Tuesday, March 19, 2019

Siti Aafiyah anak ibu.


Definitely there is "NO" for Dato Seri Siti Nurhaliza. The moment when I saw Instagram live via Kak Rozie account regarding "Siti Nurhaliza On Tour 2019", I'm straight away screenshot the venue and price for the concert! IT IS A CONCERT OF THE YEAR. You cannot say no for this event! Its a major regrets when you are not around with all 12,000 #SitiZoners in Axiata Arena last 16th March! haha.

"Will she perform well during this time?!" BITCH?? She sang Kurniaan Dalam Samaran spontaneously with no music and preparation. That is one of the hardest song. She kills every notes. 25 albums, 250 songs, she's top notch!

Urgh,

I don't know how to express my feelings and emotions when seeing her on stage with gold Puteri Perak outfits made by Rizman Ruzaini. I SCREAM LOUDLY (all Sitizoners does lol). Shes freaking gorgeous that night. Starting with irama Malaysia segment which is she sang Badarsila and few song wrote and compose by late Pak Ngah the one who taught her this genre.

Demi Kasih Sayang was LIT ESFAK.

I can't tell more about the concert because I'm too enjoy watching the show. Phewww. Can't stop smiling since I arrived at Bukit Jalil area till today. There were lots of laughter and smiles at the concert. My jaw now is cramped.

Everybody is waiting this one moment which has gone viral from herself indirectly. And she even asked us in the arena, "Semua orang nak saya cakap ni kan?"

"SITI AAFIYAH ANAK IBU!"

Tuesday, November 15, 2016

LONDON


60 days loose weight program gone wrong. Thank you friend for lending me your winter coat and Im look slimmer than you thought. Mihhhh.

4 days work trip in Manchester and 7 days in London and I felt like I have been there almost 1 century. lol. I do not know how to tell you how much fun that i had in UK. But frankly speaking, i'm not really into London. Istanbul wins my heart. lelz.

But,

I survived taking tube from Nelson Garden to Heathrow airport. I'm European now. Tehee.

Tuesday, September 13, 2016

I LUP CHEW

source: google

I borrowed this book from my lecturer and i never turn it back to her cuz i lup this book as much as people thought i don't read any books. lol. I'll pay to her soon. This book is too good for me. It just like a remedy to be a good person. If you wanted to be a better person orang kata bacalah Qoran, Go and find yourself this book then you know. 

Dulu masa belajar, lecturer selalu cakap kerja dekat Leo Burnett ni susah gila. You need to compete with the rest of smart people. I don't know. Kalau orang lain boleh kenapa kita tak kan? There's no alasan. Dulu masa study memang ada rasa nak kerja dengan advertising firm. But i only knew Leo Burnett. Sebab ada senior intern kat situ 3 hari je kot. Tak tahu kenapa. lol


I want to be like Yasmin. I mean, she's intelligent as we can see through her ads and films. She once said in the book "eh tulis lah subtitle besar sikit. tulis kecil-kecil bukan boleh buat menang award pun." That's shows she is not making film for an award. So she entitled her self as a storyteller. 

There's so many quotes best-best dalam buku ni yang mind blown. Setiap kali pergi book store, aku akan pergi bahagian biography kalau-kalau ada any others book tentang Yasmin. Unfortunately no. hmm

She's an executive creative director in Leo Burnett. I mean i want what she has achieve in her life. Her mother recover from illness because of her, she makes a film for her mother. Makes people happy.

 I need to be more creative. Tapi aku kena belajar tentang common sense dulu. haha

I lup chew, Yasmin.

Monday, September 12, 2016

THAT HECTIC MONTH


April 2016 was my toughest month i guess. Aku overtime for the whole month if im not mistaken untuk settle down dua mega project JubahSouq, which is Magazine & Fashion Show.

