Saturday, August 27, 2011

Ucapan Raya @CTNurhaliza11

Hahahahaahahahahahahahahahahahaha

Siti dah buat ucapan raya dah tu kat hujung-hujung. Siti comel sangat..


Aku Anak Malaysia Merdeka


Salam. Memandangkan dah lama aku tak join sebarang contest. Maka hari ini aku akan join satu Contest SEO Aku Anak Merdeka. Terima kasih Syazwan Sarawak sebab tag aku untuk join contest ni. Aku ni tak reti sangat dalam permainan atau seni SEO, so kalah menang adat pertandingan lah kan. 

Alhamdulillah tahun ni kita menyambut Hari Raya Aidilfitri (1432Hijrah) dan Hari Kemerdekaan yang ke-54 serentak. Tema bulan kemerdekaan pada tahun ini adalah cetusan idea daripada Perdana Menteri kita  Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak iaitu, 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Sebulan kita berpuasa, dalam jarak 30 hari ini kita "berperang" dengan nafsu. Kita berlawan dengan nafsu yang syaitan tinggalkan. Berikut adalah suatu situasi yang sangat epik bila kita "berperang" dengan diri sendiri melawan dan mengawal nafsu. Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut 1 Syawal, menandakan kita 'Merdeka', disamping menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. 

Selain itu, dalam tempoh masa 54 tahun Malaysia Merdeka sejak 31 Ogos 1957 , banyak sangat dugaan dan cabaran yang ditempuhi. Perdana Menteri silih berganti memberikan ideologi baru bagi memantapkan sistem pentadbiran negara. Alhamdulillah Allah melindungi Malaysia daripada sebarang ancaman musuh. Aku Anak Malaysia Merdeka bersyukur kerana dapat berlindung di bawah langit Allah yang aman damai tanpa sebarang perperangan tercetus.

Menunjukkan semangat patriotik bukan sahaja sekadar mengibarkan bendera Jalur Gemilang atau menyanyikan lagu-lagu patriotik dan kebangsaan. Kita perlu hormatkan negara, memandangkan negara kita adalah sebuah negara Islam yang kecil. Wajar kita semaikan nilai keislaman dalam membentuk sebuah negara yang merdeka walaupun diarus kemodenan.




Dalam kancah pemesatan ekonomi dalam membawa negara ke persada dunia. Jangan dilupakan beberapa persoalan dan permasalahan yang entah bila akan selesai. 

> Aku Anak Malaysia Merdeka bimbang, siapakah yang akan memimpin negara Malaysia pada masa akan datang jika masalah sosial remaja sekarang semakin merundum? 

> Aku Anak Malaysia Merdeka tertanya-tanya. Bilakah kadar kemiskinan di negara Malaysia tercinta ini akan menjadi sifar?

> Aku Anak Malaysia Merdeka ingin tahu, siapakah yang akan mengajar Sejarah negara Malaysia kepada generasi baru pada masa akan datang? Adakah bakal-bakal pelapis negara mengenali siapakah yang memperjuangkan kemerdekaan?

Aku Anak Malaysia Merdeka gusar, tahukah mereka dimana tapak Penjara Pudu yang menghimpunkan para banduan akhir?


> Jika semua Aku Anak Malaysia Merdeka mahu menjadi seorang selebriti yang terkenal. Siapakah yang mahu menjadi seorang khalifah yang memperjuangkan hak negara dan agamanya suatu hari nanti? 

> Jika semua Aku Anak Malaysia Merdeka memenuhi kelab-kelab malam dan berpeleseran. Siapakah yang akan memenuhi masjid suatu hari nanti?

> Jika semua Aku Anak Malaysia Merdeka boleh menyanyikan suatu lagu sehingga hafal. Siapakah yang akan melaungkan Azan solat 5 waktu sehari semalam suatu hari nanti?

> Siapakah yang akan menjadi khalifah yang adil, berani, jujur dan amanah, jika Aku Anak Malaysia Merdeka ramai yang terkeliru akan jantinanya dan mengaggungkan seksualiti songsang mereka.



Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau selamatkanlah bumi Malaysia yang bertuah ini daripada sebarang bencana yang boleh memusnahkan kami sehingga hari kiamat. Engkau tempatkanlah pejuang-pejuang yang memperjuangkan negara Malaysia di kalangan orang mati syahid. Engkau ampunilah segala dosa-dosa muslimin muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Amin.

Dikesempatan ini, saya Nazim Nasri dan semua warga kerja Opera Hidup (okaytipujek) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekan ke-54.


5 orang Anak-anak Malaysia yang bertuah untuk join contest ni ialah:


P/s: Korang pun nak join juga contest ni? Baca arahan di pek sebelum menggunakannya. Semoga berjaya =)


Friday, August 26, 2011

Doa buat sahabat. Al-fatihah.

Assalamualaikum.
Ada berita kurang senang disini.

> 17 jam yang lepas i have uploaded my new pic on facebook. And someone who i didn't know him yet who like and comment on my pic.
> His name is Shazar'd Rico



> Dalam lebih kurang 45 minit lepas aku ada terbaca kat news feed fb that some wrote on his profile and tag Shazar name tentang pemergian arwah.

> I was shock lah. And of course tak sangka tentang perkara ni. Baru 17 jam lepas aku komen2 and IM dia kat facebook. Tup tup petang tadi dia kemalangan jalan raya sewaktu pulang ke Kedah dari Ipoh.

> Status terakhir arwah kat FB. 10 jam lepas.



> Masa aku scroll kat wall arwah. Aku terjumpa status ni.


> Status yang aku post kat wall dia even dia tak akan baca.



> Lepasni kita dah tak jumpa lagi dah. Tak dapat nak kenal betul-betul dengan arwah. Tegur macam tu je.


Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat. -Hadis dan riwayat mengenai fadhilat hari jumaat.

Al-Fatihah

Fadhilat Hari Jumaat.


Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” 
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi)
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

 Sumber : http://blogs.iium.edu.my/norasita/2008/06/13/fadhilat-jumaat/

Alhamdulillah. hehe =)

Alhamdulillah =)

Akhirnya selesai juga mid-term test. Hehe. Semalam subjek France. Quite hard lah. Tapi boleh lah buat kot. huhu.

nampak tak eye bag? tanda berjaga malam utk study. LOL

Doakan kejayaan aku untuk mid-term ni eh? hehe. Target untuk mid-term adalah 3.0 above. =)
Terima kasih. Salam


Thursday, August 25, 2011

Wednesday, August 24, 2011

Sebarkan Kristian dalam train LRT.

Semalam aku asek salah train je. Almost 3/4 kali aku salah naik train. Naik2 train dia pergi Chan Sow Lin je keje dia -.-

Malam tadi aku naik dari LRT Chan Sow Lin, masa aku masul dalam deck tu i ternampak sorang Mat Salleh ni tengah bercakap. I thought he was sembang-sembang dgn kawan dia dalam train tu. Then bila aku berdiri dekat2 dengan dia. Rupanya dia tengah buat talk show dalam train tu.

Ah sudah. Rupanya dia tengah berdakwah pasal agama Kristian. Dekat tangan dia ada kitab Bible and beberapa risalah untuk orang ramai. Dia kompang lah cerita pasal kebenaran Bible, pasal Jesus. Dia macam nak tarik orang-orang dalam train tu masuk agama dia.

Lepas dia habis ber-talk show dalam train tu. Dia ada bagi risalah. And aku ambil lah. Nak tengok apa ada dalam tu. huhu. Aku takut gak nak ambil, yelah takut2 ada yang salah anggap ke apa kan. Aku ambil sbb aku nak tahu apa yg ditulisnya dalam kertas tu.



So those Muslims. Terutama sekali parents. Kena lah jaga anak-anak kecil elok2. Sekarang ni pengaruh murtad besar. Suka terikut-ikut. Nak up to date boleh. Tapi kena ada batasan. 

P/s: Assignment berlambak2 pulak bulan ni. Raya ke tak raya? Hmmm

8# Wordless Wednesday: ARTIS vs RETIS





VS



Wordless Wednesday means On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Monday, August 22, 2011

Siapa Menang: Otak Manusia Ciptaan Allah VS Otak Komputer Ciptaan Manusia

Tahun 1977 kebanyakan orang Amerika belum pernah melihat apa yang disebut komputer peribadi dan Bill Gates, Kaisar Kerajaan Microsoft masih menulis surat dengan menggunakan mesin taip.

