Wednesday, August 24, 2011

Sebarkan Kristian dalam train LRT.

Semalam aku asek salah train je. Almost 3/4 kali aku salah naik train. Naik2 train dia pergi Chan Sow Lin je keje dia -.-

Malam tadi aku naik dari LRT Chan Sow Lin, masa aku masul dalam deck tu i ternampak sorang Mat Salleh ni tengah bercakap. I thought he was sembang-sembang dgn kawan dia dalam train tu. Then bila aku berdiri dekat2 dengan dia. Rupanya dia tengah buat talk show dalam train tu.

Ah sudah. Rupanya dia tengah berdakwah pasal agama Kristian. Dekat tangan dia ada kitab Bible and beberapa risalah untuk orang ramai. Dia kompang lah cerita pasal kebenaran Bible, pasal Jesus. Dia macam nak tarik orang-orang dalam train tu masuk agama dia.

Lepas dia habis ber-talk show dalam train tu. Dia ada bagi risalah. And aku ambil lah. Nak tengok apa ada dalam tu. huhu. Aku takut gak nak ambil, yelah takut2 ada yang salah anggap ke apa kan. Aku ambil sbb aku nak tahu apa yg ditulisnya dalam kertas tu.



So those Muslims. Terutama sekali parents. Kena lah jaga anak-anak kecil elok2. Sekarang ni pengaruh murtad besar. Suka terikut-ikut. Nak up to date boleh. Tapi kena ada batasan. 

P/s: Assignment berlambak2 pulak bulan ni. Raya ke tak raya? Hmmm

9 comments:

Nurul NajwaAbuBakar said...

hm...skarang ni macam2...tkut...nak bli air pun tkut kalau tgk org tu strange smcm je...

ANDAIANNYA said...

ya Allah, Semoga Islam sentiasa terpelihara dalam ap keadaan

Nazim Nasri said...

@key_taemin Baca bismillah dulu sebelum minum.

Nazim Nasri said...

@MiSs NoRmaLa NorFiqZ InsyaAllah

Hizami Li said...

menakutkan.

Anonymous said...

Astaghfirullahalazim. :(

MORIBAYU said...

Baguslah jika dia berdakwah.
Semangat macam itulah,yang kita kena ada.
Dia percaya dengan 'idea',yang dia faham.Dan dia mahu kongsikan dengan umum.
Sebelum kita hakimi dia.Cuba kita fikir.Kita boleh kata,kita islam dan di jalan yg betul.
Tapi,sehari..berapa kali~kita "berdakwah" macam dia ??.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

takut betol dengan sekarang n kn.. orang yang kuat dalam islam pon leh terjebak, kita yang biasa2 ne xtau la kn.. mintak2 la dijauh kn .. aminnnnn

Nur Zaheera said...

nauzubillah.