Salam. Time korang tengah baca entry ni. Aku dah takde kat rumah dah. Aku dah masuk kolej. Harini hari lapor diri dan terus duduk kat hostel. Haa rasa eksaited sangat nak belajar semula :)
Ohh by the way. Aku tak bawa laptop pergi kolej and im gonna miss my blog and twitter friends. Tapi tak apa, insyaAllah kalau ada masa terluang aku cuba pinjam kat kawan untuk update blog ni.
Doakan yang terbaik untuk aku. Doakan kejayaan dan urusan aku kat kolej tu. Doakan supaya aku dapat kawan-kawan yang baik. Doakan supaya semuanya berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja.
Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga sambung belajar :)
Ohh sebelum tu, aku nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa dalam blog ni. Maaf kan yer.
P/S: Kolej kat KL jer, tapi packing macam nak pergi Korea. Bye. Assalamualaikum :)
Tadi siang masa aku baru lepas makan dekat gerai makan kawasan HKL dengan Hazirah. Ternampak ada dua orang budak kecil dalam usia 3/4 tahun dalam kereta. Aku tengok parents dorang takde dalam kereta tu. Dengan tingkap terbuka, anak kecil dua orang dalam tu di biarkan. Parents kemana tah?
Tak takut ke tinggal anak macam tu? Maunya mati lemas atau kena culik. Menyesal tak sudah kau nanti. Tolonglah k jangan guna alasan "Alaaa kejap je pun" "Tengok lah, selamat je anak2 aku. Rileks ah." "Jangan sebok hal orang!".. Haa kalau macam tu alasan kau, sepanjang jalan tu kau dengarlah lagu Pergi Tak Kembali okay? AWAS!
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.
Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga habiskan type cerita ni yang dipetik daripada majalah Mastika edisi Julai 2011. Ye, saya type semula kesemua cerita yang terkandung dalam naskah Mastika, itu sebab saya buat part by part sebab kisahnya memang panjang. Ingat tak dalam cerita ni ada pasal Dr Audra melawat abang? Baca blog ni pula untuk mengetahui perkembangan keluarga abang. Blog ni merupakan kepunyaan adik ipar Dr. Audra. :)
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.
"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"
Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"
Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"
Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.
Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.
Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
...bersambung
P/S: Entry part 6 publish esok hari. InsyaAllah :)
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"
Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.
Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.
Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.
Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.
Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.
"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.
...bersambung
P/S: Okay tinggal lagi dua part je nak habis cerita ni. Stay tuned. || Part 5 dan 6 akan di update tengah malam nanti. Esok dah mula busy. InsyaAllah :)
Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.
26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!
Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.
Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.
Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.
Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"
Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.
13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.
Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.
Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"
Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.
Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.
Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!
Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
...bersambung
P/S: Saya akan buat quick update dan cuba habiskan semua part. Sebab hari selasa dah masuk kolej. T__T || Letak URL blog saya dalam blog list korang, so that nanti tahu lah entry part seterusnya sudah di update.
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.
Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.
Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.
Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.
Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.
Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
...bersambung
P/S: Siri "Abang tunggu mak di syurga ya!" ada lebih kurang 7 hingga 8 part. Cerita ni adalah kisah benar dan sedih. Korang okay ke nak baca banyak2? Respon yer.
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Pada suatu dahulu,seorang wanita muslimah meninggal dunia di Madinah.Dijadikan cerita,keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat,tetapi wanita(tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya.
Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu,wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji.Wanita(tukang memandikan mayat) itu berkata,"kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!"
Astaghfirullahhalazim,tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya.Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal.Orang-orang yang berada d luar yang sedang menuggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.
Setelah pihak keluarga menyusul,barulah mereka tahu apa yang terjadi.Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama' d Madinah.Ada ulama' yang menyuruh tangan wanita itu dpotong dan dtanam bersama mayat tersebut.Ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dpotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi.
Ulama' Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut,samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu.Setelah keputusan ini tidak dapat dbuat,mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a.
Selepas mendengar cerita itu,Imam Malik r.a.terus datang ke tempat kejadian.Lalu beliau minta dberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab.Ia bertanya kepada juru mandi itu(dari bilik hijab),"katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini?"Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal,"Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!"
Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat ,"Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat.Ia telah melanggar hudud Allah Ta'ala,menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang.Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan.Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat...". Setelah hukuman itu djalankan,barulah kedua tangan wanita itu terlepas dangan sendirinya!
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...
seucap janji membuat kita percaya..
sekecil luka akan membuat kita kecewa..
tetapi..sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."
Drpd Abi Darda' Radiyallahu 'Anhu Berkata Nabi saw;" Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dr surah Al-Kahfi dipelihara dan di selamatkanya dari Fitnah Dajjal '. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya (Jumaat) sebagaimana pendapat Imam Syafi'i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi). Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal."(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi) Pada lafadz Tirmidzi: "Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal." Dia berkata: "Hadits hasan." Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata;"Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal." Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu. Dan pada lafadz Nasai menyatakan: "Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal." Pada hadits yang marfu' dari Ali bin Abi Thalib: "Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum'at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya."(Lihat Tafsir Ibnu Katsir Surah Al-Kahfi)
Sepatutnya entry ni publish masa Hari Bapa tempoh hari. Tapi atas dasar malasnya nak menaip, padahal pendek je entry ni. Maka harini lah masa yang sepatutnya.
Okay, as shown gambar kat atas tu. Korang pun faham apa yang aku nak sampaikan dan maksudkan. Korang setuju tak apa yang aku tulis tu?
Korang mesti cakap, "Ahh banyak betul budak ni komplen" "Nak drama best2 buat sendiri lah" "Tah pape lahh kau ni budak" "Kalau tak suka or taknak tengok, tutup jelah TV. apa susah".
What ever it is, kita sebagai penonton mestilah kena demand kan? Kita yang tengok rancangan kat tv tu, habis tu siapa lagi kan? Tapi kalau dah setiap kali sambutan "HARI ...." kita kena tadah dengan drama sedih. Tak rasa cam jelek dan bosan ke asek nk sedih je? -____-
P/S: Sekadar bagi pendapat je. Kalau tak suka takyah lah hentam. Cina India tak baca blog ni. Yang baca siapa? Hmmm
Luls. Teruja ke terkujat? kukukuku. Untunglahhh Ben Ashaari follow blog picisan ni kan. hihihi. Bukan senang orang terkenal nak singgah sahur kat blog terpencil camni. Selalu tengok orang lain update blog dorang pasal Abg Ben, so ni my turn. kukukuku :)
Sebenarnya semalam aku ada komen kat blog BA pasal entry tingkatkan followers. Biasalah blogger picisan macam aku, mesti nak ramai followers kan. Tapi bukan dengan cara "i follow you, you follow me back". Cara ni aku tak pernah guna langsung dalam dunia blogging. Sebab aku tak suka paksa orang.
Aku takdelah letak harapan yang tinggi supaya BA follow blog aku. Sebab setiap entry yang dia tulis banyak sangat orang komen, so mana mungkin dia nak baca aku punya komen. kukuku. Tapi tengok betul-betul BA follow blog aku. Terima kasih banyak2 lah untuk beliau :)
Tak tahu lah kenapa hati aku tiba-tiba terdetik nak compose beberapa wall post kat fanpage Datuk Seri Najib. Bersahaja nak meluahkan isi hati budak umur 18 tahun ni. huhu. Aku just print screen wall post je, comment-comment tu tak dapat lah sebab banyak komen yang berbaur politik tak sihat. Tapi ada la comment2 yang membina.
1#
2#
3#
4#
5#
6#
Korang dah baca semua wall post ni? So kalau boleh, cuba berikan pendapat korang sebagai rakyat Malaysia. Pilih lah mana-mana status yang korang rasa nak komen and berikan pendapat. :)
Wordless Wednesday meansOn Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Rosli dan Maulud pengurus sebuah pasukan bola sepak di kampung mereka. Baru-baru ini pasukan bimbingan mereka berdua kalah teruk dibelasah oleh pasukan lawan.
Dek terasa malu dengan kekalahan tersebut, Rosli dan Maulud bercadang untuk menyamar apabila keluar ke pekan nanti agar tidak dikenali penduduk kampung.
