Monday, December 27, 2010

Akhir Rasa Ini

Kau seringkali menghias air dikelopak mata.
Biar sehancur mana, kau tetap biasa.
Suka tak suka, bibirnya duduk sama.
Jari menghiris kata memulakan sengketa.
Bibir masih ditakuk yg sama. Sepi!


Manusia, sambutkan hormatku dari seluruh kata.
Aku tak ingin lagi lemas dalam lautan rindu.
Aku benci kan pelayar yang melupakan daratan.
Pergi~
Kau perlu kembali.
Tapii...


Tapi. Bumi ni bulat indahnya.
Putus dan bertemu kembali.
Pergilah sejauh mana kemahuan.
Pasti kau terlukis memori.
Datang kembali bicarakan kerinduan.


Sudahku ingat bait-bait kata.
Ku telan walaupun pahit.
Ku faham rentak nada emosi mu.
Barangkali baru mengenal apa itu "dunia".

Biar keting menopang kaki dari terlanggar batu.
Biar hati ditembok emosi agar tidak lagi air menglusuri pipi.

Ku pendam sebuah duka-resah Khatijah Ibrahim

Nukilan rasa | 27122010 | isnin;

Photobucket

No comments: