Monday, June 20, 2011

Kartunis Majalah Ujang Meniggal Dunia.

Semalam baru saje keluar berita pemergian pelakon dan pelawak veteran iaitu Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda. Pak Uda yang membintangi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Hantu Kak Limah Balik Rumah telah menghembuskan nafas yang terkakhir pada jam 10:30 pagi (19 Jun 2011). Pada jam 7:45 malam hari yang sama, sekali lagi berita pemergiabn seorang kartunis merangkap Editor majalah Ujang iaitu Qayyum akibat serangan stroke.

 
Qayyum (kiri)


Dulu masa aku sekolah rendah selalu baca majalah Ujang, sanggup korek duit tabung nak beli majalah Lawak yang satu-satunya paling best kat Malaysia ni. Siap kumpul setiap ISSU yang ada. Kartun-kartun yang aku inbgat ialah Tok Ketua, Mat Desptach, Aku Dia dan Volkswagen dan Lawak Antarabangsa. So kiranya aku membesar dengan majalah Lawak yang super oshem. Tapi sekarang majalah Ujang ni dah tak berapa nak komersial sangat dah.

Arwah selamat dikebumikan di kampung halamanny di Batu Talam Raub. Dalam masa satu hari je, dua nama besar yang memeriahkan industri hiburan telah pergi menghadap ilahi. Salam takziah.

P/S: Rindu watak PCD dan LADY D.

3 comments:

Isteri Encek Bard said...

sampai sekarang ieb still layan majalah ujang.. Al-fatihah.. sangat terkejut

Nazim Nasri said...

@Isteri Encek Bard

AlFatihah

NuSaNa NoSa 91 said...

dua kematian sekaligus.. innalillah.. T_T