Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." *Riwayat Ahmad*
Salam. Quotes kat atas ni adalah hadis Rasulullah berkenaan dengan dunia akhir zaman. Aku dah noted benda ni dah lama dah. Since 3 tahun lepas. Aku tak tahu lah kenapa orang Islam susah sangat nak bagi salam bila terjumpa saudara sesama agama. Is that to hard to say ASSALAMUALAIKUM..? Bagi salam tu berbayar ke? Sepatutnya Allah yang bayar kita dengan ganjaran pahala sebab kita memuliakan Salam.
Tak susah kot. Benda-benda simple macam ni kalau kau fikir berat sangat nak buat. Tak tahulah nak kata apa. Apalah salahnya kalau yang bekerja sebagai promoter yang berbangsa Melayu tu gantikan perkataan HAI atau HELLO kepada Assalamualaikum kat costumer Melayu dia. Ataupun, yang jaga kat kaunter fast food yang selalu greet orang before take order tu ke kann. Cuba lah try macam ni:
Hai. Assalamualaikum. Boleh saya ambil order? Makan sini ke bungkus bla .. bla.. blaa..
Islam tu tak susah. Yang kita ni susahkan Islam tu dah kenapa kan? Jangan berlagak sombong. Kalau kau susah pun minta tolong orang juga kan? Aku ni pemalu, bukan sombong. Sila ambil nota k? Salam.
No comments:
Post a Comment