Saturday, March 31, 2012

Pengharaman Lagu Bawaku Pergi - Zizan ft. Kaka

lagu bawaku pergi diharamkan

Beberapa hari lepas kes lagu Bawaku Pergi yang dinyanyikan oleh Zizan dan Kaka telah diharamkan diseluruh stesyen radio tempatan. Pencipta lagu tersebut, Malique sudah pun mengeluarkan kenyataan berhubung dengan isu ini.

Apa yang aku baca kisah sebelum ni, lagu mengandungi unsur-unsur dan lirik yang tidak relevan dan sesuai dalam lingkungan masyarakat Malaysia. Seperti menggalakkan lari daripada rumah dan perkara-perkara sosial. [rujuk lirik]

Dalam Malaysia kalau tak silap aku memang ada satu Kementerian yang menapis bahagian industri hiburan supaya tiada unsur yang boleh memecah belahkan negara dan masyarakat. KALAU TAK SILAP LAH.

Tapi kenapa isu artis yang berpakaian seksi yang hampir nak terburai isi dada tu tak dipandang serius? Malah sebenarnya perkara macam ini lebih serius dan boleh memecah belahkan Islam. Dan kenapa majalah Mangga masih halal dijual di dalam negara. Sedangkan majalah tersebut lebih cenderung kearah keburukkan kalau dilihat pada intipati yang disiarkan.

Bukannya nak tunjuk pandai agama atau apa apa sekalipun. Cuma kami dah bosan tengok selebriti berpakaian menjolok mata. Kami lebih menerima pemakaian seperti Diana Amir, Yuna, Irma Hasmie, Norjuma Habib dan beberapa selebriti yang tidak bertudung tetapi masih menjaga etika berpakaian.

Sebenarnya isu-isu macam ni tak patut dipersoalkan pun. Sebab masing-masing dah boleh fikir baik buruk sesuatu perkara. Kenapa lebih fokuskan pengharaman lagu yang dihasilkan daripada mencegah benda yang sedia haram. :)


Seksis- Anita Sarawak

Wednesday, March 28, 2012

Nabi tak pernah sombong.

Instagram for Android!

Tahukah anda perisian instagram adalah suatu yang menakjubkan. Gua sangap tengok gambar-gambar yang diambil menggunakan aplikasi instagram. Biasanya aku akan menggunakan iPhone Azieana Jamal untuk ber-instagram. HAHA.

Sebelum ni instagram boleh didapati di iPhone/iPad (Brand Apple). Sekarang ni instagram dah menembusi sistem Android. Wahh kemain tau tak. Mesti kebanyakkan orang beli produk Apple sebab nak guna aplikasi instagram. Sekarang ni pengguna Android pun dah boleh guna. Jelly much. Aku adalah #TeamBlackberry :(

Kalau nak tahu, aplikasi instragram telahpun memulakan proses pendaftaran untuk instragram dan korang semua boleh mula mendaftar. Tapi, pihak mereka masih belum memaklumkan versi mana yang bakal menyokong aplikasi mereka. Tak rugi mencuba, daftar sekarang.


Nak tengok gambar-gambar selebriti terkenal yang menggunakan aplikasi instagram? Awesome la bro. Aku harap ada instagram for Blackberry.




YUNALIS ZARAI
   



ZAYN MALIK
 
 



SHILA AMZAH
 


Entry untuk kawan-kawan.

Assalamualaikum.

Aku pernah terbaca satu ayat kat twitter, "untuk menjadi BFF atau kawan baik sleamnya, selagi masih menggunakan perkataan I & YOU, korang bukanlah BFF." So guna Aku & Kau baru cool. hahahah. Rasa maca setuju je. Sebab aku lebih rapat dgn kawan-kawan bila ber-aku & kau rather than I & You :)

Tak kisah la apa sekalipun gelaran. Hidup kat dunia ni bukan untuk bermusuhan atau kau sorang je yang nak hidup. Baik pergi hutan kalau nak sorang-sorang. But then aku suka treat kawan-kawan aku macam siblings. Kalau marah pun benda-benda yang memang tu salah kau. Kalau bodoh-bodoh nak marah memang tak ah ;)


Header timeline aku kat Facebook. Me with Hazwani & Mas AMira <3

Best tau bila kita ada kawan-kawan yang treat kita macam adik beradik sendiri. Sebab apa aku kata best? Sebab dorang dah kenal rapat dengan kita and dah faham perangai kita. Serious ah tak tipu. Yang paling seronok kau memang takde rasa nak bercinta dengan mereka sebab rasa sayang antara kawan tu dah kuat. LOL. haha.

