Wednesday, July 24, 2013

Nana Mahazan


Teringat masa Akademi Fantasia 1 dulu, walaupun start pasang Astro masa AF3. Tapi biasalah Astro, banyak ulangankan. Dalam ramai-ramai budak AF1 tu, aku minat Nana je. Dia macam comel-comel gitu ah. Tapi aku tak layan pun AF 1 ni, tengok kat youtube je. Almaklumlah lambat pasang astro.

Awal bulan haritu masa lepas register kolej, aku pergi KLCC, saje berjalan lepas berzaman tak g sana kan. Biasalah kau kalau dalam public transport ada pulak nak sembang dengan strangers kan? Main henpon ler apalagi. Scroll instagram dengan twitter. Dua benda tu jelah sepanjang jalan aku buat.

Well, Nana such an active Instagram user. Dalam instagram aku tak follow ramai artis pun. So aku nampak Nana post gambar and dia kata nak pergi KLCC, by that time aku mmg dah kat sana. Aku saje comment

"Nana, orang kat KLCC ni. Nak jumpa jap. Nak bagi present."
"Nana kat Pavilion ni. Meh la. Tapi pukul 12 nak balik dah. Cepat."

Memandangkan movie start pukul 1 and time tu jam 11.30am. Merangkak-rangkak lah aku g Pavilion time tu jugak. So kiteorang just contact thru instagram. Cool kan? So aku pergi kedai TYPO cari hadiah. Kita ni kalau artis tu kawan kita, senang la call or sms je. Ni contact pakai instagram aku cuak je Nana blah sbb tunggu almost 10 mins. So aku pun turunlah pergi food court, dia tengah makan kat situ sorang-sorang.

Neves lah oi. Gila tak neves. Macam jumpa bakal mak mertua. Yeahh yeahhh, Nana sangat friendly. Certain artis memang kosser lah nak tunggu kau kan. Tapi Nana best, dia tunggu. Comel je. So sembang la sepatah dua, pasal Princess Althea.

So kalau nak tahu hadiah mende aku bagi ke Nana, pergi lah tengok Instagram dia. Sebelah gambar bawah ni. Ok lah, nak g kelas. Bye.


Monday, July 15, 2013

Rakaman Stailista Unplugged dengan Siti Nurhaliza, Alyah, Shila Amzah dan Najwa Latiff.

Aku ni jenis tak pernah pergi rakaman program TV, selalu pergi yang LIVE je. So sampai Plaza Alam Sentral pukul 7.30pm, berbuka McD dalam kereta. Then mencongok lah depan pintu Sri Pentas 2, punya lah lama nak arwah kena tunggu. Recording start pukul 9.45 mlm gitu ah kot. Siti punya pasal, aku sanggup tunggu haha.



Lamalah jugak menengok recording untuk TV9 ni. Dalam pukul 12 baru habis. And paling best sebab dekat dengan stage dia. uhhhh. So macam takyah nak jengah-jengah macam tengok AJL. hikss. Best.


Semua penyanyi malam tu semua aku minat. Minat gitu-gitu jelah, tapi yang minat melampau sikit, kat Siti Nurhaliza lah hehehe. Kalau boleh nak duduk betul2 depan stage tu tengok muka dia. Comel gila kot. 



Tapi lepas habis je recording, tak nyempat nak ambil gambar dengan Siti. Selalu macam tu. hmm. So dengan Najwa Latiff dgn Shila Amzah pun ok la kot daripada takde. haha. Urghh bukan selalu kot. Shila Amzah still recognize me, dia kata lama tak jumpa. hikss :3

Lepas keluar dari studio tu, pergi buat montage untuk fans Alyah. hahaha. Aku ni minat Siti lebih, tapi buat montage utk Alyah. Sebab fans Alyah tak ramai malam tu. Siti Zoner je ramai. -.-"



Sebenarnya aku dah nak balik dah. Dok mencari kereta, last2 terturun kat B2, tempat Siti Nurhaliza parking kereta dia. Semua Siti Zoners dok melepet kat parking basement sebab nak tunggu Siti keluar. Aku daripada dok mencari kereta, terus terjebak join sekali tunggu Siti.Sambil-sambil cari kereta yang tak jumpa tu. Rasanya setengah jam jugak lah kot. 




Okay lah. Bye. Rindu Siti banyak-banyak. Geram. 

Saturday, July 13, 2013

Trip To Bangkok.

Bulan lepas lepas je final exam, tiga hari lepas paper Law. Aku terus pergi bersantai kat Terengganu. Hari kedua kat Terengganu, demam tiba-tiba. Parah betul. Aku ni dah la jenis susah nak demam. Kalau sekali kena demam, nauzubillah. Teruk kot.

So lepas short vacation kat Terengganu, dua hari lepas tu. Aku ke Bangkok, Thailand. Actually pergi Bangkok atas urusan kerja. Handle group Herbalife, tapi aku dok bawak demam ni sampai ke sana. So masa sampai LCCT, segala ubat semua tertinggal dalam bonet kereta. Matilah. Sebab aku kena stay kat Bangkok seminggu, 12-18 Jun. Urghh



Masa dalam flight aku bosan, dalam phone ada 3 lagu je. So aku keep on ulang sampai mual. haha. End up layan movie Ratatouile. Sampai hotel aku terus tidur sebab memang tak larat. Check in pun lambat sebab ada problem, lama gila kot. Sempat lah layan Teduhan Kasih jap kat komputer lobi hotel tu.

