Contest Aku Anak Malaysia Merdeka
Salam. Memandangkan dah lama aku tak join sebarang contest. Maka hari ini aku akan join satu Contest SEO Aku Anak Merdeka. Terima kasih Syazwan Sarawak sebab tag aku untuk join contest ni. Aku ni tak reti sangat dalam permainan atau seni SEO, so kalah menang adat pertandingan lah kan.
Alhamdulillah tahun ni kita menyambut Hari Raya Aidilfitri (1432Hijrah) dan Hari Kemerdekaan yang ke-54 serentak. Tema bulan kemerdekaan pada tahun ini adalah cetusan idea daripada Perdana Menteri kita Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak iaitu, 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
Sebulan kita berpuasa, dalam jarak 30 hari ini kita "berperang" dengan nafsu. Kita berlawan dengan nafsu yang syaitan tinggalkan. Berikut adalah suatu situasi yang sangat epik bila kita "berperang" dengan diri sendiri melawan dan mengawal nafsu. Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut 1 Syawal, menandakan kita 'Merdeka', disamping menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Selain itu, dalam tempoh masa 54 tahun Malaysia Merdeka sejak 31 Ogos 1957 , banyak sangat dugaan dan cabaran yang ditempuhi. Perdana Menteri silih berganti memberikan ideologi baru bagi memantapkan sistem pentadbiran negara. Alhamdulillah Allah melindungi Malaysia daripada sebarang ancaman musuh. Aku Anak Malaysia Merdeka bersyukur kerana dapat berlindung di bawah langit Allah yang aman damai tanpa sebarang perperangan tercetus.
Menunjukkan semangat patriotik bukan sahaja sekadar mengibarkan bendera Jalur Gemilang atau menyanyikan lagu-lagu patriotik dan kebangsaan. Kita perlu hormatkan negara, memandangkan negara kita adalah sebuah negara Islam yang kecil. Wajar kita semaikan nilai keislaman dalam membentuk sebuah negara yang merdeka walaupun diarus kemodenan.
Dalam kancah pemesatan ekonomi dalam membawa negara ke persada dunia. Jangan dilupakan beberapa persoalan dan permasalahan yang entah bila akan selesai.
> Aku Anak Malaysia Merdeka bimbang, siapakah yang akan memimpin negara Malaysia pada masa akan datang jika masalah sosial remaja sekarang semakin merundum?
> Aku Anak Malaysia Merdeka tertanya-tanya. Bilakah kadar kemiskinan di negara Malaysia tercinta ini akan menjadi sifar?
> Aku Anak Malaysia Merdeka ingin tahu, siapakah yang akan mengajar Sejarah negara Malaysia kepada generasi baru pada masa akan datang? Adakah bakal-bakal pelapis negara mengenali siapakah yang memperjuangkan kemerdekaan?
> Aku Anak Malaysia Merdeka gusar, tahukah mereka dimana tapak Penjara Pudu yang menghimpunkan para banduan akhir?
> Jika semua Aku Anak Malaysia Merdeka mahu menjadi seorang selebriti yang terkenal. Siapakah yang mahu menjadi seorang khalifah yang memperjuangkan hak negara dan agamanya suatu hari nanti?
> Jika semua Aku Anak Malaysia Merdeka memenuhi kelab-kelab malam dan berpeleseran. Siapakah yang akan memenuhi masjid suatu hari nanti?
> Jika semua Aku Anak Malaysia Merdeka boleh menyanyikan suatu lagu sehingga hafal. Siapakah yang akan melaungkan Azan solat 5 waktu sehari semalam suatu hari nanti?
> Siapakah yang akan menjadi khalifah yang adil, berani, jujur dan amanah, jika Aku Anak Malaysia Merdeka ramai yang terkeliru akan jantinanya dan mengaggungkan seksualiti songsang mereka.
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau selamatkanlah bumi Malaysia yang bertuah ini daripada sebarang bencana yang boleh memusnahkan kami sehingga hari kiamat. Engkau tempatkanlah pejuang-pejuang yang memperjuangkan negara Malaysia di kalangan orang mati syahid. Engkau ampunilah segala dosa-dosa muslimin muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Amin.
Dikesempatan ini, saya Nazim Nasri dan semua warga kerja Opera Hidup (okaytipujek) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekan ke-54.
5 orang Anak-anak Malaysia yang bertuah untuk join contest ni ialah:
1. Mak Bed
3. Daus Pozi
4. SyedGraphix
5. Aliff Haikal
P/s: Korang pun nak join juga contest ni? Baca arahan di pek sebelum menggunakannya. Semoga berjaya =)
7 comments:
best.inspiring.
aku kene tag ngan wan. tp xtau cemana nak mula..waaa..ape ni SEO..ape ni..sobsob..
Idea tengah kering kontang sekarang... hohoho... Tengok la dulu, kalau guwa rajin, insyaAllah guwa join.. keh3..
@aslann HAHA aku pun sama. Intro aku curi2 wan sket, curi2 blogger lain sket. LOL LOL
@Dauspozi haha okay okay =)
entri terbaik dari anak Malaysia!
hehehe. sori lambat komen
entri dah cukup mantap. kalau dari segi SEO, mungkin ko perlu letak tag dalam gambar.
good luck bro :)
ada nama itee! cukenyee! hehehee
Post a Comment