Hari itu Rosli menyamar sebagai sebagai seorang koboi. Sedang berjalan-jalan di pekan, tiba-tiba ada seorang nenek tua mennegurnya: "Heyyy Rosli, kebetulan pula kita jumpa kat sini!"
Terkejut sunggu Rosli kerana setelah menyamar sebagai koboi, ada orang yang masih mengenalinya. Rosli terus pulang ke rumah untuk mencari helah menyamar aksi lain pula. Esoknya, Rosli tukar penyamarannya. Penampilannya menjadi Pak Arab pula.
Lalu Rosli keluar ke pekan berlagak sebagai Pak Arab. untuk kali kedua, Rosli bertembung lagi dengan nenek semalam. "Ah nenek ni lagi!" , tapi dalam hati Rosli berkata, tak mungkin nenek itu mengenalinya lagi.
Tiba-tiba nenek itu menegurnya: "Hey Rosli, jumpa lagi kita ye!"
Akibat terkejut disapa nenek tua itu lalu Rosli bertanya: "Nenek ni siapa? Macam mana boleh kenal saya?"
Lantas separuh berbisik, nenek tua itu menjawab: "Syhhhh.. Laa engkau ni Rosli. Tak kenal aku ke? Ni akulah, Maulud"
Yeahh harini super boring. Sebenarnya hari-hari pun boring sebab dah 5 bulan duduk terperap kat rumah. Makan online tido tgk tv. Macam tu jelah selama 5 bulan hehe. Tapi syukur badan tak gajah duduk rumah je. Arghh exercise je tak buat. Kalau lah aku sedar masa awal bulan haritu nak exercise, mesti skang ni badan aku dah sedap mata memandang. Ni tak, perut aku very the 1Malaysia =,=
Tidur dah la lambat, hari-hari tido lepas pkul 3 pagi. Bangun pulak pukul 11pagi-12t/h. Rosak rosak. Lepastu kan, boleh tak mandi satu hari. HAHA. Bayangkan betapa buruknya perangai orang bujang yang menganggur. LOL. Haishhh, macam mana lah nak kawen ni kalau hari-hari malas ;p
Takpe-takpe, kegiatan tak sihat aku ni bakal berakhir minggu depan. Yeah for real. Memang akan berakhir minggu depan. So minggu ni aku kena manage and synchronize kan balik waktu tidur. Sebab memang dah lari waktu tidur aku, takut terbawa-bawa untuk minggu depan :)
Semalam baru saje keluar berita pemergian pelakon dan pelawak veteran iaitu Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda. Pak Uda yang membintangi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Hantu Kak Limah Balik Rumah telah menghembuskan nafas yang terkakhir pada jam 10:30 pagi (19 Jun 2011). Pada jam 7:45 malam hari yang sama, sekali lagi berita pemergiabn seorang kartunis merangkap Editor majalah Ujang iaitu Qayyum akibat serangan stroke.
Qayyum (kiri)
Dulu masa aku sekolah rendah selalu baca majalah Ujang, sanggup korek duit tabung nak beli majalah Lawak yang satu-satunya paling best kat Malaysia ni. Siap kumpul setiap ISSU yang ada. Kartun-kartun yang aku inbgat ialah Tok Ketua, Mat Desptach, Aku Dia dan Volkswagen dan Lawak Antarabangsa. So kiranya aku membesar dengan majalah Lawak yang super oshem. Tapi sekarang majalah Ujang ni dah tak berapa nak komersial sangat dah.
Arwah selamat dikebumikan di kampung halamanny di Batu Talam Raub. Dalam masa satu hari je, dua nama besar yang memeriahkan industri hiburan telah pergi menghadap ilahi. Salam takziah.
Tadi masa tengah layan mix song Siti Nurhaliza kat youtube. Dia ter-play lagu ni, so aku rasa macam ehh ehh kenapa Ella pakai tudung, tapi tajuk dia ada nama Siti Nurhaliza je (bias nampak). Aku rasa ni lagu raya kot. hehe. Tapi serious comel bila tengok Ella, Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ezzlyn dengan Waheeda pakai tudung.
