Monday, June 27, 2011

Part 6: "Jawapan mengapa mak tak menangis?"

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat  tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga habiskan type cerita ni yang dipetik daripada majalah Mastika edisi Julai 2011. Ye, saya type semula kesemua cerita yang terkandung dalam naskah Mastika, itu sebab saya buat part by part sebab kisahnya memang panjang. Ingat tak dalam cerita ni ada pasal Dr Audra melawat abang? Baca blog ni pula untuk mengetahui perkembangan keluarga abang. Blog ni merupakan kepunyaan adik ipar Dr. Audra. :)

P/S: Al-Fatihah.

15 comments:

husnaradzi said...

yup betol . banyak kelebihan yang dapat . so tak usah ditangisi bila ank meninggal diusia muda .

*rajin bebenor naip semula . gud job.

Nazim Nasri said...

@UNA budak BAEQ
Banyak pengorbanan keluarga dia.

*rajin sebab cerita ni bagus untuk dibaca.

haziqa said...

takziah buat keluarga adek Iqbal Fahreen Hamdan .

Ami Lee said...

bkn ke adew 4 adik beradik...???

ketawariang said...

sedih sangat...menangis baca...
ibu Abg tabah...betul ckp dia...anak nya tunggu di pintu syurga...

Unknown said...

wah :')
i'm proud of the mother & some day if i have a child like this , i hope i can be like her :D

Nazim Nasri said...

@cik ziqa

Takziah :(

Nazim Nasri said...

@Mimi Lee

Not sure bout that.

Nazim Nasri said...

@ketawariang

Itu janji Allah. insyaAllah selamat dunia akhirat.

Nazim Nasri said...

@Syazwani
Im proud too. Dia ada kekuatan. Bukan senang hidup.

@taufiqhelios said...

nice one.. tataw nk type ape..lala~

Aliff Haikal said...

sedih weh ;'(

dyanissa said...

ok,da nangis..siyes cdey coz aku pn ad adk sakit jantung b'lubang..Alhamdulillah,skang umur dy 11tahun..tak t'bayang kalau kne hdpi bnd yg sme..

RZ3686 said...

Moga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya setiap dugaan itu ada kemanisan yang hanya mereka yang dianugerahkan hati istimewa sahaja dapat merasainya.

Unknown said...

salam. saya minta izin copy paste cite ni boleh tak. sedih sgt