Alhamdulillah Allah masih izinkan kita bernafas dan mencari rezeki dimuka bumi yang dipinjamkannya..Harini aku nak share sikit beberapa gambar-gambar aku sepanjang tahun 2011 hihi. Okay okay. Tak suka tengok entry ni boleh tekan butang [X] sekarang. Sebab ni blog aku. Erkk :)
KOLEJ. Dunia baru. Belajar di IPT sangat berbeza dengan sekolah. Susah nak cakap. Kolej life sangat best and alhamdulillah aku tak culture shock hihi. Paling best sebab dapat kawan baru dan belajar untuk develop diri. Awesome :)
Hostel. Untuk kali pertama dan terakhir aku duduk rumah yang dinamakan HOSTEL atau ASRAMA. Walaupun hostel aku ni adalah sebuah penthouse yang mega besarnya memuatkan seramai 20 orang. Tapi. ermm takde pape lah. haha. Best duduk hostel ni sebab ramai kawan and ada McD sebelah rumah. Tiap-tiap malam selalu lepak bistro. Oh yang penting aku tak pernah mandi kolam renang kat bawah tu.
Baju koyak masa presentation. Oh ini adalah kenangan yang aku takleh lupa. Masa ni hari jumaat. Nervous sangat atau baju ni kain murah. Entah lah. Koyak dicelah ketiak. Biasalah orang gemukkan. Apa nak buat. Maka jadi, jadilah. huhu. Sebelum presentation start, aku balik rumah cepat-cepat pastu tukar baju lain huhu. :)
Anugerah. Disebalik kejadian baju koyak kat atas tu ada hikmah disebaliknya hihi. Siapa tahu kan. Petang selepas presentation tu, ada majlis penganugerahan kecil-kecilan kepada student BK101; subject Masscomm. Aku dapat anugerah most promising student, sebab aku adalah class rep. huhu. Thanks Sir Azrul. :')
OctTwtFest. This is awesome ever man. hihi. For me lah kan. Ini adalah the largest gathering yang menghimpunkan penguna Twitter and what happen kan, event ni adalah salah satu daripada catatatn Rekod Dunia. Good job Aida Sue and Faliq Fahmie. Aida Sue semakin famous. Selamat Pengantin Baru sista :)
Shila Amzah. Tahun ni adalah tahun yang banyak kali aku jumpa Shila Amzah. Best kot. Paling best bila lepak shopping dengan dia awal-awal tahun haritu dengan Aress and Yana. Eh Shila adalah artis favorite 2011 yer. And well, dia dah kenal saya. muahaha. :)
Siti Nurhaliza wish birthday. Ini adalah penyjuk hati dikala handphone rosak masa tu. hihi. Eh best gila lah bila artis kesayangan wish birthday kita. Seronok gila. haha Jeles tak kawan-kawan? :)
Join video clip lagu english Siti Nurhaliza: Falling In Love. Ini juga merupakan kenangan terindah dan terkelakar bagi aku. haha. Adoyai. And baju biru tu adalah baju kesayangan serta warna kegemaran. Wohooo. And most of my friend memang suka bahan aku dengan video clip ni. Menari songsang la sundel. Malu haha.
*****
Sebenarnya ada banyak lagi perkara-perkara yang best berlaku sepanjang tahun 2011 ni. Tapi kat atas ni jelah yang terlintas dalam kepala otak aku memalam ni. haha. Kalau nak diceritakan memang penuh ahh page blog aku ni. Gittew. Tapi dalam suka, mesti ada duka. Dalam tahun 2011 ni aku kehilangan 3 orang. Dua daripadanya adalah kawan dan sorang lagi adalah Tok Long aku.
- Yang pertama adalah pemergian Arwah Megat yang aku baru kenal 17 jam sebelum dia meninggal dunia. (entry ini)
- Yang kedua adalah pemergian Arwah Shahrul Nizam @ Nikki yang dah lama tak aku tak contact. Baca (entry ini) untuk cerita selanjutnya.
- Yang ketiga adalah pemergian Arwah Mansor bin Mat Kaus. Iaitu Tok Long aku yang meninggal dunia beberapa hari lepas.
Al-Fatihah .
Selamat menyambut tahun baru kepada seluruh penduduk dunia. Semoga Allah memberkati hari-hari yang mendatang. Insya-Allah. Lagi beberapa hari je nak buka semester baru. Tak sabar rasanya :D
P/s: Planner 2012 dah ada. Nak kena tulis schedule untuk activity 2012. Wohoooo.
5 comments:
Banyak kenangn 2011 yang susah nak dilupakan..btw,have fun in 2012! ;)
retiss sgt...
moga 2012 lebih baik! :)
wow..banyak kenangan best2 tu
best! ehh, besar ek koyak baju tuh..hhehe
happy new year 2012. semoga lebih byk baiknya di tahun baru nanti :)
Post a Comment