Its been a while ah aku tak menulis secara serious. Busy dengan study je. Tapi aku sempat luangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah untuk release tension. hehe. So untuk entry kali ni, aku nak sembang pasal "perang blogger". Wohaa. Apa benda yang diperangkan ni? Engkorang jangan tak tahu,bulan lepas kiteorang berperang kat Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat dalam acara Battlefield Live anjuran Tourism Selangor.
Kalau nak tahu, event yang aku selalu join adalah
Tourism Selangor Day Out ataupun
#TSdayout, which is event bulanan yg dianjurkan oleh
Tourism Selangor sendiri. Basically
#TSdayout ni buat event dalam Selangor sahaja dalam mempromosikan negeri Selangor. Bagus sangat ni. So kalau nak join event dengan
#TSdayout ni boleh cekidaut dekat
http://tsdayout.my/ .
Kebanyakkan event yang dianjurkan adalah limited participant. So syukur Alhamdulillah aku di-short-listed-kan untuk join event kali ni. Lagipun kali ni punya event aku suka gila sebab dia adalah game outdoor yang aku suka and kali pertama nak main.
All the way journey ke Lembah Pangsun ni aku tidur dalam kereta Naqib sebab nak cas tenaga yang dah dihabiskan. haha. So masa sampai je terus register and met some others old and new friends gitu ah. So kali ni punya baju tema adalah warna hijau. Well, nak berperang kan. Acah-acah askar la sikit. Anyway dah lama aku tak dapat Pangsun ni, lama gak aa. Last year pergi Sungai Chilling, Hulu Langat. So basically kat Nur Lembah Pangsun ni tempat riadah untuk pelbagai aktiviti lasak dan tidak lasak gitu la. Tak jauh dari KL pun, cuma 30kilometer je.
Macam biasalah, masa daftar je mesti makanan aku cari dulu. haha. Lapar la pagi tu, so aku makan nasi goreng sebagai alas perut lepastu baru g daftar. So bila dah daftar, dapat button badge dengan baju rasmi #TSdayout.
So lepas je registration, kiteorang semua diusung masuk dalam hutan naik van. Sebab tak kosser lah nak berjalan jauh-jauh ke dalam sana. Agak pedalaman jugak lah. Siap ada budak-budak sekolah buat camping. Nampak seronok sbb dah lama tak camping.
-BRIEFING-
Sampai je atas. Kiteorang semua telah di-briefing-kan oleh Mejar Shafiee Sulaiman mengenai aktiviti yang bakal dijalankan dan menegaskan beberapa peraturan dan tatacara bermain Battlefield ni. Nasib baiklah aku pakai track suit time tu. So takdelah berat sangat seluar nak berlari. Sebab jarak permainan ni adalah lebih kurang 200M. Besar dan jauh juga laa.
Battlefield ni lebih kurang macam laser tag dengan paintball la. Tapi dia main pakai laser attack kat kepala dgn badan serta mengeluarkan bunyi yang real kena tembak gitu. So kiteorang semua diperkenalkan dengan senjata-senjata yang mempunyai berat yang sama seperti senjata sebenar. Senjata paling berat adalah 3Kilogram.
Battlefield Live
Lepas je habis briefing, kiteorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk berperang. So aku kumpulan Delta. Menang banyak kali, tapi end-up tertewas juga hahaha Sebab Medic Box kiteorang kena curi. So kalah kita situ. Haishh.
Penyampaian Hadiah
|
penaberkala.blogspot.com |
Lawa gila kan medal tu? haha sila jeles lah. Medal ni sangat cantik dan best dan berat. Aku suka. 1st time dapat medal lawa cenggini. Nasib baik menang walaupun tempat ke-3 je. Kalau tak aku tembak semorang kat situ haha.
|
credit: foodnfram.com - 1st runner |
|
credit: foodnframe.com - 2nd runner |
|
credit: foodnframe.com - 3rd runner |
Nampak tak terpancar wajah bahagia kat situ? haha Walaupun tempat ketiga, at least menang lah daripada korang yang baca ni tapi tak join event yang super best ni oi. hahah. Sila dengki laju-laju :3
Tapi hadiah yang ni tak best sangat lah. Sebab apa? Aku dapat hadiah yang lagi best haha. Dapat hadiah special sebab jadi sharp shooter. Ehemm. Tapi bukan aku sorang la, ada lagi beberapa blogger lain yang dapat juga. Lebih kurang 6 orang. hehe
So kalau engkorang berminat nak cuba ber-Battlefield ni kan. Boleh lah pergi main kat Nur Lembah Pangsung ni. Sekali sekali apa salahnya. Lagipun main dalam hutan, mcm perang betul-betul. Laser tag dgn paintball tu dah bosan lah. Tolonglah haha.
Engkorang jangan tak tahu yang Battlefield ni bukan je ada kat Nur Lembah Pangsung je, dia ada kat beberapa tempat lain. Tapi masih dalam kawasan rimba. Awesome ke tak? wohaaa. So antara tempat-tempatnya adalah Nur Laman Bestari, Nur Sg Merab, Isi Rimba, Kelumpang resort, KClub Melewati .
Ataupun kalau engkorang macam takut sesat ke apa, atau nak buat pertanyaan boleh ke alamat ni atau telepon kat nombor yang tertera.
Alamat
A19-3A, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral, 43000,
Kajang , Selangor.
Phone
+6 03 8740 3307
+6 03 55 123 789
Direct line
Email
battlefieldlive.my@gmail.com
Untuk maklumat lanjut:
|
credit: foodnframe.com - Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami semua! :-) |