Bukan senang nak cari kawan yang betul-betul kita perlukan time kita susah senang. Tapi aku ada. Time aku sakit, aku ada kawan yang boleh belikan bubur/ubat. Bila takde duit nak makan, ada yang tolong masakkan lauk. Paling best, bila ada assignment kita dapat buat sama-sama, tak tidur malam. Gelak-gelak. Bersembang. Gurau-gurau.

Minggu depan ada charity event. So kiteorang akan gotong royong satu malam untuk siapkan aktiviti, hadiah and macam-macam lagi untuk jayakan event tersebut. Best bila ada kawan-kawan tolong.

Me with Iqqa Sazali


Wani & Me

Triplets

siblings :)

Affan, Dann, me, Irfan

 
Classmates


Lagi satu. Kawan ni tak semestinya dengan sebaya kita je. Lecturer pun boleh dijadikan kawan. Tapi kita kena tahu lah limit kita dengan leturer. Bila kat kolej dia cikgu kita, bila kat luar, dia kawan kita. Pernah je kiteorang lepak-lepak kat kedai makan dengan lecturer sembang-sembang kosong, gelak-gelak sakan. Best lah :)


Miss Immie. She is my lecturer but used to be my friend also ;)


P/s: Kadang-kadang ada je langau dok kata kita ni rapat dengan lecturer sebab nak bodek dapat markah and buruk-burukkan orang lain supaya lecturer percaya kat kita. Sorry to say. ;)

Tuesday, March 27, 2012

Bertunang atau Ber-Couple. Apa Bezanya?

Maria Elena -gambar hiasan

Kita semua tahum bertunang itu ada dalam agama. Tetapi kita kadang-kadang lupa bahawa setiap urusan agama ada tujuan (maqasid) yang terjadi. Poligami sebagai contoh, tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan "senjata" kononnya sunnah, lalu diambil sambil lewa sehingga mencetuskan pelbagai kes penganiayaan kepada wanita dan sebagainya.

Bertunang juga begitu. Tujuan utama adalah untuk lebih mengenali antara satu sama lain, bukan sahaja dari segi individu tetapi juga dari segi keluarga. Dan perhubungan ini WAJIB dikawal. Sebab itu, bila melibatkan keluarga, maka ia diharap menjadi satu garis sempadan yang boleh menjaga dan mengawal.

Dalam fitrah bertunang pula, sebaiknya peluang itu diguna sebaik mungkin untuk menyiapkan diri secara serius, membuat perbincangan-perbincangan berkaitan masa depan serta menguruskan hal ehwal perkahwinan. Beitu juga fitrah pertunangan sewajarnya dimanfaatkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara satu sama lain. Dari situ, ia akan memberi kesan yang positif secara bersama selepas perkahwinan nanti. Baik, skarang kita perbetulkan kembali tanggapan kita kepada pertunangan itu sendiri.

Cuba lihat sekeliling kita, berapa ramai manusia yang gagal membezakan antara bercouple dan bertunang?

Malangnya, hari ini ramai orang mengikat tali pertunang, kemudian melakukan hal yang serupa sewaktu belum bertunang, atau hal-hal yang kebiasaanya dilakukan oleh orang bercouple, kemudian menganggap tu sebagai 'halal'.

Jadi kena faham; bertunang tidak menghalalkan sesuatu apa pun yang diharamkan sebelum bertunang.

Bertunang itu bagaimana? Ibaratnya, ada mengikat janji. Itu sahaja. Janji untuk berkahwin kiranya ada jodoh. Apabila telah ditunangkan, maka si perempuan tidak lagi boleh menerima pinangan dari orang lain.

Kesimpulan.

1. Bertunang tidak sama dengan bercouple, kerana pertunangan itu sebahagian daripada syariat Islam yang mempunyai maqasig sendiri. 
2. Bertunang boleh menjadi sama denga bercouple, terutama dalam bab dosa dan pahalanya, iaitu apabila masing-masing tidak menjaga batas yang telah digariskan oleh syara' 
3. Lafaz akad nikah adalah satu-satunya cara yang boleh menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan, manakala selain itu tidak ada.


Risalah daripada KPTM Kuala Lumpur.

Monday, March 26, 2012

Penyeksaan terhadap kucing

 


Ibu kucing ini terus menjilat mayat anak-anaknya dengan harapan mereka sembuh kembali. Mengikut sumber, saksi terdengar kucing menangis di tingkat bawah, dan apabila mereka sampai ke tempat kejadian, mereka menemui kucing liar dan anak-anak kucing yang diseksa sehingga mati. Kesemua badan anak-anak kucing tersebut dipenuhi dengan tembakan pistol angin, dan ada pula yang diikat lehernya, dan ada pula yang dibedah sehingga jantung kucing itu terdedah, dan kepala ketiga-tiga kucing yang lain dipijak! Kejamkan orang ni? 


P/s: Even aku tak suka kucing. Tapi memang tak sampai hati untuk membunuh kucing. Sebab kita tahu sakit dia cemana kalau kita sendiri yang kena. Even semut pun aku berfikir dua tiga kali utk picit dia atas lantai. LOL #serioustalk

Awal Ashaari melamar Scha Al Yahya di Propaganza

Gentleman!

This is so sweet. Congratulations Scha and Awal.
Awal, even aku tak berapa suka kau and kau block aku kat twitter pasal kes orang lain. I just wanna say Congrats. HAHAHA.


Sunday, March 25, 2012

Hukum Mencabut Uban

 

Al Baihaqi membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadith dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah s.a.w bersabda:

الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة

“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebag
ai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (H.R. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadith ini hasan).

Muhammad bin Hibban At Tamimi r.hu (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.”

Lalu Ibnu Hibban membawakan hadith berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:

لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة

“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (H.R. Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadith ini hasan)



P/s: Kepada yang mak ayah dia selalu suruh tolong cabutkan uban tu, cakap pada mereka bukan tak mahu tolong, tapi... jelaskan hadith ini kepada mereka. Kepada yang muda-muda dah beruban tu pun, tak perlulah malu.

Friday, March 23, 2012

Kereta MEWAH dalam Malaysia.

Keluarga kita susah takkan kita sekadar sedar je keluarga kita susah. Make something la bro untuk ubah nasib keluarga. Baru lah angan-angan mat jenin nak pakai Lamborghini warna Biru tercapai. 2012 zaman membangun. 2020 zaman MODEN untuk hidup senang lenang bro. peace yo!


Dibawah ni ada beberapa keping gambar kereta mewah milik orang-orang ternama. Telan air liur. Puasa setahun.

 HUMMER milik Tengku Mahkota Johor


 Bugatti Veyron Milik Sultan Johor 

 Milik Sultan Selangor

 Dato' Lee Chong Wei - 
Ferrari F430 (BLG 1), bharga RM1.6juta..
BLG 1 bermakna Badminton LaGenda 1, no plate itu berjaya dimiliki oleh LCW dgn harga RM69,100. 

 unknown

Perempuan

PEREMPUAN ni banyak betul cerita mereka nak cerita kat blog. hmmm :/

 


Monday, March 19, 2012

Friday, March 16, 2012

Datin Norjuma Habib

Siapa yang tidak kenal dengan bekas pengacara TV3 ni. Datin Norjuma Habib yang berkahwin dengan adik kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Mohamed Nazim Razak. Datin Norjuma Habib ada karisma tersendiri. Mempunyai senyuman yang menawan dah perwatakan yang sejuk mata memandang :D

Kali pertama jumpa Datin Norjuma masa Anugerah Skrin 2009. Masa tu sangat terkejut sebab dia terlalu cantik. Haa cantik gilaa. Kali kedua jumpa masa kat KLCC. Dia sangat humble down to earth. Untunglah laki dia kan. hehe. Dapat la jumpa sekali dengan Neelofa. AKu tak minat pun Neelofa, tapi sebab dia cantik kan? haha redah je :)

  
 

 

