Friday, March 5, 2010

saya jujur tentang ini :) -maybe-

Apakah contoh kain/pakaian yang selesa menggambarkan diri anda?
Kain yg saya rasa yg layak untuk dipasung ditubuh comel ni adalah kain yg bermutu tinggi da disukai ramai. Seharusnya saya belum becadang untuk memakai kain kapan lagi. Ingat saya perbetulkan disini. Saya bkn seorg yg gila fashion oke! :) Yang penting, saya tidak akan memakai kain perca. Hahaha.


Fesyen anda lebih kepada?
Old Skul. Saya seperti S.Jibeng. Suka terhadap fesyen2 lama yg kadang kala seperti Saloma. Yg berkebaya ketat serta berkaca mata hitam.


Karier anda sekarang?
Seorang pelajar jurusan sains tulen. Saya masih memikirkan cita-cita saya yang sebenar! :)


Jika anda tidak bekerja?
Poket akan berada dalam keadaan kering kontang. Perlu ke saya jawab soalan UPSR ni?


Apa anda lakukan sebelum pergi kerja?
Tukar soalan, sebelum ke sekolah. Saya akan mandi bersama 2 towel saya. Dan berada di dalam kamar mandi selama yang mungkin. Dan seterusnya 20minit utk bersiap ke gedung ilmu!. hahahaha


Perkara paling buruk/kelakar anda lakukan?
Saya akan korek idung dihadapan cermin selepas balik sekolah setiap hari. (jujur)


Adakah anda seorang biseksual atau metroseksual?
Saya x paham soalan ini! hahaha. (cover ).


Anda rasa anda seorang yang cakap besar/berlagak?
Sudah semestinya tidak! Saya tidak diajar untuk menjadi DIVA. haha. Sejujurnya, saya tidak berani untuk bercakap besar. Kalau berlagak tu, ikut situasi yg sesuai la kan. Ohh, saya akan berlagak bila dapat exam paper yg terpampang huruf A sebesar-besar alam. hehe.


Anda rasa anda seorang Propa dan Drama King?
Saya mengaku tentang ini. Saya propa, tp kadang kala apa yg saya tuturkan adalah benar. Saya bukan pelakon dunia yang hebat. Saya bukan drama king, sbb saya tidak pandai untuk menipu untuk perkara yang mempunyai tinggi risikonya. Tapi ape yang penting, anda perlu tahu yang saya ni sangat propa. hahaha :P


Jika anda mempunyai pasangan. Anda ingin kebahagian itu yang macam-mana?
Saya belum fikir tentang ini :)


Apa erti sex sebelum cinta/kahwin bagi anda?
Seks sebelum cinta/kahwin bagi saya adalah perbuatan ZINA yang harus ditentang. Anda akan melahirkan zuriat yg haram. Ianya suatu pembaziran waktu. Perlulah fikir sewaktu anda berhadapan dgn Allah. Malu atau tidak?


Anda memiliki laman web chatting untuk tujuan sex?
Apa kau ingat aku ni bohsia lelaki? U alls, saya hanya ada myspace.facebook.ym.formspring sahaja oke. Dan yang penting, rumah saya tidak mempunyai talian internet. Saya hanya online di CC. Perlu ke untuk saya memalukan diri untuk berchatting perihal seks disebelah pengguna-pengguna internet yang lain? Bodoh namanya. :)


Anda selalu membayangkan diri anda sebagai apa?
Saya bukan mat jenin. haha. sumpah malas nak type dah. Penat oke !


Kata terakhir anda?
Orang tak sayang saya. Saya tak kisah. Orang tak suka saya. Saya tak kisah. Tapi kalau Allah tak sayang saya. Saya seperti hilang pertimbangan. :)



P/s: Berani x anda untuk menggunakan Bahasa Melayu sebaik saya? hahaha. Aku pn x sangka bole guna bahasa melayu mcm ni. Walaupun ade campur2 bahasa kuwekk sket. So, ade aku kesah? haha :P

No comments: