Salam,
Weet weet, lets talk about mati.
Tahukah korang.
Kita DIHARAMKAN untuk mendoakan orang kafir.
Menurut pendengaran aku melalui ceramah agama.
Allah membalas jasa orang kafir ni didunia sahaja, tidak diakhirat.
Kiranya, orang kafir akan mendapat nikmat didunia sahaja.
Kalau orang Islam, dunia akhirat kita dapat.
Tahukah anda, sewaktu orang kafir mati.
Allah mengurangkan rasa kesakitan yg dialami sewaktu roh mereka ditarik.
Ini disebabkan perbuatan baik yang mereka lakukan didunia, Allah telah membalasnya didunia sewaktu mereka mati. Dan sebaliknya kepada mereka yang membuat kejahatan.
Sebab apa kita kene mengucap selalu? Terutama sekali dalam solat.
Sebab kita kene perbaharui Islam kita setiap detik.
Kita ni bukannya all the time buat baik kan? Kita bukannya manusia tanpa dosa mcm Nabi kita yg ma'sum kan? :)
Perkara yang aku paling takut adalah menjadi seorang yang MUNAFIK! Erti kata lain dalam bahasa penjajah ialah HYPOCRITE .Sebab kita ni manusia biasa yang kebanyakannya sekarang tergolong dalam golongan Asi. Dibawah ni ada definisi yg aku attach kalau sape yang belum tahu apa itu munafik dan golongan Asi.
Definisi Munafik
· Istilah syarak: orang yang menzahirkan apa disembunyikan di dalam hatinya.
· Ertinya, orang yang di dalam dirinya tidak ada keserasian dan keselarasan antara zahir dan batin.
· Sekiranya apa yang disembunyikan adalah pendustaan terhadap asas-asas iman dia adalah munafik yang tulen,dan hukumannya di akhirat adalah hukuman orang kafir.
Definisi Asi :
· Asi dari sudut B.Arab ialah orang yang melanggar perintah.
· Dari sudut istilah, Dr.Abdul Karim Zaidan menyatakan orang asi ialah “sesiapa yang mempunyai asas iman iaitu ikrar dengan syahadah tetapi mereka tidak menunaikan hak-hak syahadah tersebut,mereka melanggar beberapa perintah syarak dan mendatangi larangan-Nya.
· Asi juga bermaksud orang-orang yang derhaka kepada Allah.
· Orang- orang ini percaya kepada Allah tetapi melakukan dosa dengan sengaja (baik dosa kerana melakukan larangan mahupun dosa kerana meninggalkan perintah Allah).
· Orang seperti ini tidak ada rasa penyesalan, bahkan menentang segala akibatnya tanpa rasa takut mendapat balasan (ancaman dari Allah).
· Ia melanggar batas-batas ketentuan Allah. Ia selalu melakukan maksiat dan tidak mahu bertaubat.
Golongan orang –orang yang termasuk golongan asi ialah:
· Orang yang mendustakan ayat-ayat Allah.
· Orang yang mengingkari ayat-ayat Allah.
· Orang-orang yang tidak mahu memutuskan hukum dengan hukum Allah.
· Orang yang melupakan Allah.
· Orang yang menuduh wanita baik-baik (muhsanah) berzina tanpa bukti.
· Orang yang melakukan kezaliman.
Tahukah anda, jika kita melakukan perkara MAKRUH banyak kali ataupun dgn kerap. Perkara ini akan jatuh menjadi HARAM. Perkara makruh ni adalah perkara yg dimaafkan oleh Allah.
Macam manalah kita mati nanti kan? Kalau tak mati. Macam manalah kita hadapi satu situasi yang dinamakan KIAMAT! Allahuakaram. Wasalam
P/S: Sila betulkan jika ada kesilapan fakta. Saya juga manusia biasa seperti awak yg sedang membaca :)
P/S: Sila betulkan jika ada kesilapan fakta. Saya juga manusia biasa seperti awak yg sedang membaca :)
5 comments:
betul tu..manusia mmg xley lari dr lakukan dosa..sbb tu manusia x perfect..ehe..
updated entry :acik bembot 44
yeahh :)
dan kita bukannya ma'sum. :)
tq :) sharing is caring ~
manusia sllu tluupa....
thankz for peringatan... :)
aliff: apa yg ada dlm ni. ambik je. kepentingan bersama kan? :)
Zulaiha: sama sama :D keep on reading babe
Post a Comment