Kalau aku jalan kaki, dia ada dua jalan. Satu jalan separa hutan dan lagi satu jalan raya biasa. Dua-dua jalan ni aku dah biasa lalu even waktu malam. Lalu hutan dekat sikit dengan rumah. So malam tadi aku cam nak lalu ikut hutan, tapi kan. haha Aku tengok hutan tu kemain gelap (mmg gelap sentiasa), so aku dah terfikir macam-macam yang agak scray. Gitulah melayu kalau dah kena brain wash dengan cerita hantu. So iman tetiba lemah semacam.
Maka bermulalah tragedi malam jumaat. (aku dan pemandu teksi [PT])
Aku: Taman Segar. *sambil tunjuk arah rumah dengan jari*
PT: Taman Segar? Oh okayy.
*dalam teksi*
PT: Encik, laju je berjalan tadi. Nak kemana?
Aku: *diam*
PT: Kat situ banyak anjing cik. Hati-hati tau.
Aku: *masih diam* -dalam hati aku bercakap, since when ada anjing? aku tahu lah tempat tu-
PT: Anjing ni kalau dia nampak orang berlari/jalan laju. Nanti dia kejar. So encik kena tunduk sikit, buat-buat macam nak ambil batu. Nanti dia lari lah
Aku: Ohh.
Lepastu kan, dia dah start jadi pelik
PT: Sebenarnya saya tak tahu sangat jalan dalam ni. Kalau ada yang tunjuk jalan, baru saya mahir sikit.
Aku: *diam* -cakap dalam hati. acane dia tahi kat situ ada anjing sedangkan dia tak familiar kat tempat ni.
PT: Encik baru balik kerja ke?
Aku: Taklah
*situasi sangat scary, aku jeling kat tangan dia. kot-kot dia nak membunuh ke apa kan*
Aku: Berenti kat tepi tu je. Simpang tepi tu.
PT: Okay
Aku: Kat sini kat sini.
PT: Kat depan tu boleh u-turn tak?
Aku: Tak boleh, kena pusing kat sini
*meter adalah RM3.20, tapi dia mintak RM4. waddefak. Aku jenis malas nak argue, serah je lah.*
P/S: Bagi korang apa yang misteri pasal pakcik ni? Bagi aku, yang misterinya pasal pakcik ni, bila aku turun dari teksi dia, aku tengok muka dia macam pembunuh, senyum sinis. Kau tak rasa cam nak termeninggal tengok orang macam tu? sumpah tak tipu -,-
P/S1: Prank bapak sendiri pun boleh T__T
3 comments:
pelik btol pmandu teksi 2..orang ke hantu 2??seram plak bila baca entry ni..
Cakap teksi kuning, teringat pulak volkswagen kuning dalam cerita Karak. Haha
uihh klu ziera kompem tak tido malam t...seraamm!!
Post a Comment