Tapi James Martin, seorang pakar komputer kelahiran Inggeris, pada waktu itu telah meramalkan bahawa pada tahun 2000  komputer dan alat-alat lain yang dihubungkan dengan talian telefon, jaringan fiber optik dan gelombang radio akan memungkinkan jutaan orang untuk saling berkirim surat elektronik, bekerja dari rumah, mengadakan jual beli saham, dan lain-lain.

Semua itu ditulisnya dalam buku yang berjudul "The Wired Society", atau masyarakat teknologi moden. Kata Martin, pada tahun 2000 itu orang akan mengambil Wang, membeli tiket pesawat terbang dan tiket kereta api dengan menggunakan komputer.

Semua itu sekarang sudah menjadi kenyataan, dengan banyaknya mesin-mesin ATM di tempat umum, sehingga orang tidak perlu pergi ke bank untuk mengambil atau mendepositkan Wang. Karcis bioskop, tiket pesawat terbang dan karcis kereta api boleh dibeli menggunakan komputer, dan karana transaksi dilakukan langsung tanpa perantara yang namanya travel bureau, harga tiket juga lebih murah.

Komputer sekarang ini semakin canggih dan kerjanya dalam banyak hal lebih cepat dari otak manusia; sehingga banyak orang khuatir, pada suatu hari nanti, komputer akan lebih pintar dari manusia. Tapi apakah hal itu mungkin?

Kata James Martin, manusia tidak perlu takut pada komputer, walaupun sekarang saja sudah ada komputer yang seribu kali atau seratus ribu kali lebih pandai dari manusia, tapi hanya dalam bidang yang sempit dan sangat terbatas.

Contohnya, komputer di control tower atau menara pengawas di lapangan terbang yang sibuk, dengan cermat mengamati gerakan puluhan atau mungkin ratusan pesawat sekaligus, dalam segala cuaca, dan memberi tahu pilot apa yang harus dilakukan supaya jangan terjadi tabrakan. Tanpa bantuan komputer, petugas menara pengawas mungkin hanya bisa mengatur dua atau tiga pesawat sekaligus.

Kata James Martin, pada tahun '60 dan '70-an banyak pakar artificial intelligence, atau intellijen buatan yang mengatakan, dalam waktu 20 tahun, komputer akan sama pintarnya dengan manusia. Tapi faktanya, kata Martin, itu belum terjadi dalam tahun 2001 ini.

Para pakar itu rupanya tidak mempertimbangkan betapa kompleks dan rumitnya otak manusia. "Jangankan meniru cara kerja otak manusia," kata Martin, "para pakar sampai sekarang masih belum boleh membuat nyamuk buatan dan meniru semua gerakan dan kegiatannya. Cuba bayangkan berapa besar otak nyamuk itu dan bagaimana otak yang sekecil itu mengatur kehidupan sang nyamuk.

Kata Martin, teknologi yang dimiliki manusia telah berhasil menghidupi sekitar enam milion manusia; tapi kalau sekiranya manusia harus menghasilkan bahan pangan tanpa bantuan teknologi, termasuk mesin dan pupuk, kemungkinan hanya akan dihasilkan makanan untuk 500 juta manusia saja.

Tanpa teknologi, kita tidak akan bisa memberi makan enam milion manusia yang ada sekarang, apalagi sembilan milion manusia yang diperkirakan akan hidup di bumi menjelang tahun 2050 kata Martin.

Kalau anda ingat film sains-fiksyen terkenal, "2001, A Space Odyssey," buatan Stanley Kubrick, ada komputer yang mengatur segalanya dalam sebuah stadium angkasa. Pada suatu hari, komputer itu membangkang perintah yang diberikan oleh astronaut dan malahan akan melakukan sesuatu yang lain sama sekali. Sang astronaut dengan tenang mencabut memori komputer itu satu per satu sampai akhirnya komputer itu tidak berfungsi lagi.