Magazine ni project terbengkalai sejak tahun lepas, lepastu tiba-tiba menjadi pula nak buat magazine ni. I was trying to put my heart and soul to do it. But it seems hard sebab aku takde seni sangat nak menulis and terkejut sebab kena jadi project manager. Sebab dulu buat majalah sekolah aku hantar bahan je. haha.

It was a big mistake on this magazine, sebab terlalu banyak cela. Content banyak lari, ada content penting tak masuk sampai merajuk sebab tak ada dalam magazine ni. Gambar banyak tak cukup. And it was a hugeeeeeeeeeee mistake sebab tak plan betul-betul. 

Siang malam berhempas pulas buat content, pergi kejar CEO Mood Republik kat Pavilion, kejar owner Modvier kat Bangsar, kejar Vivy Yusof kat Damansara and many more. It's freaking tired but twas fun thou. Kat mana lagi aku nak dapat experience macam ini kan?

Till the time has come untuk printing kan, time tu dengan kawan kau pergi Korea, and could not join us untuk siapkan masterpiece (lol) ini. In before masa tengah buat magazine ni, aku tengah manage and meeting untuk fashion show. Sebab magazine ni akan launch masa fashion show tu. Tak ke nak mampus aku dengan team yang kurang. 

So dengan location yang macam tahi lambat nak bagi confirmation, I made it till happen. Kira kalau jual, nego till let go la. haha. Aku tak pernah kerja under pressure. So siang malam stress pasal magazine dengan event yang bukan makanan aku. Kira macam baru nak try.

Dari sini la aku belajar buat checklist, kalau tak buat kita akan lupa. So checklist sebesar ladang kuda supaya nampak. Checklist by day paling crucial, paling stress sebab kena makesure semua siap on time. Especially magazine. 

Faham tak perasaan gentar dia bila hari Jumaat dah show, Selasa baru confirm layout kat printing untuk print. Lepastu hari Khamis dapat tahu tak dapat print sebab tak sempat. Time tu aku nak menangis. Aku pun message la si Korea ni merayu supaya dia pujuk orang printing tu siapkan by Friday morning by hook or by crook mesti siap.

It was really happen. Jumaat tu siap juga.


And the show went well i guess. Lighting smooth, runway smooth, decoration ermm a bit disappointing sebab mahal dan lambat siap, performance pun went well pastu penyanyi sentap (kosser nak fikir sebab saya dah penat time tu haha) ,  guess pun ramai malam tu and was not expecting  dapat sambutan. hehehe. Cuma kat backstage ada chaos sikit. But it was under control lah. Sebab ramai jerit-jerit kat belakang, tapi sebab music kuat, tak dengar pun. hehe. and catering pun sedap nak gila (aku tak makan la sebab badan dah pecah 80 kesana kemari. sampai kat catering corner je food dah habis)

We manage to bring Elfira Loy as well and got a coverage from HLive. Oh yeahh, sepatutnya this show dapat coverage daripada Nona dan HipTV tapi mereka ada emergency bini jatuh tandas and ada important issue nak kena cover. Hm ok then.

I'll try to cram all memories as i can into my brain because i don't have any photos with ANYBODY and the photo above i forced Nadhirah to snap it. I hate everyone :(

Credit Photo: Najla

A photo posted by Najlaa Azman. (@jelaman) on

A photo posted by Najlaa Azman. (@jelaman) on

A photo posted by Najlaa Azman. (@jelaman) on


Sunday, September 11, 2016

SILAP TIKET

Aku dah banyak kali silap beli tiket wayang. Kalau pergi dengan kawan, mesti main beli je tiket tak tengok review. Lepastu mula la bising dalam cinema sebab cerita tak best. 

But most of the time selalu tengok movie seorang je kat IOI Putrajaya. Kadang-kadang macam nak cepat, selalu beli online je. Time tu tengok tajuk filem dan waktu je, yakin dah tekan IOI City Mall Putajaya. Bila dah purchase atau time nak scan QR Code tu, baru sedar tiket tu untuk dekat IOI Puchong, tak pun dekat Alamanda. Burn macam tu je lah. Tapi paling kerap tersalah beli kat IOI Puchong. ha ha

Semalam tengok cerita Train To Busan. Aku memang tak pernah tengok cerita Korea. Tapi yang satu ni sebab aku tak nampak Korea dia kat mana, more likely macam cerita Omputeh yang lain. Housemate aku cakap cerita ni slow, boss aku cakap cerita ni best. 

