Friday, July 9, 2010

isra' mikraj

Okayy, pagi tadi ada Hari Koperasi kat sekolah (tk nk update pasal ni).
So lepas tu ada ceramah agama kat Religion Room [bilik agama laa].

Tajuk: Isra' Mikraj ;)
So aku ada catat sikit td :)

Isra' bermaksud perjalanan malam. Manakala mikraj pula adalah tangga untuk naik ke atas (Sidratulmuntaha).

Sebelum berlakunya peristiwa isra' mikraj, Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Isra'” itu.

Berikut adalah gambaran sewaktu peristiwa Isra' Mikraj. Rasullulah melihat kejadian ini dgn izin Allah bagaikan anda menaiki skylift. Boleh nampak permandangan sekeliling.


- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila
dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal
ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah
kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700
kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk
bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali
dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian
dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang
berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau
seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta
mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang
busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan
perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah
dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat
fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah
terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari
kiamat.


Nota tambahan:
Sebelum memulakan pembelajaran, bacalah Ayat Qursi dengan 9 berhenti disetiap ayat seperti berikut:
  1. Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
  2. La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm
  3. lahu man fis-samawati wa ma fil-'ard
  4. Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnihi
  5. Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum
  6. wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a
  7. Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard
  8. wa la ya'uduhu hifdhuhuma
  9. Wa Huwal 'Aliyul-Adheem

Kenapa kena baca 9 berhenti?! Ermm, tadi ustaz tu cerita, ayat 1 hingga 7, jin dan iblis boleh ikut sama baca dengan kita. Manakala ayat 8 dan 9, jin dan iblis tidak boleh ikut serta kerana zat ayat ini yg kuat lalu terbakar jin dan iblis termasuklah syaitan yang menggangu kita.

Tu sebab la ada kes histeria yg kat sekolah luar bandar tu tk pulih2, sebab tk tahu amalan nk baca ayat Qursi ni. Hmm tuu, bagi yang penakut jalan sorg2 ke ape ke, baca la ayat Qursi ni dgn 9 berhenti. Allah sentiasa bersama kita ;)

P/S: Saya bukannya terlalu gigih nk buat semua ni. Tp sy nk berkongsi ilmu. Semua milik Allah. Tk payah nk kedekut okay.

No comments: