Pagi tadi sembang dengan member yg duduk kat Sabah, dia kata kat Sabah dan panas sebab Islam sesama Islam berperang. Semua tahu kan majoriti masyarakat Sulu adalah orang Islam. Langit di Sabah kemerah-merahan, kata nenek dia kalau langit merah adalah sebab pertumpahan darah sesama Islam.
Mereka semua di Sabah tengah get ready je untuk selamatkan diri. Kalau korang nak tahu, berita-berita dalam surat khabar dengan TV hanya untuk mententeramkan keadaan dan berhenti hebahkan berita palsu je. Walhal kat Sabah sendiri memang tengah teruk keadaanya.
Kawan saya tu duduk kat Tawau, dia kata kat Tawau tak kena lagi, tapi ramai penceroboh dah ada kat sana. Dia tak tahu kenapa pihak keselamatan fokus kat Lahad Datu je. Dorang sepatutnya kena fokus kat Kunak, Tawau, Sandakan, Semporna dgn Lahad Datu.
Kawan bagitahu lagi, dekat belakang rumah dia memang ramai penceroboh Sulu ni. Siap dengan senjata lagi. Malam tadi nenek dia cakap, ambulans lalu lalang je. hmm. Risau betul tengok keadaan kat Sabah sekarang ni.
Semoga Allah melindungi Malaysia terutama sekali negeri Sabah.
Sama-sama doakan supaya para pasukan keselamatan yang terkorban kerana menyelamatkan negara ditempatkan dikalangan para-para syuhada' dan fisabilillah. Aamiin.
3 comments:
itu lah kerja media..konon x nak bagi kita panik,padahal yang duduk kat sana da boleh sampaikan maklumat yg lbh jelas.
mungkin mereka ada sebab...
mungkin la..
takkan la pihak berkuasa bengap sangat...
lagi satu, orang Malaysia nie kaki panik, bagi berita tergempak, semua sibuk nak menunding jari dok tweet la, bash page fb la..
bukan nak membantu, tapi menyesakkan keadaan.
Sama-sama lah kita doakan Sabah supaya aman kembali :)
Post a Comment