Friday, December 30, 2011

Kau percaya kat vampire dan hantu pocong ataupun hari kiamat 2012?



Assalamualaikum.

Harini nak cerita pasal KEPERCAYAAN tentang kata-kata yang diucapkan. hikhokhikhok bersama Nazim Nasri. :p

Tahu tak kepercayaan itu adalah suatu perkara yang sangat penting? Untuk mendapatkan kepercayaan kita kena buktikan yang kita ni boleh dipercayaai. Sebab kepercayaan ini adalah suatu pengaruh yang sangat besar dan berat. Betul tak kawan-kawan.?

Korang pernah dengar tak cerita pasal rumah banglo berhantu yang kat SS2 Shah Alam tu? Sebenarnya tak ada apa pun. Tapi disebabkan satu Malaysia bercakap benda yang sama dan percaya perkara macam tu. Maka perasaan tu timbul lah.

Okay, contoh senang lah. Kenapa kat Malaysia orang percaya ada hantu pocong? Tapi kat US tak ada pun hantu pocong dan dorang tak tahu pun amende tu pocong? Sebab rakyat Malaysia banyak bercakap pasal hantu pocong. Dan semua percaya kewujudannya. Betul tak? Sampai jadi takut. -..-

Kalau kat US, kenapa dorang percaya wujudnya Vampire yer? Tapi kat Malaysia vampire tu mesti kau feeling2 nak kapel dgn dia, sebab handsome macam Edward Cullen. Tak takut pun. Nampak tak situasi dia cemana? :)

Sekarang ni kau percaya tak tahun 2012 tu hari kiamat? Siapa yang cakap eh? Kenapa korang boleh percaya cakap mereka? Sedangkan kiamat tu rahsia Allah yang paling besar. Nabi pun tak tahu bila kiamat. Inikan manusia biasa yang sering melakukan khilaf. :)

P/s: Maaflah kalau entry ni tak sebagus yang korang sangka. Aku tulis mengikut pendapat aku je. Yang baik daripada Allah, yang silap daripada diri sendiri. Selamat hari jumaat. :)

1 comment:

hunny bunny said...

thanx for the sharing..
saya tak prcaya sume bnda yg karut marut lg tahyul nieyh..
tp skang bnyak crita kt tb tayang cter pasai hntu..knon nak bg pndedahan kpada umum..cehh, pndedahan apnye klu jln crita n mcj yg nak dsmpaikan pown tak phm lgsung..gmpak dgan make up hntu tu jer..smpaikan adik2 nak pgi dapur pown nak kene brteman.. !!adoi..