Sebab aku ada sifat tak judge sesuatu dengan cepat, aku pergi la tengok dengan ex-staffs JubahSouq. Oh btw dah lama tak jumpa, diorang cakap aku dah kurus. Tak tau nak respond macam mana sebab aku dah gain weight balik. So aku rasa diorang tipu.

Movie 12.15 pm, i was planning with them before my boss get into the office. Aku ada kat office time tu sebab waktu tengah jogging kat Tasik Cempaka, sakit perut. Gym pula tutup, jadi aku lari la pergi office sebab dekat. Time tu ada kerja pending, aku lari balik rumah amik all my stuff balik ke office.

11.30pm aku dah sampai office semula sebab nak siapkan kerja. 12.05pm aku masih kat office. Yang lain semua dah call suruh cepat. I get my ass off from the office pukul 12.20pm. Aku kalau lambat masuk movie, macam tension sikit sebab tak dapat tengok intro.

Tapi aku sempat la tengok Rusa bertukar jadi zombie.

(Nak cerita my point of view pasal Train To Busan. Tapi battery laptop dah nak habis. Sambung nanti la. bye hehe )

Thursday, September 8, 2016

Kelas Common Sense

Sebenarnya common sense aku sangat teruk yang aku sedari sejak kat kolej lagi. Tapi kalau time tu siapa yang nak marah kalau aku tak ada common sense pun sebab aku tahu ada lagi ramai kawan aku takde common sense, so i feel better.

Bila dah kerja betul-betul ni, menjadi-jadi betul. Mungkin aku ada common sense, tapi aku macam ragu-ragu. Ke sebab aku penakut ataupun sebab aku ni gemuk? TU MAKE SENSE KE COMMON SENSE?

Dalam masa setahun lepas aku di promote kejawatan sebagai pembantu peribadi. Tak dapat aku kira berapa kali kena marah sebab kurang common sense sampai la kat Istanbul haritu si Zul jerit dalam rumah "Korang semua ni kena pergi kelas common sense lah." Lahhh emo!

Sekarang ni aku kat fasa nak alert something happen dulu baru boleh react common sense atau ah g mampus. Tapi kalau nak buat tabiat g mampus, memang tak kemana lah dengan badan gemuk ni (lahh tetiba kait sekali).

So, macam mana nak belajar untuk ada common sense ini?

--

Samsul: "Insurans 200euro adalah wajib bagi setiap exhibitor. Kena bayar kat sana nanti."
Rukiah: "Kalau kata pelanggan cedera tapi kita tak amik insurans tu. Macam mana eh?"
Azman: "Wey tadi kan dia cakap exhibitor WAJIB bayar insurans. Nak tak nak mmg kena bayar. Kau kenapa?"



Tuesday, August 23, 2016

Whatttt?


When people ask me what I'm doing for a living. I don't know what to answer them. Malu tau. That's not because I'm working in retail company. But my position as a Personal Assistant to the boss. I have no experience in managing someone elses schedule and stuff. Furthermore I'm not graduated in PA field.

Dah nak 2 tahun kerja secara serius. Aku rasa masih belum ada satu level yang I'm proud for who I'm. Aku ada je rasa yang suatu hari nanti aku tak akan jadi bodoh macam sekarang. haha. Aku selalu stress sebab aku tak perform apa yang aku buat.

