Wednesday, November 17, 2010

Keajaiban Islam di mata dunia :)

Salam Aidiladha untuk semua muslimin dan muslimat :)
kelass kau kann, bila raya je. tbe2 bahasa kau jadi mulia ya ampunn. HAHA

Harini i nak cerita sal keajaiban Islam di mata dunia. Harinikan hari raya, dan musim haji. So aku nk cerita tentang manusia yg berjuta juta juta org kat Mekah yg menunaikan haji tu :)
Bukan nk cerita pasal org pegi haji ke apa. Ermm mcm ni lahh, kau bace jelahh entry ni. HAHA. Jenoh nk explain.

Sebelum :)

Selepas :)


Nampak tk, ramai sgt orangg kan kt Kaabah. Cuba bayangkan kalau kau pakai cincin chopard yg mahal yaa ampun tu, hilang dlm lautan manusia. Memang tkde harapan nk jumpe dh.. Sedeyy. Pegi mekah buat ibadah. Tolak tepi jap hal duniawi.

Okayy, kita proceed. Aku blogwalking kat blog BFF aku td. So aku nk kongsikan dgn korang satu cerita. 

Dari channel online Islamik, MAJD telah berlangsungnya suatu program yang bertajuk One Famili, diketuai speakernya, Dr. Yahya Alyahya (Ketua CALL to Islam Committee, Amerika Syarikat). Beliau menceritakan kisah berkenaan seorang bukan Islam Amerika yang sedang berbincang dengannya mengenai Islam. Ketika mereka menonton tv secara live, broadcast dari Kaabah, orang amerika tersebut menyatakan betapa kagumnya dia melihat sebegitu ramai berjuta-juta orang bersesak-sesak berada di dalam Masjidil Haram.

Dr Yahya bertanyakan kepada orang amerika tersebut, Pada pandangan anda, berapa lamakah anda fikir mereka akan turun untuk menyusun dalam baris dan mula solat?”

Sekurang-kurangnya 2-3 jam?, orang amerika itu menekanya.

Dr Yahya menyambung, tapi masjid itu (Masjidil Haram) keseluruhannya mempunyai 4 tingkat
Orang amerika pantas menjawab, Oh, ini sudah tentu akan memakan masa 12 jam untuk menyusunnya!”

Dr Yahya sekali lagi menambah,Anda mesti ingat bahawa mereka berasal dari negara-negara di seluruh dunia dengan bahasa yang berbeza”

Orang Amerika semakin bingung dan terus berkata "Ini sangat mustahil untuk mereka menyusun barisan dengan apa cara sekalipun!”


Tatkala mereka rancak berbincang, tiba-tiba imam di tv berkata "estawoo" (tetapkan dirimu). Dan dalam beberapa saat, seluruh pemandangan berubah dan kerumunan berjuta-juta umat Islam menetapkan diri sendiri dalam baris dengan teratur dengan baik dalam masa beberapa saat sahaja untuk menunaikan solat isyak!


Orang Amerika menatap kaca TV untuk beberapa saat dan kemudian terus berkata, “ash-hadu allah ilaha illa allah wa ash-hadu anna mohammadan rasulullah (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang patut disembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah)”

Itulah keajaiban Islam di mata dunia. Betapa teraturnya agama Allah, betapa disiplinnya manusia beribadah, betapa mulianya Mekah disisi Allah. Allahu Akbarr. Allahu Akram.

Sama2 doakan jemaah2 Haji disana selamat dan sejahtera. :)

No comments: