Prince Farhan. Pinjam gambar hang jap naaa :)
Padangan pertama korang tentang mamat atas ni apa dia?
Kacak gila babehh? Hensem gila babebhh? Sorry babe, dia ni tak makan dengan pujian :)
Aku pun macam tak percaya bila dia tak sukakan dgn puji-pujian ni.
Jarang2 orang yg tak suka dengan pujian ni. Baguihh naa Paan ni T_T
Dia pernah bilang kat aku:
Kalau stakat dorang nak kawan gan aku sbb muka takyah ah doh! Buang masa. -Farhan Azman
So, kuliah Asar ni tajuknya berhadapan dengan pujian. Ada baik ada buruknya tentang pujian ni. Lets baca.
Diriwayatkan daripada Abi Muammar bahawa beliau berkata:Telah berdiri seorang lelaki sambil memuji-muji seorang pembesar. Saidina Miqdad R.A lalu mencurahkan tanah ke atas lelaki tersebut dan berkata: Kami telah diperintahkan oleh Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam supaya mencurahkan tanah pada muka orang-orang yang memuji.[Dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam Sahih beliau, juz m/s 2297]
Menurut Imam Al-Ghazali Rahimahullah, ada enam perkara negatif hasil daripada pujian. Empat bahaya bagi yang memuji dan dua bahaya bagi yang dipuji. Adapun bahaya bagi yang memuji iaitu:
1.Berlebih-lebihan dalam memuji sehingga mengatakan sesuatu yang tidak ada, iaitu dengan melakukan pembohongan.
2.Orang yang memuji kadangkala menampakkan rasa senang secara lahir padahal dalam hatinya tidak, sehingga dia menjadi munafik, natijah bersikap kepura-puraaan.
3.Mengatakan sesuatu yang tidak ada kenyataannya sehingga dia membicarakan dengan omongan kosong, misalnya dia mengatakan bahawa orang yang dipuji itu adil, wara' dan sebagainya, sedangkan realitinya tidak.
4.Pujian yang diberikan berjaya membuatkan orang yang dipuji berasa senang, padahal orang itu adalah orang zalim, sehingga dia semakin zalim kerana pujian itu.
gambar sekadar hiasan
Adapun bahaya bagi orang yang dipuji, iaitu :
1.Pujian boleh menimbulkan kesombongan atau kebanggaan pada diri yang dipuji, sedangkan kesombongan dan kebanggaan akan membinasakan diri sendiri.
2.Orang yang dipuji akan merasa senang dengan pujian itu sehingga dia berhenti beramal, kerana merasa sudah cukup baik dan puas dengan apa yang ada pada dirinya.
Berbeza, apabila kita memuji orang-orang alim, sholeh dan tawadhu dan kita yakin pujian tersebut tidak akan menimbulkan riya dan kesan negatif lainnya, baik bagi yang memuji atau yang dipuji maka pujian itu diperbolehkan bahkan menjadi sunnah.
Baik puji Allah dan Nabi :)
'Ya Allah,ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui dan jangan hukum aku atas apa yang mereka katakan dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan kepadaku'.
SUMBER: Mukminun
2 comments:
wah! betul ! ;)
spread this msg. kih3 :)
Post a Comment