Kadang tu penat juga kena marah sebab buat silap. Konon lesson learnt. Tak ada maknanya. Selalu je short term memory. Tak faham lah. Aku tak tahu apa aku nak. Suka susahkan orang lain. hmm

Lepastu aku tak suka cerita masalah kat orang (tak ada masalah setakat ni cume stress sebab gemuk), sebab aku dah tak percaya orang. Sebab orang selalu manipulate apa yang aku cakap nanti dan akan jadikan apa yang aku tutur tu satu point untuk gossips. Jangan cakap tak ada orang sembang pasal kita. I'd rather diam daripada cerita pasal orang lain dalam circle. TAK KE JADI MASALAH LAIN BILA ORANG TUDUH KITA MENGUMPAT PADAHAL NAK LUAH RASA JE.

Aku selalu berharap aku tak takut kucing, so that aku boleh bela kucing dan cakap dengan kucing. Biar lantak lah dia tak respond apa-apa. Asalkan dia dengar. Kalau cakap dengan orang, aku menyampah ayat "sabarlahhhhh".

Aku masih try tak mau nampak jadi bodoh dan pelupa lagi dah. 


Saturday, August 13, 2016

Hmmm.

Aku bukan jenis orang yang akan cerita semua benda. Ada orang selesa untuk bercerita tentang apa je. Tapi aku tak. Aku selesa simpan sorang-sorang masalah yang ada atau gembira yang ada. Sebab aku ada satu perasaan yang bila aku down ke happy ke, aku takut orang condemn. Itu buat aku malas nak cerita sama orang lain.

Somehow aku nak sangat cerita kat orang apa masalah yang aku hadapi, apa yang aku dah hadap seharian. Tapi aku fikir yang orang lain pun ada masalah juga. Bukan ada hasil kalau dengar aku cerita yang hari ini aku stress kerja or something.

I always wanted to have someone who can stay by my side, bukan je untuk tanya "hari ni buat apa? tadi makan apa? yada yada". In my previous relationship, my ex once told me "Cerita la kalau ada problem." tapi aku tak selesa nak cerita sebab aku tahu end-up akan keluar ayat "sabarlah". whattt?

Got this one fella step into my life sekejap je time puasa haritu, aku tak tahu kenapa dengan dia aku boleh cerita semua (not all but almost). Aku berani cakap apa je yang aku tak pernah cakap dengan orang lain. Time tu aku takut kalau kata dia datang untuk sekejap je waktu aku memang dah selesa and yakin yang dia boleh jadi bestestfriend. Things happen for a reason kan? Satu bulan setengah yang bermakna. Rasa macam dah kenal bertahun. 

Untungkan ada kawan-kawan yang bila mana kita ada masalah, dia akan bantu dan jaga kita. Tak macam aku, bilik dan bantal je jadi teman. Text kawan sebab nak cerita, kawan reply lambat. Takde mood dah aku. Sad truth. lol

03:30am | Sri Camelia | Because of You (Kelly Clarkson)

Sunday, July 10, 2016

NAZIM IN CAPPADOCIA



I have no idea about Turkey or even Cappadocia. Sebelum ini pun tengok film Manisnya Cinta je. Cantik. Tapi bosan ya tohannn tau kat sini. It just a very beautiful scenery dari atas hot air balloon. Otherwise hanyalah rumah dan gunung batu.

We woke up at 3am untuk pergi ke tenpat hot air balloon ni. Sebab kat sana, sunrise dalam pukul 5 pagi. Jadi kena siap awal. 

My biggest fear dalam hidup adalah tengok-dekat-rapatnaik hot air balloon. Sebab dia macam terlalu besar dan ada api. Masa kecil dulu pernah nangis kuat sebab ada hot air balloon dalam mall. Macam apa je. Can you please not? lol

The journey from Istanbul to Cappadocia kalau naik bas adalah 13 jam. Boleh lumpuh tau duduk lama-lama dalam bas. Tapi dah jalan jauh, takkan nak sia-siakan peluang yang ada. 







Supposedly entry ni last sekali, sebab Cappadocia adalah 3 hari sebelum balik Malaysia. Tapi trip ni adalah 3 bulan lepas. Penat lah nak fikir trilogi dari 1st day. haha. Insya-Allah if i had more time, akan update trip di Istanbul.

