Tuesday, June 21, 2011

Menyamar selepas kalah bola.

ni melampau-lampau menyamar dia jadi org tua -,-

Rosli dan Maulud pengurus sebuah pasukan bola sepak di kampung mereka. Baru-baru ini pasukan bimbingan mereka berdua kalah teruk dibelasah oleh pasukan lawan.

Dek terasa malu dengan kekalahan tersebut, Rosli dan Maulud bercadang untuk menyamar apabila keluar ke pekan nanti agar tidak dikenali penduduk kampung.

Hari itu Rosli menyamar sebagai sebagai seorang koboi. Sedang berjalan-jalan di pekan, tiba-tiba ada seorang nenek tua mennegurnya: "Heyyy Rosli, kebetulan pula kita jumpa kat sini!"

Terkejut sunggu Rosli kerana setelah menyamar sebagai koboi, ada orang yang masih mengenalinya. Rosli terus pulang ke rumah untuk mencari helah menyamar aksi lain pula. Esoknya, Rosli tukar penyamarannya. Penampilannya menjadi Pak Arab pula.

Lalu Rosli keluar ke pekan berlagak sebagai Pak Arab. untuk kali kedua, Rosli bertembung lagi dengan nenek semalam. "Ah nenek ni lagi!" , tapi dalam hati Rosli berkata, tak mungkin nenek itu mengenalinya lagi.

Tiba-tiba nenek itu menegurnya: "Hey Rosli, jumpa lagi kita ye!"

Akibat terkejut disapa nenek tua itu lalu Rosli bertanya: "Nenek ni siapa? Macam mana boleh kenal saya?"

Lantas separuh berbisik, nenek tua itu menjawab: "Syhhhh.. Laa engkau ni Rosli. Tak kenal aku ke? Ni akulah, Maulud"

P/S: HAHA Aku gelak je baca lawak ni dalam majalah Mastika

10 comments:

Pretend To Be My Self said...

anonymous : lucah ape ek? ade lucah ke?

Nazim Nasri said...

@JaRyiE jEmArYiE kOo

haha awak mesti baca lain ni. anonymous lucah tu hanyalah quote lah. bukan org komen :)

Along Usop said...

Maulud lagi terer nyamar.. muahahhaha

saya_arief said...

hahaha..kesian rosli..

Nazim Nasri said...

@Along Usop

hahaha same thought. Maulud lagi terel sampai orang tak kenal hahaha

Nazim Nasri said...

@saya_arief

HAHAHA. kena menyamar jadi orang lain plak

Unknown said...

Ouh.. bila mula2 baca td , i thought this really happened in real life

Nazim Nasri said...

@Syazwani

good luck hihi

Nazim Nasri said...

@Syazwani

dont be so serious hahaha xD

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

hahaha, boleh pulak mcmtu. stupid jokes kot:'((