Rendek rendek rendek kat Sg Wang sampai pkul 4ptg lepastu gerak balik hostel. Kak Fina drive Kelisa dia kat belakang Times Square, kononnya nak lalu belakang la menghala ke Ampang. Lepastu tiba-tiba dia kata nak ikut jalan Cheras. Ko tahu, dari lorong kanan dia boleh cross jalan ke kiri, aku rasa mau lima lorong dia serong. Aku dah cuak kalau-kalau kena cium dengan lori ke bas ke, kereta lain ke kan. Tak pasal-pasal je nanti.
Baik ko berenti skang Kak Fina. Kalau tak aku tembak.
Lepas tu, si Kechik ni dah teriak, POLIS POLIS *sambil tarik sit belt*
Aku yang duduk belakang tengah online ni dah tak leh nak buat apa lah, sebab Polis dah tahan kereta kiteorg. Aku gelak je dalam kereta tu haha.
Haaa Polis tu nasib baik budi bicara dia elok. Nasihat Kak Fina jangan cross line macam tu, bahaya. Panjang bebel dia sambil mintak IC. Lepastu dia sambung nasihat dia lagi. Kemudian Kak Fina pun gebang lah yang dia tak tahu sangat jalan nak ke Cheras bagai. Abang Polis tu pun bagi direction tanpa mengenakan saman. Hiuuu~
Nak bayar saman tak berduit, nak rahsuah haram hukumnya. Syukur alhamdulillah selamat daripada saman dan kemalangan.
*skip*
Beli makanan kat gerai ala-ala bazaar Ramadhan. Balik tu aku kena major headache. Nak muntah bagai. Like seriously aku rasa macam nak muntah and hampir terkeluar isi perut. Walhal kosong je perut ni -.-
Balik rumah mandi-mandi. Letak makanan dalam almari. Terus tidur kejap sampai lah aku berbuka pukul 8 malam. Azab kan. Kata tidur kejap. Tapi berbuka pukul 8. Nak buat cemana. TAKDE SIAPA YANG KEJUTKAN AKU BANGUN TIDUR!
AZABBBBBB!
P/s: Harini sahur lambat sebab aku ngantok sangat.Pukul 8:30 ada kuiz. Doakan kejayaan. wuuu :)
1 comment:
gambo tu ngeri lak!
Post a Comment