Saturday, September 17, 2011

"bang, nak rokok?" -anonymous

cuti semester time menuntut kt kolej matrikulasi pulau pinang. aku blk kampung di alor setar, kedah. lps beberapa hari kt rumah, abah  aku cadang nk balik ziarah ibu (opah aku) di kampar, perak. maka pulanglah kami sekeluarga ke sana. lps 3 hari abah bersiap blk ke kedah. aku minta izin nk blk lewat sikit sbb nak ziarah rakan kolej yang tinggal kt tanjung malim. abah dgn mak bg green lite. lepas mereka bertolak balik, aku pun bersiap2 lah naik dari umah opah aku ke stesen bas kampar. di stesen bas kampar, aku pun ambiklah bas direct ke tg malim yg lalu jalan lama. masa tu dah nk dkt pkl 6. bermulalah perjalanan aku ke tg malim dgn naik bas lama dan lalu jalan lama.

aku sampai kt area behrang dh nk dekat maghrib. waktu senja tu, keadaan dah gelap. lampu jalan tak ada sbb ada tgh repair jalan. seingat aku dalam bas waktu tu ada 6-8 orang saja. aku duduk di seat kiri depan seat paling belakang. belakang aku ada 2 orang india lelaki. depan aku ada makcik india dgn anaknya, dan 3,4 orang bangla rasanya. aku masih menikmati pemandangan walaupun dah tak nampak apa2 sbb gelap. sampai dekat satu perhentian, bangla tadi turun dan 2 orang india di blkg aku jgk turun. bas bgerak semula. time tu dah maghrib.dalam pukul 740 gitu.aku yg duduk dkt seat yg tepi kwsn org lalu tu, masih melayan persekitaran sekeliling.

"bang, nak rokok?" aku disapa oleh satu suara dari blkg seat aku. aku toleh ke kanan kerana sapaan tu berserta dengan tangan sua rokok kt aku. ingatan aku masih jelas, tangan itu tangan kanan dan memegang sekotak rokok yg tbuka penutupnya. tanpa ada syak apa2, aku menolak pelawaan orang itu kerana aku mmg tak merokok. sejurus kemudian, tangan yg sua aku rokok td ditarik semula dan ilang dari pandangan aku. aku pun sambung balik memandang ke luar tingkap.

lps beberapa saat rasanya, aku terasa pelik. aku mula teringat yang 2 org india yg duduk kt blkg aku td dah turun kt hentian sblmnya td. aku mula tfikir, sapa lg yg ada kt blkg aku. ahh..sudah... aku mula meremang. aku terus pusing ke belakang utk cek blk sape yg pelawa aku rokok td. ahh sudah.... mmg takda sesapa pun. tak ada orang. kosong. aku pegang beg galas aku dan aku cpt2 bgerak ke dpn. aku duduk btl2 blkg drebar bas. sambil duduk tu, aku perati sket2 kt cermin blkg drebar bas yg besar tu. aku nk tgk ada tak org kt blkg bas td.

sambil aku tgk2 melalui cermin tu, tiba2 drebar bas menegur aku, "kenapa dik, dia pelawa rokok ye?" aku tersentak. rupa2nya drebar bas tahu knp aku pindah tempat duduk dr blkg terus ke dpn.

sampai je aku kt stesen bas tg malim. aku jumpa dgn pakcik drebar tu. tny apa yg berlaku sbnrnya. dia citer, mmg dh byk kali org kena kaco mcm tu dalam bas dia. asalnya cite pakcik tu, ada sorg laki melayu mati sakit jantung dalam bas. arwah mmg sorg kuat merokok, kata pakcik tu lg. mungkin syaitan sengaja nk kaco manusia, so digunakanlah hal itu utk menakutkan penumpang. kata pakcik tu lg, takda org lain berani bwk bas tu time2 mcm2 tu, dia je setakat ni yg bleh dkatakan oklah utk bwk bas tu.

tamat perbualan dgn pakcik tu, aku terus meninggalkan dia sambil kepala otak aku teringat lagi tangan 'org' yg sua rokok tu kat aku dan tegurannya...."bang, nak rokok?"



sumber; angker story

4 comments:

Ryan Ervan said...

mak aih~ seramnya..
nasib baik x merokok, so x der la nak amik satu hahaha..

nice entry!

trialtodelete said...

gila ah...kalau aku mau pengsan

Nazrul Ashraff said...

hoho. story mana ni weh? ke kau buat? KMPP? hoho.a ku pernah dapat gak twrn situ. tapi dapat UPM< pilih UPM sudah la. haha

Amir-Mahazir said...

huish...kalau aku demam dah wei...gile lahh..huh