Maria Elena -gambar hiasan
Kita semua tahum bertunang itu ada dalam agama. Tetapi kita kadang-kadang lupa bahawa setiap urusan agama ada tujuan (maqasid) yang terjadi. Poligami sebagai contoh, tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan "senjata" kononnya sunnah, lalu diambil sambil lewa sehingga mencetuskan pelbagai kes penganiayaan kepada wanita dan sebagainya.
Bertunang juga begitu. Tujuan utama adalah untuk lebih mengenali antara satu sama lain, bukan sahaja dari segi individu tetapi juga dari segi keluarga. Dan perhubungan ini WAJIB dikawal. Sebab itu, bila melibatkan keluarga, maka ia diharap menjadi satu garis sempadan yang boleh menjaga dan mengawal.
Dalam fitrah bertunang pula, sebaiknya peluang itu diguna sebaik mungkin untuk menyiapkan diri secara serius, membuat perbincangan-perbincangan berkaitan masa depan serta menguruskan hal ehwal perkahwinan. Beitu juga fitrah pertunangan sewajarnya dimanfaatkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara satu sama lain. Dari situ, ia akan memberi kesan yang positif secara bersama selepas perkahwinan nanti. Baik, skarang kita perbetulkan kembali tanggapan kita kepada pertunangan itu sendiri.
Cuba lihat sekeliling kita, berapa ramai manusia yang gagal membezakan antara bercouple dan bertunang?
Malangnya, hari ini ramai orang mengikat tali pertunang, kemudian melakukan hal yang serupa sewaktu belum bertunang, atau hal-hal yang kebiasaanya dilakukan oleh orang bercouple, kemudian menganggap tu sebagai 'halal'.
Jadi kena faham; bertunang tidak menghalalkan sesuatu apa pun yang diharamkan sebelum bertunang.
Bertunang itu bagaimana? Ibaratnya, ada mengikat janji. Itu sahaja. Janji untuk berkahwin kiranya ada jodoh. Apabila telah ditunangkan, maka si perempuan tidak lagi boleh menerima pinangan dari orang lain.
Kesimpulan.
1. Bertunang tidak sama dengan bercouple, kerana pertunangan itu sebahagian daripada syariat Islam yang mempunyai maqasig sendiri.
2. Bertunang boleh menjadi sama denga bercouple, terutama dalam bab dosa dan pahalanya, iaitu apabila masing-masing tidak menjaga batas yang telah digariskan oleh syara'
3. Lafaz akad nikah adalah satu-satunya cara yang boleh menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan, manakala selain itu tidak ada.
Risalah daripada KPTM Kuala Lumpur.
1 comment:
betul tu. ada yang bertunang tu dah macam style orang dah kahwin padahal masih belum sah. cuma ada ikatan.
Post a Comment