It was a fun company trip that I've ever had in my life. Thank you bosses. Lagipun I've run out of words. Rushing nak pergi beraya ni. till next post. bye!

Sunday, January 10, 2016

DROP BY AT FASHION VALET



It was a great opportunity to have this kind of job. I have this kind of feeling yang takut jumpa orang. Jumpa takpe lagi. Ni pula kena bercakap dan deal sesuatu. Because of that I always pray to Allah with this phrase, "Ya Allah Ya Tuhanku, fasihkanlah lidahku supaya kata-kataku mudah difahami." LOL

Rabu lepas ada appointment di Fashion Valet with the founder, Vivy Yusof. As i said, it was a really great opportunity. Ingat saje-saje drive pergi Empire Damansara tu nak jumpa dia? Tepat 03:30pm sampai depan FV and was welcome by herself. Dalam kepala dok teringat video 60 Wanita Inspirasi Nona, scene yang sama bila Vivy yang ada depan pintu tu. ha ha.

Discussing some stuff. It's more likely a business purpose lah to expand our brand macam tu. Nothing much to story. Masa tengok filem The Intern yang Anne Hathaway berlakon tu, sangat suka dengan interior office and warehouse dia dan terus berangan bila la boleh dapat masuk FV atau Zalora. But my dream comes true, because i got a chance to visit Fashion Valet. :D

One thing i love about FV and their sub brand such as Duckscarves, Duckstationary etc etc, adalah creativity mereka yang ermm terel gila buat flaylay. 

The happiness got into my nerves. So my body is smiling like how i smile. Gila betul. -____-

Sunday, November 29, 2015

DALER YUSOF

A video posted by Hana Jenna (@hanajenna) on


Minggu lepas sederet tiga hari photoshoot. Sekarang dah demam sebab kerja dalam 10 musim, panas sejuk lembap kering. lol. Khamis lepas photoshoot dengan supermodel Daler Yusof. Sebelum ni selalu nampak dalam iklan komersil je. Sejenis ciptaan Tuhan yang paling indah. Phewww. (habislah kalau boss baca).

Lokasi shoot kali ni dekat Astaka Morroco, Putrajaya. Kali pertama sampai sini. Dulu pergi Taman Botani je atas tu. Tempat ni free je nak masuk. Cuma kalau nak buat shoot komersil, kena la bayar sikit. Masya-Allah dia punya panas terik tu. Sampai naik juling lah mata ni menahan mata. So kalau nak tahu kenapa aku takde chance nak cerahkan kulit sebab terlalu banyak photoshoot yang kena berjemur sampai jadi ireng. haha.

Daler Yusof ni sekarang tengah popular dengan drama Tuan Anas Mikael. He was born in Uzbekistan. So when he speak in Malay, kinda cute dia punya pronunciation. LOL. Kali ni semua gambar dibidik oleh Hana Jenna

Gambar-gambar dia semua on point. Macam mana kat luar, macam tu la sama macam dalam camera. haha. Tak macam certain orang, luar dalam berbeza. 

Wednesday, November 25, 2015

APA JADI KALAU ROZITA CHE WAN DAH TUA.

Masa intern dulu lepas project Kami Histeria, aku terus kena serap masuk production Oh My English season 3. I'm not into those things. Tak minat sangat.

Jadi satu haritu aku masuk office, usually kalau tak ramai orang aku akan terus duduk depan desk. Jadi haritu ada la beberapa orang, so lepak kat pantry sat. I grab this one mug. Buat instant milo.

Kalau orang kenal aku, aku jenis suka lepak tapi kurang bercakap. So usually aku diam and berfikir apa-apa je sampai aku pandang kat mug aku tu and gelak sorang-sorang. Lepastu aku pun bercakap;

"Weh, korang nak tau dak kalau Che Ta dah tua nanti orang panggil apa?
"Apa dia?"
*pusing cawan*

hew hew

 

Saturday, November 21, 2015

IKEA CHERAS

Dah lama tak cuti lama straight 3 hari. Harini last day, esok masuk office balik even hari ahad, tapi ada kerja luar untuk diselesaikan.

