah salah satu melodi qasidah arab yang sangat terkenal (tapi aku dah lupa apa nama qasidah tu).

Apa kaitan melodi dengan P Ramlee kekal diingati?
Bila kita menerapkan nilai-nilai keislaman dan keagamaan dalam kehidupan, walau sebesar hama sekalipun Allah pandang. Walaupun sekadar melodi daripada qasidah arab yang memuji-muji kebesaran Allah tapi telah ditukarkan lirik untuk kesesuaian filem Allah tetap perlihara. Allah Maha Penyayang =)

Langit merah di Sabah.

Pagi tadi sembang dengan member yg duduk kat Sabah, dia kata kat Sabah dan panas sebab Islam sesama Islam berperang. Semua tahu kan majoriti masyarakat Sulu adalah orang Islam. Langit di Sabah kemerah-merahan, kata nenek dia kalau langit merah adalah sebab pertumpahan darah sesama Islam.

Mereka semua di Sabah tengah get ready je untuk selamatkan diri. Kalau korang nak tahu, berita-berita dalam surat khabar dengan TV hanya untuk mententeramkan keadaan dan berhenti hebahkan berita palsu je. Walhal kat Sabah sendiri memang tengah teruk keadaanya.


Kawan saya tu duduk kat Tawau, dia kata kat Tawau tak kena lagi, tapi ramai penceroboh dah ada kat sana. Dia tak tahu kenapa pihak keselamatan fokus kat Lahad Datu je. Dorang sepatutnya kena fokus kat Kunak, Tawau, Sandakan, Semporna dgn Lahad Datu.


Kawan bagitahu lagi, dekat belakang rumah dia memang ramai penceroboh Sulu ni. Siap dengan senjata lagi. Malam tadi nenek dia cakap, ambulans lalu lalang je. hmm. Risau betul tengok keadaan kat Sabah sekarang ni.

Semoga Allah melindungi Malaysia terutama sekali negeri Sabah.
Sama-sama doakan supaya para pasukan keselamatan yang terkorban kerana menyelamatkan negara ditempatkan dikalangan para-para syuhada' dan fisabilillah. Aamiin.

Wednesday, March 13, 2013

Siapa tempat bergantung?





" Aku takde siapa-siapa."
" Nabi lagi takde siapa-siapa."
" Tapi Nabi ada bapa sedara."
" Tapi bapa sedara Nabi bukan Islam. Itu pun sekejap je dia temankan Nabi"
" Aku susah, aku tak ada tempat bergantung."
" Engkau kena bergantung kepada yang tak mati."
-Rokok dan Kopiah-

Minta bantuan pada manusia, manusia bila-bila masa akan pergi. Kalau dengan Allah? Sanggup ke Tuhan nak melihat hamba-Nya kesusahan? Kalau permintaan Iblis untuk hidup sampai hari kiamat Allah tunaikan, takkan pula manusia yang solat dan taat kepada-Nya tidak ditunaikan? :)

Thursday, March 7, 2013

peperiksaan pertengahan semester.

berantakkan.
rabak mata. memerah minda.
kusut kepala. terlelap sedar.

selak helai nota lepas jam 9 malam sampai jam 1 pagi.
sambung hari jam 5 pagi sehingga masuk pintu kelas.
nota tak lekang.

tak pandai juga tak tahulah.
belajar untuk peperiksaan.
dapat sekali DL pun best juga.
tapi entahlah. atas diri sendiri.

Ya Allah.
Lapangkanlah dadaku.
Mudahkanlah urusanku.
Fasihkanlah lidahku.
Supaya kata kataku mudah difahami.

Friday, March 1, 2013

Bagaimana cara Allahyarham Tan Sri P Ramlee bersedekah?

"Belalang, kau carikan seberapa ramai orang miskin. Bapak nak berikan sedekah kepada mereka"

Dialog kat atas ni merupakan petikan daripada filem Nujum Pak Belalang lakonan seniman Tan Sri P Ramlee yang bersedekah kepada fakir miskin. Cerita ni Ustaz Don yang sampaikan masa dia datang kat kolej haritu. Kata Ustaz Don, cerita ni diceritakan oleh Datuk Aziz Satar semasa terjumpa di airport. *betulkan spek*


Cerita Datuk Aziz Satar (takde kaitan dengan dialog dalam filem Nujum Pak Belalang) :

Pak Aziz: Aku ada 3 ringgit. Ram, kau ada berapa? 
P Ramlee: Aku ada 20 ringgit. 
Pak Aziz: Okay cantek. Kita kongsi minyak, malam ni kita pergi dancing. (hobi org lama)

Masa dalam perjalanan, datang orang meminta pertolongan daripada P Ramlee.

Hamba Allah: Tuan, saya mahu minta sedikit wang untuk balik ke rumah tuan. Saya tak ada apa-apa sekarang ni tuan. Bantu saya tuan.

P Ramlee pun menghulurkan 20 ringgit kepada hamba Allah tesebut.

Pak Aziz: Eh Ramlee, bukan ke kau cakap tadi kau ada 20 ringgit je tadi? Kenapa kau bagi dia semua duit tu? 
P Ramlee: Ajis, duit tu dia yang punya. Allah simpakan duit tu kat aku supaya aku dapat bagi kat dia. Rezeki dia Ajis :)

 Masya-Allah. Baiknya P Ramlee. Tu sebab beliau  kekal diingati sampai harini. Nak tahu kenapa beliau masih diingati? Tunggulah next entry. hihihi. :)


P/s: Banyakkan bersedekah. Andai kata kita mati secara tiba-tiba. Biarlah perbuatan terakhir kita itu adalah bersedekah. Allah Maha Penyayang :)