Ohh comel sangat kan mereka. Paling comel aku rasa Ella lah, sebab tak pernah tengok dia pakai tudung, so ni kali pertama tengok dia pakai. Sama-sama doa supaya dorang dapat pakai tudung camni lagi. Sumpah comel ^^
Khamis minggu lepas aku buat medical check up. Awal pagi bangun kemain. Pergi Hospital Ampang. Procedure hospital memang maha menyusahkan. At last aku buat kat General Hospital (GH) je. Oh yeahh, orang dulu-dulu sebut GH, skang ni dah tukar jadi HKL :)
Aku buat medical check up sebab minggu depan dah nak masuk kolej. Aku sebenarnya takut nak buat medical check up ni. Tak tahu lah kenapa. Harap-harap takde penyakit kronik, InsyaAllah :)
Ayahanda Nasri. Gigih bawak p spital walaupun exhausted.
Ayahanda ekceli tak cukup tidur tau senarnya, tapi dok gigih ajak jugak pergi hospital and buat medical check up untuk aku. Aku ajak p makan, dia ikut, pastu dia cakap "Eh, balik naik teksi boleh? Ayah ngantok oh" "Ehhh takde maknanyaaa. Tadi kemain ajak kan -.-" ... And sepanjang-panjang masa kat GS tu dia buat muka letih/ngantok.
Container urine ketika kosong!
"Ambil botol dengan plastik, isi air kencing setengah botol pastu letak kat kaunter pesakit luar" And i was like hahhhhhh? Air kencing untuk setengah botol? Gila hape, kalau tak terkencing cemana tah? -,-
Pehtu aku g tandas nasib baik boleh pee. Kalau tak, jenuh lah nak ikhtiar kan sepaya dapat pee. Dah settle sumbat urine, lepas tu terpaksa genggam botol supaya orang tak nampak isi kandung dalam tu. *malu*
Bilik X-Ray
Yang ni lagi takleh belah. Yelah, aku kali pertama buat medical check up. Nak kena x-ray bagai kan. Mana reti and mana tahu procedure dorang cemana. hahaha. Masuk dalam bilik x-ray tu. Doktor pompuan tu suruh aku buka baju. Waddehekkk. Buka baju? Segan kot. haha. So nak tak nak kena buka juga baju. Tapi aku tak tunjuk badan aku yang taff ni kat dia. Segan doh -,-
Result medical check up aku keluar minggu depan, which is 27 Jun 2011, lepastu esoknya dah register masuk kolej. Oh harap-harap and berdoa sangat supaya result medical check up tu semuanya okay, InsyaAllah :)
Untunglah siapa yang ada Astro and subscribed Astro Warna. hehe. Aku takde astro. Dah lama dah takde. Akademi Fantasia haritu pun aku tak layan sangat. Tapi Maharaja Lawak memang aku layan. Usha kat youtube jelah hehe.
Aku memang suka benar dengan dua group ni, Jozan dengan Sepah. Memang cramp perut kalau tengok dorang punya lawak. Tapi dalam banyak-banyak minggu kan, ni baru kali pertama kot aku letak video Maharaja Lawak ni.
Pusingan Pertama
Sepah (Sunat)
Jozan (Era Rentak Suka Hati Anda)
Bagi aku dedua kumpulan ni terbaik ah. Walaupun aku agak segan ah dengan kumpulan Sepah, sebab dorang selalu buat lawak double meaning. hahaa. Memang tak leh blah. Sampai tegang urat perut aku gelak subuh-subuh ni. hehe. Jozan pun sama, suka buat lawak comel. heee =)
Selalunya lepas update blog, aku banyak ping entry aku kat fanpage. Sekarang ni pulak facebook dah guna setting baru, kalau nak bubuh link ke apa, kena face dengan captcha. Maksudnya, before ping entry, kena letak huruf-huruf yang dia bagi tu la.
So masa aku nak ping entry semalam kat fanpage aku sendiri, kena isi captcha tu. Memang dah tahu lah kena isikan. Tapi masalahnya skang, dia bagi captcha tulisan jawi. Memang aku ada lah keyboard bahasa jawi ni kan -______-
Bayangkan kalau jenis yang inesen and tak tau menda. haha. Mesti bengang kan. Takleh blah betei facebook ni dok bagi tulisan jawi, so aku refresh utk huruf captcha yang lain. haha :3
Sebenarnya bukan sekali dua beliau camni. Dah banyak kali aku perasan. Dia penat memang penat, tapi entah lah. Aku teringin gak nak ikut dia g kerja, nak rasa sendiri macam mana hidup. huhu.
Kalau nak cerita pasal pengorbanan masa ni, memang tak tercerita, susah susah susah senang cari sesuap nasi untuk anak dan isteri. perghhh. Lainlah kalau kerja pejabat, balik office hour and gaji tetap. Bapak aku kerja sendiri dan gaji tidak menentu.
Ayah:bla..bla..yadaa..yadaa..Semuanya nak suruh ayah yang buatkan.. bla..bla..yadaa..
NN: huhu Yelahhh. Nanti orang buat ler.
Tapi alhamdulillah lah, masih boleh makan lagi. Walaupun kadang-kadang .. Tapi syukur Allah izinkan hidup lagi. Aku rasa ayah cari duit lebih sebab nak uruskan aku masuk kolej nanti. Aku harap dapat buat pendapatan sampingan melalui blogging ni, nnt takde lah nak mintak kat ayah je walaupun aku jarang minta.
Selamat Hari Bapa
semoga panjang umur, murah rezeki dan hidup diberkati :)
There’s a fire starting in my heart,
Reaching a fever pitch and it’s bring me out the dark,
Finally, I can see you crystal clear,
Go ahead and sell me out and I’ll lay your sheet bare,
See how I’ll leave with every piece of you,
Don’t underestimate the things that I will do,
There’s a fire starting in my heart,
Reaching a fever pitch and it’s bring me out the dark,
The scars of your love remind me of us,
They keep me thinking that we almost had it all,
The scars of your love, they leave me breathless,
I can’t help feeling,
We could have had it all,
(You’re gonna wish you never had met me),
Rolling in the deep,
(Tears are gonna fall, rolling in the deep),
You had my heart inside of your hands,
(You’re gonna wish you never had met me),
And you played it to the beat,
(Tears are gonna fall, rolling in the deep),
Baby, I have no story to be told,
But I’ve heard one on you and I’m gonna make your head burn,
Think of me in the depths of your despair,
Make a home down there as mine sure won’t be shared,
The scars of your love remind me of us,
(You’re gonna wish you never had met me),
They keep me thinking that we almost had it all,
(Tears are gonna fall, rolling in the deep),
The scars of your love, they leave me breathless,
(You’re gonna wish you never had met me),
I can’t help feeling,
(Tears are gonna fall, rolling in the deep),
We could have had it all,
(You’re gonna wish you never had met me),
Rolling in the deep,
(Tears are gonna fall, rolling in the deep),
You had my heart inside of your hands,
(You’re gonna wish you never had met me),
And you played it to the beat,
(Tears are gonna fall, rolling in the deep),
Could have had it all,
Rolling in the deep,
You had my heart inside of your hands,
But you played it with a beating,
Throw your soul through every open door,
Count your blessings to find what you look for,
Turn my sorrow into treasured gold,
You’ll pay me back in kind and reap just what you’ve sown,
(You’re gonna wish you never had met me),
We could have had it all,
(Tears are gonna fall, rolling in the deep),
We could have had it all,
(You’re gonna wish you never had met me),
It all, it all, it all,
(Tears are gonna fall, rolling in the deep),
We could have had it all,
(You’re gonna wish you never had met me),
Rolling in the deep,
(Tears are gonna fall, rolling in the deep),
You had my heart inside of your hands,
(You’re gonna wish you never had met me),
And you played it to the beat,
(Tears are gonna fall, rolling in the deep),
Could have had it all,
(You’re gonna wish you never had met me),
Rolling in the deep,
(Tears are gonna fall, rolling in the deep),
You had my heart inside of your hands,
But you played it,
You played it,
You played it,
You played it to the beat.
Semalam breakfirst aku g makan at satu restoren area Cheras ni, time tu dah pkul 12, jadah apa breakfirst kan?! Dh nk lunch time uhh. HAHA. kekdahnya bagun lambat. Kau boleh bgun lewat? :D Time tu lauk semua dh nak abis. Bagus punn. Padan muka.. Tapi kaut je lauk apa yg ada kat situ. lepastu aku cari port nk melantak nasi. Lapaa ko perut ni. Aku duduk sebelah meja dgn satu kapel ni. Boyfriend dia hensem ko. Mcm Kamal Adli. So feeling dok sebelah artis. HAHA. So lepas baca doa makan, aku pun membedal lah nasi tu. Baru laa dua tiga suap, aku ada bau mcm sial. Ya Allah, busuk gila kot. Mcm tapai gaul dgn ikan pekasam. kau tau2 lah kalau dua benda tu dh bersatu. Bau dia mcm mana kan?! Aku tgk couple sebelah meja ni dok sembang sakan, tepok tampar. Baru aku perasan, awek dia biasa2 je. HAHA. Tempat yg aku makan uh pakai ekon, so sah2 la tkde tingkap. Pulakk dah bau semakin kuat. Hazabbb lahh aku nak makan. Then, tbe2 mamat ni terangkat tangan dia. Rupanya bau badan dia. Oh Tuhann bau diaa, azab! Aku tgk awek dia selamber badak je berkepit gan jantan uh. Sedeyy kot. Mcm pompuan desprado. Sanggup belaki busuk, janji hensem. mcm tu?! HAHA. faill lah kau. Kot idung pompuan tu kalis bau kot. Bila bau busuk je, tbe2 menjadi Burberry. HAA. kelassss, bau nak mahal je. -,- Aku rasa bau badan mamat ni boleh buat org mati. Asal laa pompuan ni. Duhhh -,- Aku ingatkan aku sorg je yg bau kann, aku tgk org lain dh dokk kepit2 idung. Maknanya bau dia tersebar jauh. Aku yg duduk dekat ni dah tk tahan, terus g basoh tangan. Ada sorang makcik ni tego aku,"Dik, kau duduk sebelah dorg ke tadi?! bau mcm sial tk?" pastu aku ckp la"makcik tktau ke sy hampir nak termeninggal jap td, azab gila duduk sebelah dia...?!" Pulakkk makcik tu g mengilai gelak tak agak2. HAHA Siot doe makcik ni. Aku rasa lahh kan, mamat ni boleh dijadikan perisai nk perangi Israel lahh. Pleaselahh, sape2 yg leh bawak dia g Israel tu, suruh dia kepak kan tangan dia mcm burung, pasti bau badan dia merebak. Mampus kau israel. HAHA. Aku malas dh nak buat pape, terus g bayar..
Disaat hati membuak-buak nak ping entry terbaru kat gengblogger. Tiba-tiba tengok page ni tak boleh dilayari. Sebabnya dah kena hacked by someone yang dikenali sebagai Adam Oscar Dimarco. Sejak-sejak ni kan kes godam website semakin berleluasa. Kebanyakkan laman web rasmi Kerajaan Malaysia di-hacked oleh kumpulan dikenali sebagai anonymous.
Tapi untuk website gengblogger ni, dia dah bagi tahu sesiap dah. Bukan geng anonymous yang buat. Hmm siap ada background music pulak tu. Yang tak boleh blahnya, background music ni sangat best. Macam dalam action movie. :3
Dia siap bagi amaran ringkas kat situ, "dont focus on popular blogger only. promote them too :) listblog" <---Kalau yang ni aku nak sokong hujah dia boleh tak? hmm
Malam tadi aku rasa kebanyakkan rakyat Malaysia berjaga tengah malam semata-mata untuk melihat fenomena Gerhana Bulan yang ada pada kekerapan 11 tahun sekali. Sumpah aku rasa teruja dah eksaited nak tengok. And alhamdulillah dapat juga tengok kebesaran dan keajaiban ciptaan Allah S.W.T.
Bagi yang tak sempat tengok malam tadi, boleh usha gambar. Tapi mcm tak best ah, sebab tak dapat tengok real. Gambar ni diambil daripada blog Andyhowtt.