Saturday, July 13, 2013

Trip To Bangkok.

Bulan lepas lepas je final exam, tiga hari lepas paper Law. Aku terus pergi bersantai kat Terengganu. Hari kedua kat Terengganu, demam tiba-tiba. Parah betul. Aku ni dah la jenis susah nak demam. Kalau sekali kena demam, nauzubillah. Teruk kot.

So lepas short vacation kat Terengganu, dua hari lepas tu. Aku ke Bangkok, Thailand. Actually pergi Bangkok atas urusan kerja. Handle group Herbalife, tapi aku dok bawak demam ni sampai ke sana. So masa sampai LCCT, segala ubat semua tertinggal dalam bonet kereta. Matilah. Sebab aku kena stay kat Bangkok seminggu, 12-18 Jun. Urghh



Masa dalam flight aku bosan, dalam phone ada 3 lagu je. So aku keep on ulang sampai mual. haha. End up layan movie Ratatouile. Sampai hotel aku terus tidur sebab memang tak larat. Check in pun lambat sebab ada problem, lama gila kot. Sempat lah layan Teduhan Kasih jap kat komputer lobi hotel tu.

So esoknya, kena pergi handle group Herbalife. Tapi demam aku makin parah. So aku decide duduk hotel je. Dua hari melepet kat hotel sorang-sorang. Muntah, cirit birit dengan takde ubatnya. Penat kot ulang alik katil-tandas-katil-tandas. At last suruh Nabil belikan antibiotik. Besar nak mampos ubat dia, lagi besar daripada fish oil. So masa demam aku makan mashed potato KFC dengan bubur hotel.

Hari yang ke-4 aku terpaksa pijak tanah sebab kena tukar hotel. And hotel yang aku kena duduk tu ada banyak momok. Ko rasa aku nak duduk dalam hotel sorang2? So terpaksa la ikut pergi handle group. Pagi tu kiteorang check in hotel berhantu tu, malam tu terus check out. Sebab memang seram nak mamsss!!


The best damn thing kat Thailand ni, dapat makan Tomyam Putih. Original punya tomyam. Sedap gila babsssss. Sedapnyaaa ya rabb. Lagi sedap daripada tomyam kat Malaysia ni. So kat sana aku tak makan sangat pun, takde selera. Dapat la rasa badan ni susut sikit.

So total days demam aku dah dah 7 hari sejak dari Terengganu lagi. Dua hari terakhir dah ok sikit, tapi pening2. Boleh la g jalan-jalan jap. Susah bawak orang sakit ni. Benda best jadi tak best. haha. Kesian.


Last day kat Bangkok, pagi-pagi bangun terus bersemangat nak balik Malaysia. Home sick katanya. hahaha.  Time tu terus sihat, mana ada sakit. Makan pun berselera. HAHA. Kemas luggage and terus turun bawah nak breakfast. :p



Ni gambar last day kat Bangkok. Nampak tak cengkung dia kat muka berbanding gambar pertama yang dalam flight tu. HAHA Ya Allah. Seronoknya bila tengok diri ni kurus hahaha. Turun 4 kg yer. Tapi yang terindah hanya sementara. Sekarang dah kembali kepada berat asal. haihhh. So tema entry ni nak bagitahu aku dah kurus sikit, bukan cite hantu haha. Bye lah.

2 comments:

fyna ahmad said...

seronoknya g jalan2 ^_^

Nazim Nasri said...

@fyna Best sangat hehehe