Pada 14 tahu dulu, saya adalah penuntu di sebuah IPTA di selatan tanah air. Saya lahir daripada keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna.
Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah. Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan. Saya ada tujuh kawan dirumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri daripada saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan.
Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biada pergi ke kuliah tetapi mereka pulang ke rumah pada jam 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan untuk membuat tugasan kuliah. Akhirnya, saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi. Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain telah bersubahat hendak mengenakan mereka bedua.
Saya telah merakam pergerakkan mereka. Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita kepada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa kerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan lengkap sekali dengan bukti gambar. Kesannya, kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi.
Selepas tamat pengajian, dengan pengaruh dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan jutawan . Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih.
Keluarga saya, suami dan mertua serta kawan-kawan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Anak saya ditinggalkan kepada pengasuh. Di sana Allah tunjukkan pada saya suatu ketentuan.
Datang seorang lelaki, peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya. Saya akur dengan permintaanya. Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga tersebut bertanya kepada saya, "Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain."Jika benar pakcik rasakan inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat".
"Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa yang anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya bercerita, keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan selagi itu Allah tidak menerima amalam anak." katanya.
Ya Allah, inikah balasanya terhadap aku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu. Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu. Maka di ruangan ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu. Tolonglah maafkan kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapatmeneruskan kehidupan tanpa ejekan, asakan atau pemulauan daripada orang sekeliling. MAAFKAN NATRAH (NED).
Natrah binti. Najman
Menara Jati, Kuala Lumpur.
Mingguan Malaysia. 13 Disember 2009
3 comments:
tersentuh aku baca :"(
memang akan dibalas oleh DIA
YaAllah itulah balasan di dunia. semoga kita amik iktibar.
bersungguh dia minta maaf. kesilapan lalu jadi pengajaran. jangan suka jatuhkan maruah orang lain.
Post a Comment