Friday, March 1, 2013

Bagaimana cara Allahyarham Tan Sri P Ramlee bersedekah?

"Belalang, kau carikan seberapa ramai orang miskin. Bapak nak berikan sedekah kepada mereka"

Dialog kat atas ni merupakan petikan daripada filem Nujum Pak Belalang lakonan seniman Tan Sri P Ramlee yang bersedekah kepada fakir miskin. Cerita ni Ustaz Don yang sampaikan masa dia datang kat kolej haritu. Kata Ustaz Don, cerita ni diceritakan oleh Datuk Aziz Satar semasa terjumpa di airport. *betulkan spek*


Cerita Datuk Aziz Satar (takde kaitan dengan dialog dalam filem Nujum Pak Belalang) :

Pak Aziz: Aku ada 3 ringgit. Ram, kau ada berapa? 
P Ramlee: Aku ada 20 ringgit. 
Pak Aziz: Okay cantek. Kita kongsi minyak, malam ni kita pergi dancing. (hobi org lama)

Masa dalam perjalanan, datang orang meminta pertolongan daripada P Ramlee.

Hamba Allah: Tuan, saya mahu minta sedikit wang untuk balik ke rumah tuan. Saya tak ada apa-apa sekarang ni tuan. Bantu saya tuan.

P Ramlee pun menghulurkan 20 ringgit kepada hamba Allah tesebut.

Pak Aziz: Eh Ramlee, bukan ke kau cakap tadi kau ada 20 ringgit je tadi? Kenapa kau bagi dia semua duit tu? 
P Ramlee: Ajis, duit tu dia yang punya. Allah simpakan duit tu kat aku supaya aku dapat bagi kat dia. Rezeki dia Ajis :)

 Masya-Allah. Baiknya P Ramlee. Tu sebab beliau  kekal diingati sampai harini. Nak tahu kenapa beliau masih diingati? Tunggulah next entry. hihihi. :)


P/s: Banyakkan bersedekah. Andai kata kita mati secara tiba-tiba. Biarlah perbuatan terakhir kita itu adalah bersedekah. Allah Maha Penyayang :)

2 comments:

hamka said...

siapa sangka seniman yang unggul mcm tu berhati mulia. seniman moden patut contohi allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Nazim Nasri said...

Hamka: as a muslim. Nabi Muhammad S.A.W ajar kita bersedekah :)