Sunday, September 18, 2011

Cerita Hantu Lif (1)

Biasalah duduk hostel, mesti ada cerita hantu sikit kan hehe. Walaupun aku duduk kondominium kat Ampang tu, tapi masih di panggil hostel. Kenapa tah.. Cerita ni aku cerita yang latest punyalah ye, dalam minggu lepas kena. Kalau nak cerita yang previous punya, naharam aku ingat. >.<

Cerita 1:
Minggu lepas aku balik hostel pukul 10 malam, sebab aku keluar g KL. Masa nak balik tu aku nak jumpa Wani jap, nak ambil bag yang aku tinggalkan kat dia. Naharam lah dia ni aku tunggu lama kat McD, tak muncul-muncul. At last aku text dia cakap nak balik mandi dulu baru turun balik McD.

Masa dekat ground floor, aku naik lif dengan sorang mamat ni. Dia pakai jubah hitam. Hadoi. Aku dah fikir bembukan. Nasib baik jubah hitam, kalau putih? Yang paling best rumah aku tingkat 15, so dia pun nak naik tingkat 15 gak. Tapi aku tak kenal dia sgt pun. Syukur lah dia manusia huhu.

Lepas dah siap-siap mandi semua, aku turun lif macam biasa pergi McD, jumpa Wani dengan Shida. Aku amik lah barang-barang yang kena tinggal kat Wani siang tu. Lepastu aku pergi bistro sensorang sebab nak online.

Aku balik hostel selepas jam 12 malam, aku tak ingat time tu pukul berapa. Masa aku tekan lif tu, pintu lif terbukak and lif tu baru terbuka lampu. Aku ni jenis kengkabut sikit perangai. Suka fikir benda bembukan.

Lagi satu, aku kalau naik lif, aku memang takkan tengok nombor lif yang bergerak2 tu. Sebab aku takut lif tu berenti kat tingkat 6. Sebab kat tingkat 6 tu ada orang mati bunuh diri.. Masa dalam lif tu, aku tak tahu lah kat tingkat berapa, handphone aku suddenly off. Batery ada setengah lagi padahal. So aku pun macam nak carut je tiba-tiba habis battery kan. So aku try on, tapi tak boleh on. Pasrah je lah.

Then bila dah sampai depan rumah, time nak buka pagar tu, aku try lah on hp tu jap. Jilaka betei, tiba-tiba dia boleh on balik. Aku dah syak bukan-bukan dok ganggu.

Masuk bilik, cerita kat kawan-kawan. Dorang pun kena juga. Next entry baru aku cite ye. Cerita aku tak seramkan? Tunggu next story yer huhu.

P/s: Malam tu aku tidur kaki sampai biru-biru. Esoknya dorang cakap aku tidur tendang katil kuat gila pastu tumbuk Fakhrul kat sebelah. Kenapa tah -.-"

4 comments:

Miss AZ said...

smbungan dia bila pulak?? mesti kuat tndang katil.. sampai biru2 kaki.. ada macam the smurfs tak birunya?? eheh =p

Nazrul Ashraff said...

scary sial. haha

@taufiqhelios said...

hahaha..balik lagi tetengah malam sensorang..btw benda tu pon ekceli takot kt kita...so no worries..dia jadik berani nk kaco tu bila kita yang dok takut kat dia

ULtradya said...

copat ekh update..malam kang xmau baca dh...scaryyy..hihih