Kuncinya disini adalah manusia, seperti kata James Martin. Komputer itu dirancang dan dibuat oleh manusia, sekalian dengan perangkat lunaknya. Kalau komputer tidak melakukan apa yang dikehendaki manusia pembuatnya, selalu ada cara yang paling mudah untuk melumpuhkannya; yaitu cabut saja wayar eliktriknya.



sumber: luvislam92


Dia bagi salam kat orang yang dia kenal je.

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." *Riwayat Ahmad*

Salam. Quotes kat atas ni adalah hadis Rasulullah berkenaan dengan dunia akhir zaman. Aku dah noted benda ni dah lama dah. Since 3 tahun lepas. Aku tak tahu lah kenapa orang Islam susah sangat nak bagi salam bila terjumpa saudara sesama agama. Is that to hard to say ASSALAMUALAIKUM..? Bagi salam tu berbayar ke? Sepatutnya Allah yang bayar kita dengan ganjaran pahala sebab kita memuliakan Salam.

Tak susah kot. Benda-benda simple macam ni kalau kau fikir berat sangat nak buat. Tak tahulah nak kata apa. Apalah salahnya kalau yang bekerja sebagai promoter yang berbangsa Melayu tu gantikan perkataan HAI atau HELLO kepada Assalamualaikum kat costumer Melayu dia. Ataupun, yang jaga kat kaunter fast food yang selalu greet orang before take order tu ke kann. Cuba lah try macam ni:

Hai. Assalamualaikum. Boleh saya ambil order? Makan sini ke bungkus bla .. bla.. blaa..

Islam tu tak susah. Yang kita ni susahkan Islam tu dah kenapa kan?  Jangan berlagak sombong.  Kalau kau susah pun minta tolong orang juga kan? Aku ni pemalu, bukan sombong. Sila ambil nota k? Salam.


#ManlyTears: Iklan Dari Thailand Yang Tacing.

Okay...

Sila sedut hingus dan kesat air mata sekarang lepas tengok video ni.
Thank you Obe for this vid.




Update: Lupa nak cerita.. Ermm semalam masa aku pergi Kuala Lumpur naik LRT. Aku turun kat station Hang Tuah. Then masa aku dah panjat tangga naik atas, aku ternampak ada seorang perempuan warga asing pimpin tangan seorang pakcik tua Melayu. Pakcik ni buta. Perempuan warga asing ni tanya la kat orang-orang situ kat mana station ke Sentul. Aku tengok ramai tak layan dia. And i was so pity with her and pakcik tu.

And atas dasar kemanusiaan. Aku terus tanya kat perempuan tu dia nak hantar pakcik buta tu ke mana. Dia cakap ke station arah Sentul. So aku pula ambil alih pimpin pakcik buta tu, pakcik tu bawa anak perempuan kecil. Dalam hati aku, aku rasa bersyukur sangat dapat tolong orang kurang upaya ni. Seriously serious. Aku pimpin pakcik tu turun tangga sampai lah dia duduk kat bangku.

Sebelum ni aku memang nak sangat tolong orang kurang upaya ni. Nak nak orang buta. Tapi alhamdulillah, cita-cita aku tercapai walaupun tak seberapa pun. Takpelah. Allah je tahu macam mana perasaan aku dapat tolong orang :)

And yeah, my second impian adalah nak tolong, lepak, beramal dengan anak-anak yatim. Tapi selalunya aku tengok dari jauh je. Hmm kalau dalam facebook. Selalu tengok gambar HafreezAdam dengan anak2 angkat jagaan dia. Seriously comel sangat budak-budak tu..

P/s: Dah nak raya dah rupanya. 

Sunday, August 21, 2011

Demam dan peperiksaan.

Ramai yang terkejut bila aku cakap yang aku exam hari Ahad. Mana penah dalam sejarah hidup aku exam hari ahad. Selalunya weekdays+sabtu. Ni tiba-tiba hari ahad. Oh yeah. Aku tak tahu sangat pasal IPT ni. So actually bukan exam, itu adalah mid term. Aku tak tahu istilah2 yang korang guna. huhu


So harini ahad ada paper IT dgn Human Communication. Isnin takde paper. Selasa paper masscom. Rabu takde paper. Khamis last paper which is France. Haaa jadual tah hape2 je kan -___-

Doakan yang terbaik untuk saya k. Dengar cerita kalau aku dapat 4 flat untuk mid-term ni, ada orang nak belanja aku pergi Krabi huhu :)

P/s: Sedang demam ni.

