Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.
Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).Alhamdulillah, akhirnya dapat juga habiskan type cerita ni yang dipetik daripada majalah Mastika edisi Julai 2011. Ye, saya type semula kesemua cerita yang terkandung dalam naskah Mastika, itu sebab saya buat part by part sebab kisahnya memang panjang. Ingat tak dalam cerita ni ada pasal Dr Audra melawat abang? Baca blog ni pula untuk mengetahui perkembangan keluarga abang. Blog ni merupakan kepunyaan adik ipar Dr. Audra. :)
P/S: Al-Fatihah.






![[AYAT+PERLINDUNGAN+DARI+FITNAH+DAJJAL.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGRzanI4xVAwlrL7KcMPavSLF3LO42iaSWUgcspO6NqRmKf46NNKE6HfXuqT2qFKoa5Ah9IkOIgcgyJ6TFd0y2Rk-tIExzXEZesevZffylCzEzOEsOWb5GANgeTxUlfBv0hPLSyI0t3InW/s400/AYAT+PERLINDUNGAN+DARI+FITNAH+DAJJAL.jpg)
















