Thursday, March 14, 2013

Kenapa Tan Sri P Ramlee kekal diingati?

Haritu Ustaz Don ada bagi ceramah kat Kolej. Macam-macam la dia cerita, daripada tajuk asal iaitu Cinta, sampai ke P Ramlee dia cerita. Ustaz Don bagitahu, Allahyarham Tan Sri  Ramlee ni adalah kawan baik atoknya. P Ramlee ni kan orang Pulau Pinang. Ustaz Don pun orang Penang kan. So memang kenal rapat lah.

Ustaz Don pun mulakan cerita.
"Hang semua tau dak kenapa P Ramlee kekal diingati sampai ke harini? Hampa tau dak kenapa filem-filem, lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee orang tak bosan nak tengok sampai laa ni?"

Korang nak tahu tak, kalau kita beramal dengan Allah. Allah akan letakkan kita pada suatu tempat ataupun kedudukan yang sepatutnya kita layak. Orang dulu-dulu ni kuat beribadat, zikir munajat dan macam-macam lagi amalan yang yang mendatangkan pahala.

Termasuklah Allahyarham Tan Sri P Ramlee sendiri. Allah angkat martabat dan diri P Ramlee supaya diingati sampai saat ni. Sebab apa? Sebab disetiap filem dan lagu-lagunya banyak diselitkan dengan unsur-unsur keagamaan, termasuk melodi lagu yang dinyanyikan.

Contoh yang Ustaz Don bagitahu adalah filem Ali Baba Bujang Lapok lakonan Datuk Aziz Satar, P Ramlee dan S. Samsuddin. Ada satu lagu tajuk dia Alangkah Indahnya Diwaktu Pagi. Kalau dengar betul-betul melodi dalam lagu ni, ia adalah salah satu melodi qasidah arab yang sangat terkenal (tapi aku dah lupa apa nama qasidah tu).

Apa kaitan melodi dengan P Ramlee kekal diingati?
Bila kita menerapkan nilai-nilai keislaman dan keagamaan dalam kehidupan, walau sebesar hama sekalipun Allah pandang. Walaupun sekadar melodi daripada qasidah arab yang memuji-muji kebesaran Allah tapi telah ditukarkan lirik untuk kesesuaian filem Allah tetap perlihara. Allah Maha Penyayang =)

3 comments:

Aliff Haikal said...

Memang betul!!! Tak boring langsung citer p ramlee ni :')

Suhaimi Abdul Farouk said...

Taalama Ashku Gharami

Suhaimi Abdul Farouk said...

Thalama Ashku Gharami