Friday, August 19, 2011

Entry untuk boyfriend!


Aku seriously takleh belah bila baca blog perempuan yang dipenuhi dengan entry luahan rasa cinta dorang. Bila baru couple, buat entry #kasihsayangcinta, bila dah break and tak puas hati kat boyfriend, tulis entry khas juga untuk dorang. LOL -__-

Bila terbaca entry-entry macam tu lah kan, kau tahu tak aku teringat kat siapa? HAHAHA. Seriously shit aku teringat kat Adinda Evans @ Datin Milano. wadehelllll :p


Thursday, August 18, 2011

Budak demam.


Nothing much to say bout today. Baru sebulan duduk hostel, ni kali kedua aku demam. Bosannya bila demam ni. Nak-nak bulan puasa lak tuh, takleh nak makan ubat and minum air. Nak batalkan puasa rasa cam sayang je. huhuhu.

Harini banyak sangat drama swasta. Super boring day. For now aku ada kat lobby, tengah lepak-lepak before masuk kelas sat lagi. Im tired. Fuckin' tired. hiuuuuu~

Hormon tak stabil buat masa ni. But alhamdulillah i can control ;))

P/s: Nak rayaaaaa~

Wednesday, August 17, 2011

Disembelih sebelum berbuka puasa.

Haa ingat apa? Orang kena sembelih sebelum berbuka puasa ke? haha Macam tu lah headline surat khabar yang suka buat kita nak baca sesuatu story. Walhal intipati dia nan hadoo haha. xD

Takde mende lah. Sabtu minggu lepas aku ada jemputan majlis berbuka puasa kat sekolah lama aku. Nahhh dorng ada kursus sembelihan. So haritu dorg sembelih kambing dengan ayam. Aku tak nyempat nak tengok sebab aku kat hostel that time and hujan pula -___- Okay mek tadah gambar kat korang k. ;)

-ADA ARTIS JEMPUTAN YANG DATANG. SILA SCROLL SAMPAI BAWAH-














Artis tersbut adalah Hanna Tajima dan Nazim Nasri <--- guna nama sendiri je
HAHAHA sila gelak sbb tak kelakar. kbye

#7 Wordless Wednesday: Nazim Nasri (Gemuk)



Monday, August 15, 2011

Dah takde handphone.

Okay babes. Sejak-sejak ni gambar dalam setiap entry adalah daripada google, camera orang dan barangkali tiada gambar langsung. Sebab handphone Sony Ericsson aku dah rosak teruk dan hanya boleh dgr lagu je.


So kekdahnya handphone Sony Ericsson aku letak dalam almari. And for now aku pinjam handphone housmate aku yang bertemakan Chan Sow Lin, which is handphone CSL. haha :)

Its okay lah, janji boleh text and call ye dak? kukuku Kalau nak tunggu duit Nuffnang. Berbulu lah nak tunggu. Seminggu bape sen je naik. BE apatah lagi, haram nak dapat. Duit grapevine aku tbe2 disappear jadi RM0.00.


Jumpa Sofea Jane, Shila Hamzah dan Azizul Hasni Awang


Pheewwwwwit ;)

Harini mek penat sangat-sangat. Dah lama tak merayap kat KL sampai rasa nk lumpuh kaki ni. kukuku. Keluar awal-awal pagi tadi, pergi Pavilion teman member cari kasut kat situ . Agak-agak macam tak jumpa kasut tu, kiteorg pergi tengok wayang. Cerita Beruk tu. huhu. Best lah jugak movie tu.

 

Oh yeahh sebelum aku masuk panggung, aku terjumpa rakan seperjuangan aku dalam bidang seni ni. HAHAHAH berangan kauuu. Aku jumpa SOFEA JANE. Serious shit. Shes damn gorgeous, and anak-anak dia pun sangatlah cantik.



After tengok movie mek lalu lah depan LOT 10 tau, ternampak someone pakai suit MALAYSIA atas basikal. rupa-rupanya AZIZUL HASNI AWANG. Dia tengah video shooting kat atas jalan raya tu.

