Friday, June 10, 2011

Awkward Agama : Gelang,Rantai dan Siapa Allah?



Masjid Putrajaya pada petang itu kelihatan agak penuh,dipenuhi dengan pelancong yang datang melawat.Kelihatan seorang lelaki Cina sedang berdiri di depan masjid itu sambil mundar-mandir berpusing-pusing.Ahmad baru selesai menunaikan solat Asar keluar berjalan ke arah keretanya.Dia ditegur lelaki Cina itu.

"Abang,saya mau tanya sket buleh ka?" tanya apek itu."Ya,nak tanya apa?"Ahmad menjawab."Lu olang Melayu kan...apa pasat semua perempuan Melayu kena pakai itu tudung ka?Wa tengok pakai itu banyak panas,tadak selesa woo!" Ahmad kaget sebentar."Apasal kau tanya camtu?"

"Tadak apa,wa cuma mau tanya...mau tau saja," jawab apek itu."Dalam Islam pempuan kena tutup badan,jadi itu pasal kena pakai..."

"Ohoo...saya tanya lagi aa..itu Muhammad...apa pasai lu olang manyak respek sama dia?" tanya lagi apek itu."Dia Nabi orang Islam,Rasul..dia pembawa agama Islam," jawab Ahmad."Oh,ya ya ya,saya ada dengar itu Lasul,Lasul...itu Jejak Lasul,iklan selalu keluar tv....selalu orang Melayu ada sebut." Apek itu mengangguk2 kepala.

Amin melangkah mendekati mereka berdua,"Apsal Mad?"

"Dia ni nak tanya-tanya," jawab Ahmad. Apek itu memandang Amin lalu menghulurkan tangan bersalam."Kawan u ka?Saya mau tanya sikit lagi kalau u boleh tolong sama saya,boleh?" tanya apek itu lagi.Amin dan Ahmad mengangguk kepala.

"Itu kan,saya ada selalu dengar orang Melayu panggil orang Cina kapir,kapir..itu apa meaning dia?Apa pasal bila Melayu sebut itu kapir,bunyi macam orang Melayu tadak suka sama orang Cina woo..." Amin dan Ahmad terkedu,tak tau nak jawab apa."Err,kafir tu gelaran yang digunakan untuk orang bukan Islam.."

"Saya tau itu kapir,tapi apa pasal bila Melayu sebut itu word aa,bunyi dia ada bunyi racist?Saya mau tanya apa pasal..." tanya apek tu sungguh-sungguh.Amin mendekatkan dirinya dengan Ahmad,"Mad,dia ni dah macam nak carik gaduh aje ni..." Ahmad memandang Amin,menyruh dia cool down."Chill bro,chill.."

"Itu nama saja,ada orang kadang2 dia extreme atau melebih-lebih...sebab tu u dengar macam racist.Itu orang u tak payah peduli la.." jawab Ahmad tenang. Apek itu angguk2 tanda setuju. "Saya mau tanya lagi,apa pasal orang Melayu mau makan halal punya benda?Pasal apa itu halal orang Cina pun kena ikut jugak?" tanya apek itu.

"Hoi,dah kaum kau kontrol ekonomi kena la ikut,kau tak nak ikut tak payah la buat bisnes kat sini!" herdik Amin hilang sabar.

"Betul,betul...tapi saya ada pelik juga apa pasal orang Melayu mau halal punya food tapi tak banyak maa orang Melayu yang bukak bisnes food product..." apek itu menggelabah sedikit.Amin naik berang."Kau nak kata orang Melayu malas la ni!Kurang hajar punya Cina!"

"Sabar Min..sabar," Ahmad cuba menenangkan Amin.
Apek itu berundur ke belakang sedikit kerana gentar agaknya.

"Sori abang,sori...last..wa janji ini last soalan......Siapa Allah?Apa pasal lu sembah dia?.............macam orang Cina ada semayang sama Buddha,olang putih semayang sama itu Jesus tapi lu punya Tuhan tak ada nampak...siapa itu Allah?"

Amin tak dapat mengawal diri..dilayangkan penumbuknya tepat ke muka apek itu.Tergolek apek itu di atas tanah memegang pipi."KURANG HAJAR!Kau dengan kawan-kawan kau,kaum kau,balik China lagi bagus!" jerit Amin.Pekikan yang kuat itu menarik perhatian orang ramai.Pegawai Masjid di situ terus menerpa mereka.

"Encik Chong,kenapa ni Encik?Encik ok?" tanya pegawai itu kepada Encik Chong yang masih lagi duduk di atas tanah memegang pipi sambil mengesat bibir yang luka."Aiyoo,u pigi banyak lama woo...cari seluar ka buat seluar?" tanya Encik Chong kepada Pegawai Masjid itu.

"Saya lama sebab mau cari seluar saiz u banyak susah.Visitor ramai..U mau masuk masjid mesti tutup lutut..u pakai seluar pendek mana boleh masuk..dah lah,jom masuk masjid.Pakai kain ni...nanti saya tengok kalau ada first aid kit" kata nya sambil menghulur sehelai kain pelikat berlipat rapi.

"Tak payah la..tadi wa manyak excited mau tanya pasal itu Melayu punya agama tapi sekarang wa tak mau la.." kata Encik Chong menghulurkan kembali kain yang diberikan.

"Tapi Mr,Chong..." sayu suara Pegawai Masjid itu."Tak payah! No need for this nonsense..." kata Encik Chong berlalu pergi ke arah kereta Mercedesnya.

Pegawai Masjid itu merenung Ahmad dan Amin tajam..."Apa yang jadi ni?" Ahmad dan Amin diam...Sejenak kemudian,baru Amin buka mulut..."Dia mempersoalkan Islam! "

"Memang la dia mempersoalkan Islam,dah dia tak tau hapa2 pasal Islam.Hang ni buat malu Melayu aje la..yang hang pii tumbuk dia pasaipa?" kata Pegawai Masjid sambil berjalan.Beberapa langkah kemudian,dia berpaling kepada Amin."Bukak rantai kat leher tu.Tak elok lelaki pakai rantai ni,gelang tu pun sama....kalah orang pompuan!" katanya tegas.

Merah muka Amin.Bertambahlah lagi merahnya bila kata-kata itu didengari oleh sekumpulan gadis yang sedang leka mengambil gambar masing-masing menggunakan DSLR dengan gaya mulut muncung macam ikan tembakul, sambil ada seorang dua yang menjeling tersenyum memandang Amin.

Ahmad berlagak pura2 tidak kenal Amin.Laju dia berjalan menuju ke keretanya.
Gelang perak yang dipakainya senyap2 dimasukkan dalam poket. "Nasib baik dia tak perasan.." fikir Ahmad dalam hati....



P/S: Nak copy ke nak post dekat mana-mana,silakanlah kalau kau rasa benda tu berguna.Aku bukannya penulis professional yang nak mengamuk macam sesetengah photographer poyo kalau kau copy paste benda2 sini.Kau rasa bagus,copy.Takyah mintak izin pun takpe.Tak nak kreditkan aku pun takpe. -CursingMalay

3 comments:

feyza said...

ok ak suka cite ni

Nazrul Ashraff said...

seriously,, kalau cerita ni betul, aku rasa macam nak sepak je.. aku rasa malu gila kat islam yang tak tahu nak teerangkana pasal islam kat orang yang bertanya pasal islam.

thatr what we call foolish.

Natasya Sharin said...

nazim, saya nak copy cite ni keyyh :)
thanks sebab post cite ni, mang sngt berguna ! :)