So harini cadang nak pergi Ikea Cheras, went out from house pukul 1 something, pergi Pejabat Pos, lepastu lepak Bangsar Village sambil tunggu Azizi gerak dari Shah Alam. Its been awhile tak makan kat high end punya tempat, and i went to Acme South kat Bangsar Village, makan benda merepek apa tah Mac & Cheese Hotdog. Biasa je. 



Lepastu terus ke Ikea Cheras, cari jalan pakai Waze sebab aku tak tahu ceruk mana Ikea baru tu. Hambik kau! Jem everywhere, segala pelusuk bumi dia jem menghala ke Ikea. Kau rasa? 15 tahun aku atas jalan tau nak sampai kat Ikea tu. Matilahhhh nakk!!

Tapi for real lah, jarak dalam 2KM je dari Jalan Pudu nak ke Cochrane tu, ambil masa tepat 2 jam. Tu tak masuk cari parking lagi, U turn sana sini sebab jalan tutup. Eh Siti Nurhaliza sempat beranak tau. Bercinta betul nak pergi sini. Taubat Nasuha aku taknak datang lagi. haha.



Mula-mula rasa nak patah balik dah. Malas nak pergi, sat lagi rezeki abang lah dik dapat parking tepi sekolah Cochrane tu. 

So looking around dalam Ikea, ada satu area tu, aku tak tahu lah department apa. Office room kot. Lawa sangat oi display room dia. Tak tahu samada color Turquoise atau baby blue dia punya wall. Lepastu placement rack and curtain tu. Alahai. Nak beli satu set bubuh kat rumah terus je rasa. 



Malas nak tunggu lama-lama. I'm not the typical makcik-makcik looking around bazir masa lepastu tak beli. Jadi, aku pusing satu round sauk je apa nak beli. Jadi aku sauk la meja panjang, portable wardrobe and cermin muka. Ni semua untuk rumah sewa nanti. Sebab aku yakin harini je ada masa nak keluar pergi beli barang rumah.

Yaa sudah, lapar! Takde kerja lah nak makan kat situ juga. Dengan sesaknya. Baik pergi Ikea Damansara sana. Kosser! 

PINDAH RUMAH BARU

It quite sometimes aku tak blogging. Sampai lah aku rasa macam kena aktif balik. First of all, I would like to welcome to all of you, this my new blog link www.nazimnasri.com. And out of sudden, aku buka personal e-mail aku dan dapat satu paid job from ZALORA, boleh baca kat sini. Alhamdulillah. hihi.

Insya-Allah anytime soon I'll be moving to Bangi. Sebab dah tak larat nak ulang alik Cheras-Bangi. Even dekat, tapi tak larat lah hari-hari macam tu. But it just for awhile, insyaAllah dalam 3-4 bulan je sebelum pursue degree. 

I went to the new house with the staffs, logistic memang bagus sebab dekat dengan Giant and Gymnasium. Aku yang supermalas padahal kat Cheras ni melambak je gym kan, tapi nak rumah yang buka tingkap je terus nampak. Malas betul nak keluar jauh-jauh haha.




Masa tengah deal untuk sewa rumah, aku tak join the field lah. Banyak kerja lain. Dalam pada taknak duduk sekali tu. Last-last duduk juga serumah dengan diorang. Sebab banyak facilities and aku tak ada masa nak cari rumah sendiri. So malam lepas photoshoot haritu, terus ke rumah sewa.

"Bilik aku mana?"
"Hujung tu!"
"Kepala hotak la besar macam ni. haha"
"Dah kau kata nak ada tandas dalam bilik. Amik la bilik tu."

Betul-betul diorang bagi bilik ni kat aku. haha. Satu hal pulak nak pasang menghias bilik ni nanti.