Biasalah aku ni jakun sikit, tengok lah dia kat celah2 kereta tunggu lampu isyarat hijau. Dia kayuh basikal gila laju. hiuuuu berdesup.









Ahh then mek pergi Mid Valley jumpa dengan Adam Fahmy, lepak-lepak dengan dia. Terjumpa pula dengan SHILA HAMZAH. Ahh comel gila uolss. Pakai kebaya pink. Mula-mula macam segan lah nak tergut kan, beselah artis pemes kannn. 

Lepastu mek gigih patah balik jumpa dia and cakap "Shilaaa, thanks la k sebab follow me back kat twitter. hehe." and she said "Eh you ke. hehe. Okayy nanti jangan lupa tweet gambar ni k." Lepas shake hand dengan dia, kami terus pergi pizza hut dan berbuka puasa :)


Muahaha jeles tak korang? Okay tak jeles? Kbye ;))

Saturday, August 13, 2011

Britney Spears buat pembedahan wajah menyerupai lelaki. #LMAO


HAHAHAHAHAHAHAHAHAH #LMAO shit.

Okay korang mesti tak tahu kan kenapa aku tiba-tiba gelak macam sakai. Cuba korang tengok muka Britney Spears tu. Tak rasa ke muka aku dgn dia seiras? WAKAKAKAKA

Okayy korang, actually ni semua adalah proses editting. Petang tadi aku dengan member-member bersahaja gabungkan gambar sendiri dengan artis luar negara. tapi gambar-gamabr2 ni kawan aku yang buatkan. Aku tak tahu pic aku yang mana satu dia pungut. LUL.

Korang nak tengok yang lagi scary tak hahah. Acer korang scroll sampai bawah. Sila tekup mulut sendiri supaya tak gelak sampai rahang jatuh. kbye :p




































NAZIM NASRI + BEYONCE KNOWLES


Birthday Parti Adik Siti Nurhaliza.


Rabu haritu besday Rif Suhaile. HAHA Feeling-feeling adik Siti Nurhaliza lah kan? Berangan lebihh. Padahal gigi berbesi macam Shahir. LOL.

Dia buat biasa-biasa je. Tak grand pun. Janji dapat jumpa kawan-kawan kan. kikikiki. Tapi serious shit memang best lah. Berbuka ramai-ramai dengan senior kat kolej. Senior kebanyakkan amik course TESL.

Tapi paling best masa main game Truth or Dare. Haaa seriously damn shit. luls. Tapi dare dua kali je. 1st sekali si Aim yang kena. Dia kena mintak bawang kat rumah sebelah. Lepastu yang last one, kena pulangkan balik bawang tu kat orang tu. Walhal bawang tu dah hampir lunyai. haha xD














Memang havoc sangat-sangat. Bercampur pulak kebanyakkan budak-budak TESL ni banyak yang mulut cam puaka kan. HAHA Aku gelak-gelak je, walhal pendiam dari awal majlis sampai habis. :p

After that lepak mamak bagai, padahal esoknya kelas pukul 8 pagi. At last kau memang mengantu time kelas. Tidur dua jam je lepas balik tu huhu.


P/s: Happy 19th birthday Rif Suhaile ;)
P/s: Rif yang pakai baju biru tu. Okay aku dengan dia selalu feeling-feeling pasal Siti Nurhaliza. Awas Rif. Jangan caras. 

Arlene Tan yang kononnya Makcik hajjah sittal wuzara

Korang ingat tak pasal kes blogger kontroversi Makcik hajjah sittal wuzara yang kutuk Allah, Nabi Muhammad dan Islam tu?

Yeahh dan korang tahu tak ada satu pihak yang menjalankan #OPSramadhan untuk membongkarkan siapa  Makcik hajjah sittal wuzara ni.

Sejak minggu lepas nama Arlene Tan ni sangat popular dan menerima beribu-ribu kutukan yang kononnya dia lah Makcik Hajjah Sittal Wuzara. Dan kemudiannya mereka menemui jalan penyesalan. Bukan penyelesaian ye. Sebab target pihak tersebut yang ingin membongkarkan siapa Makcik hajjah sittal wuzara ni adalah orang yang salah. Mereka menuduh Arlene Tan. Dan baru-baru ini pihak tersebut telah membuat permohonan maaf kepada Arlene Tan dan pihak penyokongnya (baca sini)



Tahu tak aku nak cakap apa sekarang ni?
Aku nak cakap, tak rasa berdosa atau segan ke bila kita tuduh orang yang tak bersalah tanpa mempunyai bukti yang betul betul kukuh dan kuat?

