Sebenarnya perasaan aku yang kat dalam status twitter atas ni dah lama tau. Aku simpan je perasaan ni, aku taktau nak cerita kat sape. So masa dalam kereta tadi time nak balik rumah, aku teringat kat kawan aku yang bijak pasal agama ni. So aku tanya lah kat dia pasal perasaan aku ni.
Lepastu dia tanya apa dosa aku kat Al-Quran. Mula-mula aku nak jawab takde. Tapi bila difikir balik, aku memang ada dosa dengan Al-Quran, so aku jawab "sebab aku tak mengamalkannya". So kawan aku kata ini adalah petanda supaya aku mengamalkannya (Al-Quran). "Dia bagi ko petunjuk. Jangan abaikan. Orang lain tak dapat apa yang ko dapat."
Dalam pada tu juga, kawan aku ni ada bagi petua untuk membaca dengan lancar ketika mengaji which is kena berus gigi, berus lidah dengan lelangit mulut. Yang paling penting wudu' kena sempurna dan tertib.
Muslim berpegang teguh bahawa Islam datangnya daripada dua sumber iaitu : salah satunya ialah — Al-Quran— dan yang satu lagi ialah : Sunnah, atau mengambil contoh daripada kehidupan Nabi Muhammad.
Kenapalah terjadinya perasaan macam ni ye? Aku boleh baca Al-Quran, aku boleh baca dengan tajwid tapi kenapa lah aku tak amalkan ye? Umur dah nak menginjak 18 tahun. Dosa dah kena tanggung sendiri, kenapalah aku tak boleh nak amalkan benda yang Allah suruh. Hurmmm mengeluh sendirian aku malam ni mengenang dosa.
Bila kali terakhir korang sentuh dan baca Al-Quran? Dunia dah nak kiamat, taknak sediakan bekal ke nak bawak pergi akhirat? Takkan nak bawak tangan kosong je? Tidak akan sesat bagi kamu selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu Al-Quran dan Sunnah.
Wasalam.
4 comments:
@Nazim , You hve to be very grateful dikurniakn perasaan macam tu. Means that Allah masih sayang kamu. Emm ingat Hidayah dtg daripada macam macam cara , ORANG PERANTARAAN , TERBITAN HATI. And apa yang kau dapat ni maybe terbitan hati.Just remember one thing , tiada apa yang lebih bahagia dan mulia bagi seorang muslim selain dari mendapat hidayah dari-Nya. Hidayah ni milik ALLAH sahaja , even NABI pun tak boleh bagi kat umat nya. Jadi berbahagia la kamu kerana DIPILIH untuk Dia berikan hidayah. Okayy? Untuk Alquran tu ada ramai orang yang tak amalkannya , even yang baca lancar bertaranum tu pun tak fully amalkannya * bukan nak condam tapi ths is reallity. Islam ni agama Syumul , Jangan menyusahkan nyaa. Buat ikut kemampuan. Jangan drastik sangat sebab nanti kita yang hangyut. Manusia ni kena sikit sikit. Yela kita lahir pun tak terus ambik SPM then dapat Straight A's tapi kena lalui peringkat2, same goes to this. Yang ni lagilaa, kena sikit sikit , faham betul betul sebab berkaitan Aqidah kan. Ingat ,Allah tak pandang hasil tapi Allah pandang USAHA. Okay ? Chill :) , Sama sama la kita mendidik diri .
* Cehh comment aku dah macam boleh buat post. HAHA :D
@fatin amirah
Thank you so much fatin. love u buddy
wiiiiii...dapat hidayah la tu>:D
@Nazim , Hee love you too buddy :D
Post a Comment