Sebenarnya I'm in rush that time. Sebab opah belah ayah meninggal dunia siang tu. So kena balik Perak malam tu juga. But I've promised with them nak bawa pergi rumah sewa dulu. Nasib ada cousin dari Ampang balik lewat sikit, so tumpang dia je la balik Perak.

Gerak balik Perak tepat jam 12:00 malam tu juga, and sampai kampung around 3-4AM. Alhamdulillah semua family ada dalam rumah tu.

So selain daripada aku yang akan pindah kat rumah baru nanti, opah aku pun dah selamat dulu masuk ke "rumah baru" dia. AL-FATIHAH.


Wednesday, November 18, 2015

TIGA IDEA SLIM FIT JEANS UNTUK LELAKI

Slim fit jeans have been getting a huge attention from men these past few years. Instead of wearing the same straight cut jeans kan, celana slim fit jeans adalah pilihan yang sesuai untuk anda kelihatan stailo.

Feel that sexy boost wearing the slim fit jeans anywhere you go and be the center of attention. Have you seen David Beckham or even Dave Franco in slim fit jeans before? Stunning kan?

For the men who are clueless on how to pull off slim fit jeans with style, take a look at these three slim fit jeans look ideas. Go for a different look and be fashionable every time you step out of the house.

FORMAL

Are you getting bored of wearing the same classic black trousers to work? Spice up your work attire by wearing a nice pair of black slim fit jeans as the alternative. Look stylish in your formal office look and still maintain that edgy touch of slim fit jeans. Be confident and maintain your level of professionalism with a fashionable style.



       CASUAL

     Every guy prefers to wear jeans as their casual go to outfit and there is nothing wrong in
     switching those old jeans with a slim fit one. Match it with your singlet or t-shirts and go
     about your day with comfort. The slim fit jeans will definitely create a slimmer effect anD
     defines your figure effortlessly.


  FUNKY

     However, if you are someone who wants to show off a more fun side of you, there is always the option of coloured slim fit jeans available from various brands. Simply pick a colour which you see matches your own style and be creative in pulling it off. Whether you wear it with a basic tee, shirts or jackets, it will definitely make you appear dashingly handsome and chic.


Monday, August 24, 2015

Appeared on Al Hijrah


Rabu lepas aku bangun pukul 06:30 pagi dan bergegas ke Sentul untuk jemput manusia paling lawa dalam dunia untuk pergi live interview dengan Al-Hijrah. I was driving dari Cheras ke Sentul dalam keadaan jam nak mampus. Dengan call time dia pukul sebelum 08:30 pagi. Mujur ada wave yang boleh bawa masuk jalan tikus.

Sampai je sana, dia cakap slot kiteoran pukul 10.30 pagi. Ye memang lah aku bergegas dengan macam nak kemalangan pagi tu tengok-tengok start lambat. Krohhhh!

So basically slot Assalamualaikum tu adalah segmen usahawan. Aku dengan Rhea wakilkan company & bosses untuk appear dalam TV. It was a great experience even aku rasa sopan gila aku bercakap and gagap dan tak faham soalan. Nervous lah gila.

Lepas je habis segment u, aku buka whatsapp. Dalam group dah berduyun gambar yang peminat-peminat aku send. Antaranya macam kat atas ni lah. Dengan caption "PENGUSAHA JUBAHSOUQ". Aku tak tahu lah apa yang orang lain faham dengan term pengusaha ni.

Banyak lah ucapan tahniah merata-rata orang comment. Diorang ingat aku ni owner JUBAHSOUQ kot. Padahal staff je. Tu sebab aku whatsapp producer tu dengan ucapan "Saya bukan owner, designation saya adalah Sales & Marketing Manager". Ok lah, itu je nak cerita. Bye nak tidur. 

