Wednesday, March 28, 2012

Entry untuk kawan-kawan.

Assalamualaikum.

Aku pernah terbaca satu ayat kat twitter, "untuk menjadi BFF atau kawan baik sleamnya, selagi masih menggunakan perkataan I & YOU, korang bukanlah BFF." So guna Aku & Kau baru cool. hahahah. Rasa maca setuju je. Sebab aku lebih rapat dgn kawan-kawan bila ber-aku & kau rather than I & You :)

Tak kisah la apa sekalipun gelaran. Hidup kat dunia ni bukan untuk bermusuhan atau kau sorang je yang nak hidup. Baik pergi hutan kalau nak sorang-sorang. But then aku suka treat kawan-kawan aku macam siblings. Kalau marah pun benda-benda yang memang tu salah kau. Kalau bodoh-bodoh nak marah memang tak ah ;)


Header timeline aku kat Facebook. Me with Hazwani & Mas AMira <3

Best tau bila kita ada kawan-kawan yang treat kita macam adik beradik sendiri. Sebab apa aku kata best? Sebab dorang dah kenal rapat dengan kita and dah faham perangai kita. Serious ah tak tipu. Yang paling seronok kau memang takde rasa nak bercinta dengan mereka sebab rasa sayang antara kawan tu dah kuat. LOL. haha.

Bukan senang nak cari kawan yang betul-betul kita perlukan time kita susah senang. Tapi aku ada. Time aku sakit, aku ada kawan yang boleh belikan bubur/ubat. Bila takde duit nak makan, ada yang tolong masakkan lauk. Paling best, bila ada assignment kita dapat buat sama-sama, tak tidur malam. Gelak-gelak. Bersembang. Gurau-gurau.

Minggu depan ada charity event. So kiteorang akan gotong royong satu malam untuk siapkan aktiviti, hadiah and macam-macam lagi untuk jayakan event tersebut. Best bila ada kawan-kawan tolong.

Me with Iqqa Sazali


Wani & Me

Triplets

siblings :)

Affan, Dann, me, Irfan

 
Classmates


Lagi satu. Kawan ni tak semestinya dengan sebaya kita je. Lecturer pun boleh dijadikan kawan. Tapi kita kena tahu lah limit kita dengan leturer. Bila kat kolej dia cikgu kita, bila kat luar, dia kawan kita. Pernah je kiteorang lepak-lepak kat kedai makan dengan lecturer sembang-sembang kosong, gelak-gelak sakan. Best lah :)


Miss Immie. She is my lecturer but used to be my friend also ;)


P/s: Kadang-kadang ada je langau dok kata kita ni rapat dengan lecturer sebab nak bodek dapat markah and buruk-burukkan orang lain supaya lecturer percaya kat kita. Sorry to say. ;)

1 comment: