Tuesday, March 15, 2011

Gempa Bumi adalah latihan kiamat! Kenapa ye?







Salam.
Korang rasa kehidupan korang macam mana? Pernah tak terfikir apa yang akan terjadi untuk masa akan datang? Sama ada kau masih hidup atau tidak. Sama ada kau berjaya dalam hidup atau tidak. 
Kenapa ye?

Kenapa ye kita mengaku kita ni beragama Islam. Tapi kita susah sangat nak ikut suruhan Allah. Kita mengaku yang kita ni umuat nabi Muhammad, tetapi kita tak pernah nak ikut sunnahnya. Kita tahu Al-Quran tu mukjizat daripada Allah, tetapi kita tidak mengamalkannya. 
Kenapa ye?

Kita tahu solat 5 waktu tu wajib. Kenapa ye kita tak tunaikan hak Allah?
Kenapa ye?

Kita tahu membuka aurat tu satu dosa, tapi kenapa kita tak menutupnya? Kalau perempuan yang free hair, kenapa perlu nak tunggu dapat hidayah? kenapa nak tunggu seruan juga? 
Kenapa ye?.

Kita tahu neraka tu wujud. Kenapa kita tak cuba lari daripadanya? 
Kita tahu syurga tu wujud. Kenapa kita tak cuba mendapatkannya? 
Kenapa ye?

Kita tahu derhaka kepada kedua ibu bapa tu satu dosa besar. Tapi kenapa kita buad juga?
Kenapa ye?

Kita tahu Nabi Muhammad tak akan mengaku umat terhadap golongan Gay dan Lesbian. 
Kenapa ramai yg cenderung kearah itu pada akhir zaman ni. 
Kenapa ye?

Kenapa ye kita susah sangat nak bertaubat? Susah sangat nak ikut cakap Allah. Susah sangat nak ikut sunnah Nabi. Kenapa ye? kenapa?!

Kita semua ni dah terlalu hebad ke sampai melawan cakap Allah? melawan cakap Mak ayah?
Kita tahu kan Allah tu siapa? Kita tahukan sape yg cipta kan kita? Kita tahu kan balasan hari kiamat sakitnya macam mana? Kita tahukan hari kegoncangan dunia iaitu kiamat tu lebih dasyat dari gempa bumi? 

Tak takut ke kita semua ni? 
Sepatutnya kita perlu bersyukur tau sebab negara kita ni takde latihan kiamat seperti gempa bumi dan tsunami.

Pernah tak kita buad sujud syukur dan ucapkan alhamdulillah sebab kita masih hidup sampai sekarang.  Kenapa ye kita tak pernah? 

Berapa ye Allah kenakan bayaran sampai kita tak boleh nak ikut suruhan-Nya? 


P/S: Saya nak pergi Mekah. Kenapa mahal sangat saya kena bayar untuk pergi melawat rumah Allah tu? Untungnya kalau ada rezeki lebih kan, boleh pegi sana. Tapi...  :(


Photobucket