Wednesday, April 29, 2015

Terbang Tunduk

Pernah tak. 
Kau dah type panjang-panjang luahan hati kau kat sini. 
Pastu padam balik semua. 
Sebab rasa macam tak payah kot orang lain nak tahu pasal kau. lol. 
Cukup la sekadar, "aku stress".


Tuesday, April 14, 2015

Sebalik Tabir


Aku tak pernah cerita pun kan yang sebelum ni aku pernah kerja/intern dekat production house. Yes, tahun lepas aku intern di Red Communication. Rumah produksi yang produce cerita Oh My English, Gol & Gincu, 3R, Kami Histeria, Pisau Cukur dll.

Best? Entah hahah. Bukan bidang aku kot. Tapi okay lah sebab dapat kerja dengan nama-nama besar. Especially Nur Fazura. Kau je rasa best. Aku rasa biasa je. Setakat lunch sama-sama dengan Diana Danielle, Sara Ali, Fazura and the others . Hahaha. Best lagi kalau dapat lunch sama Dato Siti Nurhaliza.

It was a good experience by the way. Banyak la benda belajar pasal dunia produksi. Tak tidur malam. Kena marah. Ikut shooting. Pergi promo filem. Buat itu buat ini. Tapi tak kurus-kurus. Lol

Oh, dalam gambar atas tu masa aku jadi clapper-boy! Kira mcm orang penting lah untuk bahagian editing nanti. Tapi yang bestnya hari-hari kena marah sebab clapper board tak masuk dalam frame. Hiksss.

Pastu yang best sebab jadi orang pertama yang tengok filem Manisnya Cinta di Cappadocia.

Kenangan tak dapat dilupakan? Aku cabut lari daripada set penggambaran Oh My English S3 selama 3 hari time birthday aku last year. Ok tu je. Night 💆

Thursday, April 9, 2015

Bawa Bertenang

Haritu ada orang tanya aku, aku kisah tak kalau orang yang dulu kita rapat atau selalu bertegur, sekarang layan tak layan atau erti lain layan ala kadar je?

Aku cakap la aku tak kisah pun. Kenapa aku nak kena kisah kalau orang yang kita rapat atau tak tu membeza-bezakan layanan kat kita.

I have my own stand, I want to find my own happiness. Ketenangan jiwa aku tak ada kat orang lain, so kenapa perlu aku kisah kalau orang layan kita ala kadar, walhal tak ada masalah pun.

Aku tak suka stress dan aku tak nak stress. Kalau benda boleh settle, bagus. Kalau tak, lupakan je lah. Silent is better treatment orang cakap, aku jenis tak suka persoalkan tindakkan orang terhadap aku. Nanti meleret. Kalau orang rasa dia betul, let them be. Kalau aku rasa aku yang betul, biar aku je yang tahu. Letih. Baik aku bawa bertenang dan bawa bersabar.


Tuesday, April 7, 2015

Trip to Kelantan

Pantai Cahaya Bulan

Last week i went to Kelantan. Tahun ni banyak travel, just back from Kuantan & Johor Bharu. It's kinda fun bila ada business trip ni. 

Well, Malaysia sekarang banyak conflict antara politik. Tapi as for now lepas dah banyak travel, tak la banyak mana pun. I would say that i love Kelantan, not very much. Tapi boleh lah. I love their culture, Tolak tepi lah hudud apa semua tu. 

I found peaceful in Kelantan. Tak serabut macam KL or Penang. Eventhou' mereka tolak pembangunan. Tapi aku kisah apa, janji tak serabut macam bandar-bandar lain. Orang-orang kampung pun baik belaka. Best dapat sembang dengan strangers, even sometimes being extra-friendly tu annoying. But they're not. Seriously.

Patutnya next month trip to Brunei, Kota Kinabalu & Kuching. Tapi terpaksa cancel sebab taktau lah sebab apa. lol. Ok, i missed nasi ulam and the"jual deh" words after we bought their things. hahaha.

P/s: kadang-kadang kita nak jadi a good example, tapi selalu end-up jadi trouble maker. haiz