Friday, January 28, 2011

"Tak apa, Allah selamat"

GEMBIRA...Mat Rani selamat meskipun  rumahnya di Kampung Pak Sabah runtuh, semalam.

Pakcik ni namanya Mat Rani Mahamud, berusia 62 tahun.
Pakcik ni mengalami MASALAH MENTAL. Kenapa dengan pakcik ni?
Jam 10 pagi semalam di kawasan rumahnya dilanda angin kencang sehingga merobohkan rumah pusaka yg telah beliau diami. 

Ketika kejadian, pakcik ni tengah menyusun kotak yang dipungut di dalam rumah sebelum bencana berlaku.

Diingatkan sekali lagi, pakcik ni mengalami masalah mental ye. Saya tidak bergurau. Tetapi tidak tahu tahap berapa. Ketika kejadian, mangsa mengalami luka kecil dibelakang bahagian badan, dan terperangkap selama 15 minit.

Walaupun mengalami masalah mental, selepas pakcik ni berjaya keluar dari timbunan rumah ini beliau berkata "TAK APA, ALLAH SELAMAT". Berulang2 kali pakcik ni ungkapkan perkataan tersebut. Maksud yang sebenarnya ialah "Tak apa, Allah selamatkan saya".

Subhanallah. Walaupun pakcik ni mengalami masalah mental. Pakcik ni masih boleh mengingat Allah. Alhamdullilah kerana dia masih selamat.

Semoga Allah memberkati hidup Pakcik Ismail Awang sekeluarga kerana mengizinkan dan membenarkan Pakcik Mat Rani Mahamud tinggal kat rumah pusaka miliknya yg sudah berusia 30 tahun. Amin.

P/S: Terima kasih Metro Harian.

Photobucket

2 comments:

efa said...

alhamdulilah mujur dya selamat mybe imannya kuat dan dihatinya mingingati Allah S.W.T walau keadaannya mcm tu sekalipun. Itu tanda Allah sayangkannya syukran

Nazim Nasri said...

Allah Maha Besar :)