Thursday, March 15, 2012

Anuar Zain: Sebuah Meja RM100, 000


KUALA LUMPUR – Anuar Zain boleh dikatakan antara penyanyi yang mengenakan bayaran jualan meja paling mahal apabila mengenakan harga sehingga RM100,000 untuk sebuah meja dengan 10 tempat duduk pada persembahannya pada 12 Mei ini.
Pada persembahan bertajuk Mother’s Day Gala Night With Anuar Zain sempena sambutan Hari Ibu yang akan diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, penyanyi berusia 42 tahun dan masih bujang itu akan menghiburkan para penonton selama kira-kira 45 minit.
Menurut pengajur persembahan, Dream Music Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Fauzi Zakaria, konsert itu bukan setakat bertujuan menghiburkan golongan ibu dan juga para peminat Anuar Zain tetapi juga untuk tujuan amal.
“Kami juga akan menghulurkan sebahagian daripada kutipan daripada jualan meja itu kepada Persatuan Ibu Tunggal Malaysia. Selain jualan meja berharga RM100,000, jualan meja-meja yang berharga RM40,000, RM20,000 dan RM10,000 juga disediakan,” katanya.
Pada sidang akhbar yang diadakan semalam di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay di sini semalam, Anuar Zain yang antaranya popular dengan lagu seperti Lelaki Ini berkata, selain jualan meja para peminat juga boleh membeli tiket setiap seorang dengan harga RM1,000, RM600 atau RM500.
Jelas adik kepada penyanyi Ziana Zain ini, meskipun ada pihak yang beranggapan harga tiket itu agak mahal tetapi itu tidak bermakna dia terlalu memandang kepada wang ringgit semata-mata, sebaliknya para peminat yang kurang mampu juga berpeluang menonton persembahannya.
“Biasanya setahun sekali saya akan mengadakan persembahan khas untuk para peminat saya di mana saya hanya akan mengenakan bayaran sekitar RM40 sahaja. Itu pun untuk bayaran makan sahaja bagi menonton persembahan saya yang diadakan setahun sekali.
“Bagaimanapun sudah lama juga saya tidak buat persembahan sebegitu. Pada persembahan itu, para peminat berpeluang menonton persembahan saya sambil makan dan berbual-bual dengan saya dalam acara yang diadakan lebih kurang empat jam lamanya,” ujarnya.
Para peminat terutamanya syarikat-syarikat koporat yang berminat untuk menyaksikan persembahan Anuar Zain sempena sambutan Hari Ibu itu sila hubungi talian 03-21711220 atau layari laman sesawang www.dreammusic.com -SUMBER

Monday, March 12, 2012

Lagu Untuk Rosmah, Cincin Berlian 24Juta

"desimpanweit.. daridekeceiup.. sebatudeboleblicicenyangmahalt­uouuuwuup..." 

HAHAHAHAHAHAHAH FAK FAK FAK Kelakar gilaaaaa!!



Sunday, March 11, 2012

Maafkan Natrah, Ina dan Aida



Pada 14 tahu dulu, saya adalah penuntu di sebuah IPTA di selatan tanah air. Saya lahir daripada keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti.  Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. 
Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah. Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan. Saya ada tujuh kawan dirumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri daripada saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan.

Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biada pergi ke kuliah tetapi mereka pulang ke rumah pada jam 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan untuk membuat tugasan kuliah. Akhirnya, saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi. Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain telah bersubahat hendak mengenakan mereka bedua. 

Saya telah merakam pergerakkan mereka. Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan  cerita kepada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa kerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan lengkap sekali dengan bukti gambar. Kesannya, kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi.

Selepas tamat pengajian, dengan pengaruh dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan jutawan . Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih.

Keluarga saya, suami dan mertua serta kawan-kawan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Anak saya ditinggalkan kepada pengasuh. Di sana Allah tunjukkan pada saya suatu ketentuan.

Datang seorang lelaki, peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya. Saya akur dengan permintaanya. Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga tersebut bertanya kepada saya, "Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain."Jika benar pakcik rasakan inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat".

"Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa yang anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya bercerita, keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan selagi itu Allah tidak menerima amalam anak." katanya.

Ya Allah, inikah balasanya terhadap aku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu. Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu. Maka di ruangan ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu. Tolonglah maafkan kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapatmeneruskan kehidupan tanpa ejekan, asakan atau pemulauan daripada orang sekeliling. MAAFKAN NATRAH (NED). 

Natrah binti. Najman 
Menara Jati, Kuala Lumpur.
Mingguan Malaysia. 13 Disember 2009

Friday, March 9, 2012

Doa Jika Dibebani Hutang

DOA JIKA DIBEBANI HUTANG...

Jika anda hidup di kelilingi hutang, Nabi Muhammad s.a.w. mengajar kita untuk membaca doa yang dibawah ini....Dari Abu Umamah radhiyallahu 'anhu:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ لدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari SEDIH dan DUKACITA... Aku berlindung kepada Engkau dari LEMAH dan MALAS.... Aku berlindung kepada Engkau dari PENGECUT dan KEDEKUT... Dan aku berlindung kepada Engkau dari BEBANAN HUTANG dan TEKANAN MANUSIA ..." .... "Setelah membaca do'a tersebut, Allah menghilangkan kebingunganku dan membayarkan lunas hutangku."...(HR Abu Dawud 4/353)....