So esoknya, kena pergi handle group Herbalife. Tapi demam aku makin parah. So aku decide duduk hotel je. Dua hari melepet kat hotel sorang-sorang. Muntah, cirit birit dengan takde ubatnya. Penat kot ulang alik katil-tandas-katil-tandas. At last suruh Nabil belikan antibiotik. Besar nak mampos ubat dia, lagi besar daripada fish oil. So masa demam aku makan mashed potato KFC dengan bubur hotel.

Hari yang ke-4 aku terpaksa pijak tanah sebab kena tukar hotel. And hotel yang aku kena duduk tu ada banyak momok. Ko rasa aku nak duduk dalam hotel sorang2? So terpaksa la ikut pergi handle group. Pagi tu kiteorang check in hotel berhantu tu, malam tu terus check out. Sebab memang seram nak mamsss!!


The best damn thing kat Thailand ni, dapat makan Tomyam Putih. Original punya tomyam. Sedap gila babsssss. Sedapnyaaa ya rabb. Lagi sedap daripada tomyam kat Malaysia ni. So kat sana aku tak makan sangat pun, takde selera. Dapat la rasa badan ni susut sikit.

So total days demam aku dah dah 7 hari sejak dari Terengganu lagi. Dua hari terakhir dah ok sikit, tapi pening2. Boleh la g jalan-jalan jap. Susah bawak orang sakit ni. Benda best jadi tak best. haha. Kesian.


Last day kat Bangkok, pagi-pagi bangun terus bersemangat nak balik Malaysia. Home sick katanya. hahaha.  Time tu terus sihat, mana ada sakit. Makan pun berselera. HAHA. Kemas luggage and terus turun bawah nak breakfast. :p



Ni gambar last day kat Bangkok. Nampak tak cengkung dia kat muka berbanding gambar pertama yang dalam flight tu. HAHA Ya Allah. Seronoknya bila tengok diri ni kurus hahaha. Turun 4 kg yer. Tapi yang terindah hanya sementara. Sekarang dah kembali kepada berat asal. haihhh. So tema entry ni nak bagitahu aku dah kurus sikit, bukan cite hantu haha. Bye lah.

Wednesday, July 10, 2013

Hantu Fitting Room

Its been a month plus aku tak keluar ke KL lepas final exam haritu. Rehat kaw-kaw punya sampai tercampak ke Bangkok. So seminggu dua sebelum masuk kolej balik, g lah berjalan kejap. Hmm padahal kolej kat  KL juga. -.-"


So for now since dah start kelas, dah tak boleh nak ronggeng sangat dah. Sebab jadual semester ni merepek gila, banyak kelas petang. So gap tengah hari tu, curi-curi lari pergi Shamelin Mall tengok wayang. hehe. Lagipun sem ni memang hectic sangat, especially untuk preparation event for final year project. 

Jyeahh, tahun ni takde baju raya. Baju Melayu boleh pakai yang previous year punya, bukan selalu pun pakai. Jubah pun ada. So pakai jelah apa yang ada. Ni baju-baju kemeja pergi kolej pun aku sebat buat baju raya sekali je nanti. Malas nak berjalan dah sebenarnya. Kalau boleh nak tidur sepanjang tahun. haha.

Selamat Berpuasa. =)

Saturday, July 6, 2013

Final semester, new hope and resolution.

Sedar tak sedar sangatlah, aku dah masuk semester 5. Rasanya macam baru minggu lepas buat medical check-up utk masuk college. Now dah semester akhir. Alhamdulillah i've been go through all the semester with joy and successful. Eventhou' tak pernah dapat deans lagi, at least my CGPA is above 3.0. Syukur!

So for this last semester (next year internship) ada 4 subject which is 2 fully coursework and 2 final paper. So my new hope and resolution adalah target nak dapat 4.0.. Wallahi. Aku kena dapatkan, aku nak 4 flat sakk. Kot dapat offer study abroad. muehehe :3



Lepasni dah takleh nak enjoy sangat. Padahal memang akan enjoy, haha. Tapi kena focus lebih on study. Bila semakin membesar ni, barulah ada minat nak belajar. Oh anyway gambar result aku kat atas tu, yang dapat B- tu subject Law, Cross Culture dengan Corporate Communication. 3 subject ni susah sikit, kalau either one aku score haritu, mesti dah deans. Nasi dah jadi bubur mekdi, kalau makan pun kenyang.  hmmm haha 

Insya-Allah semoga dipermudahkan segala urusan pelajaran aku semester ni. Tahun depan dah intern, tak decide lagi nak intern kat mana. Mungkin pilih Media Prima atau NSTP. :)




Teduhan Kasih pun dah habis, so boleh la focus sepenuhnya depan buku. HAHA. Rindu dengan Kak Long. Adoi. Dah nak puasa, harap tak laparlah nanti. hahahahahahahahahahha klah. Nanti next entry nak cerita pasal trip pergi Bangkok. Bye.

Monday, July 1, 2013

Short Film: Sebelah Sayap by Matluthfi.


Lepas rokok dan kopiah. Matluthfi bagi Sebelah Sayap. Daya pemikiran dia semakin kritikal.
Malaysia nak orang macam ni hasilkan satu film yg bagus. Belanja filem juta-juta, tapi kalau content sampah. Kosong. Kalau untuk tonton short film Matluthfi ni berbayar di youtube, aku sanggup :)