Disebabkan satu sumber yang tak sahih tersebar, cuba bayangkan dosa blogger-blogger, tukang komen kat blog, twitter dan facebook banyak tau. Sangat banyak lemparan fitnah kat orang yang tak bersalah dan ianya adalah suatu penganiayaan yang sangat tidak boleh dimaafkan. Jatuh maruah dia dan keluarga dia.

Masa mula-mula pasal pembongkaran Makcik Hajjah ni, aku tak percaya sangat pun. Sebab apa tah aku tak percaya sangat. Aku tengok muka dia macam innocent jer. Muka tak buat salah -__-

And yang pasti aku tak percaya sangat adalah, Arlene Tan ni muda mentah and blogger kontroversi tu dipanggil Makcik. Cuba lah fikir secara kanak-kanak kejap. Orang muda dipanggil makcik adalah sangat pelik yer. *tapi tak tahu lah korang mcm mana kan*

Korang pun tahu kan dosa fitnah tu mcm mana? Dosa fitnah lagi besar daripada membunuh. Awas eh. Once kita fitnah orang yang tak bersalah, dosa fitnah tu ibarat kita memakan daging saudara sendiri..

Aku tak faham lah kenapa ramai sangat yang nak update pasal Arlene Tan minggu lepas. Asal leak berita terbaru je, cepat2 buat assumption and update blog masing2. Lepastu kutuk ramai-ramai kat ruang komen. Kemudiannya sama-sama dapat dosa. Tak kisah kalau nak update pasal dia. Tapi kalau dah kutuk tu, melampau sangatlah. Nak-nak sekarang ni Arlene Tan tu bukan target sebenar.

arlene tan gaysec maaf makcik hajjah sitt al wuzara
DOSA BENTUK PIRAMID.


So sekarang ni. Korang-korang yang ada update pasal Arlene Tan tu. Tolonglah minta maaf. Even dia tak baca pun, buatlah satu entry sebagai syarat kau dah minta maaf seterusnya kau orang buang lah entry pasal dia yang penuh kata-kata nista tu. Kalau tak, lagi banyak dosa yang korang dapat sebab ramai lagi yang baca entry tu.

ENTRY CINA MELAYU di MASJID PUTRAJAYA. <---- Cerita best.
P/s: SETIAP MANUSIA ADA LA SALAH DIA SENDIRI. Aku minta maaf kalau ada buat salah dan silap. Sekarang ni bulan puasa. Hidup tak lama. Salam.


Thursday, August 11, 2011

Entry versi iPad.

Wewit :)
What's up babe? Heuheuh
Tahu tak kenapa gua happy semacam malam ni?

Kukukku. Adalah kerana malam ni gua berbuka puasa kat rumah member gua Dan gua rasa comfort sangat malam ni sebab tak tidur kat hostel. Huaaa feel so cool here :p

Bajet gila kan, padahal dah selalu stay sini hehe. Actually gua rasa berkobar2 Dan semangat mengelabah adalah kerana gua update blog gua pakai iPad. Yeahuhuhuhu. Manyak syiokkkk woo type atas screen. And yeah for sure aku ni jenis type laju2 hehehe so rasa mcm berlagak kat member depan gua ni :p

Yeah nak beli sendiri tak mampu. So Dapat lah merasa kejap walaupun pinjam huuhuhu. Esok Ada forum, nak study jp. Bye :)

Dear diary: Hati perut.

Assalamualaikum. 

Dear diari.
Harini aku rasa happy sangat dan sungguh menggelikan ketiak bila taip sebegini rupa. Homaii dear diari? HAHA.

Weh dah masuk hari ke-11 kita berpuasa kan. Cemerlang sangat umat Islam, mak love korang. hiuuuuu. Walaupun ada juga yang bantai smoke time puasa. Kononnya tak batal puasa sebab sedut asap je. Nan hadoo lah batalnya. Dislike yer.