Islam mengharuskan seseorang itu berhutang, ketika berhadapan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan....

Walaupun begitu, Islam begitu teliti dan amat memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar hutang kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika di dunia hingga ke akhirat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, March 8, 2012

Shila Amzah terperangkap 12 jam akibat banjir.

Sepanjang tempoh 3 bulan tahun 2012, semalam hari paling lama hujan turun. Beberapa tempat air dah naik. Like me duduk kawasan hampir dengan Ampang, paras air naik sangat bahaya. Dengar cerita ada beberapa orang meninggal dunia akibat lemas dalam banjir.

Aku dapat berita pasal area Ampang banjir pun daripada twitter. Kawasan Ampang ni jangan cerita la kan. Bukan Ampang lah kalau tak jam. Bukan Ampang lah kalau tak banjir. haha.


Dalam pada tu, kekasih hati kekanda si Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad terkandas di jalan raya akibat banjir di Hulu Langat. Almost 12 hours Shila and Sharnaaz struggling for life. Mana tak nya, air dah sampai paras bahu. Kereta dah tenggelam. Shila dan Sharnaaz ditempatkan diatas sebuah lori.




Take care baby. Me love you <3

Biskut Mayat??

Salam.

Korang pernah tak dengar orang tua-tua cakap pasal BISKUT MAYAT? Seram tak dengar? hihi. Masa dulu-dulu, aku takut and terkejut gak dengar pasal biskut mayat ni.

Untuk anak-anak muda yang tak tahu biskut mayat tu apa. Meh sini, tok long nak bagi tahu biskut mayat tu apa. Okay, untuk pengetahuan korang, biskut mayat tu kebiasaanya dihidangkan masa tetamu datang ke rumah, contohnya ada jirang bertandang ke, ada kenduri ke, atau majlis tahlil. Biskut mayat ni akan di hidang kepada tetamu berserta air kopi atau teh.

Macam mana bentuk biskut mayat?

HAHA. Orang KL panggil biskut Merry. Aku panggil biskut Jacob. Ok. Macam-macam nama ada kan? Well, this is Malaysia. hihi. Jangan terkejut. Biskut mayat sangat popular. Biasanya orang kampung yang akan panggil biskut mayat. Kat KL panggil oreo je. kbai :p

   

Jessie Jay Live in Malaysia

jessie j malaysia Jessie J Live in Malaysia


Pada 16 March 2012, Jessie J yang popular dengan lagu Price Tag dan Domino akan mengadakan konsertnya di Malaysia. Aku memang suka betul dengan lagu Domino. hihi. Kebanyakkan lagu Jessie J banyak yang catchy.

Konsert Jessie J akan diadakan secara Live di Surf Beach, Sunway Lagoon pada jam 8.30 pm


Harga Tiket:

RM 298 
(Tune Talk Zone)

RM 198 
(Party Zone)

RM 98 
(Regular)


Korang boleh surf website Tiket Pro untuk membeli tiket konsert Jessie J Live in Malaysia.


Yuna Zarai: LOOKBOOK

Yunalis Zarai. Siapa tak kenal dengan Yuna. Penyanyi wanita bertudung yang semakin hari semakin popular. Yuna sedang melebarkan empayarnya dalam bidang seni keluar negara.

Yuna ni bukan setakat boleh menyanyi je. She is very intelligent women. Teman lelakinya adalah Qi. Bekas pengacara Jalan Jalan Cari Makan tu. Oh. Sebenarnya aku update pasal Yuna ni bukan nak cerita pasal achievement dia dalam bidang seni. Tapi nak cerita pasal fashion dan tata rias dia yang sangat cantik.

Walaupun dia bertudung. Penampilan Yuna sebagai seorang selebriti sangat dijaga rapi dan selalu kelihatan cantik. Wehuuuu. Yuna sangat cantik :)

Gambar-gambar yang aku ambil ni adalah diambil daripada laman web Yuna Zarai // LOOKBOOK . Semua gambar yang diambil dan fesyen yang Yuna pakai adalah sangat cantik dan menawan.

1964227_4f429d66f92ea11e3c000011

1679458_armyjacket%20copy

Topshop Coat, Vintage Belt, Zara Coat, Zara Bag

Zara Platform Wedges

Vintage Bucket Bag From Thrift Store

Vintage Tribal Jacket From Thrift Store La, Steve Madden Wedges