Okay, mendape lah title hati perut tu kan. Macam takde pekdah lah aku nak cerita pasal hati dan perut time2 subuh adam ni. hiuu. Takdelah, saje cakap atau hash-tag dia #justsaying, aku dah tak ambil berat sangat pasal orang sekeliling. Bukan menyombong membaby buta. Tapi aku rasa layaklah aku buat macam tu. 

Kalau dah selalu aku je yang ambil berat pasal orang sekelililng. Tapi nobody ambil berat pasal aku. Cannot go lah kan. Tapi tak apa. Tak ambil hati sangat pun. Sebab aku ni suka simpan, pendam rahsia dan bersendirian dengan life aku. Tu memang tak dinafikan lah. Sebab aku ni bukannya seorang story teller. Eventhou mencari gak tempat nak mengadu, tapi tak ada. Tu yang kadang2 cakap sorang-sorang, tak pun layan lagu Kisah Hati. Apa nak buat kan? 

Apa ni Nazim. Apa kau nak sebenarnya? hmmmm.
Peneman susah senang? Siapa je Nazim nak berdiri sebelah kau? Kau tu dah lah tak campur dengan orang sangat. Nak bercakap bersembang dgn kawan-kawan pun tak sangat. 

Aku dalam twitter dengan real life sangat lain. Dalam Twitter memang aku talkative and super-noya (annoying). Yeahh Nazim memang annoying kalau siapa-siapa yang follow tu tahu lah macam mana aku annoying dalam twitter tu.

Okay okay before that please layan lagu ni kejap. Serious shit best and sedih. Aku suka. Mak love this song so much. Christina Perri mak love kat kau sangat.. 


P/s: Pape jelah Nazim. Cerita kau bosan. Kbye.

Wednesday, August 10, 2011

7# Wordless Wednesday: Jamilah, I Love You.



Wordless Wednesday means On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Tuesday, August 9, 2011

Idea ngeri bagi mengurangkan kemalangan jalan raya :)

Setiap kali berada di jalan raya, kita terdedah kepada bahaya. So meh ikut langkah-langkah di bawah untuk mengurangkan kadar kemalangan haha :p


  • Pasangkan seberapa banyak iklan gambar-gambar kemalangan ngeri menggantikan papan-papan iklan yang tidak patut berada di jalan raya.
  • Buat bonggol setiap 100 meter.
  • Memperbanyakkan lampu isyarat.
  • Buat jalan raya seperti trek roller coaster untuk mengelakkan pemandu mengantuk.
  • Letakkan gerai-gerai jualan di bahu jalan yang mana semua peniaganya terdiri daripada anggota Polis dan JPJ.
  • Tukarkan batu penanda jarak jalan seperti gambar kat bawah ni kepada...























BATU NESAN!

P/s: Selamat berbuka semua.

Monday, August 8, 2011

Pengotor yaa hazabb.


Aku tak tahu la perangai dorg ni mcm mana kat rumah sendiri.. Tak reti nak hidup sendiri kot. Semua nak suruh mak adik kakak buatkan. Wake up doh, semua dah besar en. Bulu tu rasanya dah habis tumbuh daa. Tolong ah sedar sikit. Jangan jadi pengotor.

Air tembikai basi bawah meja, sampah makanan korang, sinki berminyak, cawan tak basuh, mendape lagi. Aku malas nak cerita. TANDAS BAU TAIK yg aku tak tahan. Bila tandas korang busuk bau haram. Tahu pula masuk tandas luar tu kan.

Maaalas nak ungkit. Banyak benda lagi nak cakap. Kang bila bagitahu kang apa yang kiteorg tak suka kata kiteorg ni kedekut and bajet bagus. Fikirlah.

INGAT EH, SINKI YANG BERMINYAK, CAWAN KOTOR KORANG PUNYA HARITU AKU YANG MENCEMAR DULI TOLONG CUCI DAN BERSIHKAN SEMUA!! T_____T --geli tahu tak.

P/s: Nak kutuk+bahan+pulaukan aku? Tak kisah semua tu okay. Rumah ni tahu siapa yang elok siapa yang tak elok :)