Monday, November 1, 2010

permohonan maaf secara terbuka sebelum berangkat.


Sebelum sy berlepas ke medan perperangan bertulis (SPM) pada 23 november 2010 hingga 13 december 2010 ni, sy ingin memohon sejuta kemaafan kepada kalian semua yg terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dlm diri Muhd Nazim ini.

Andai kata selama perkenalan kita ada tersilap bicara, tersalah tutur kata, tersalah nama masa mengumpat mahupun tersalah fakta ketika berucap, sepuluh jari ditangan dan jari kaki sy susun memohon kemaafan daripada kalian semua. Sy tahu, dosa yg sy lakukan TIDAK semeriah pasir di pantai mahupun sehampar air di lautan dan tidak sekali seluas langit biru Tuhan ataupun seramai friendlist kalian di fesbuk. Tapi apa salahnya kita bermaaf maafan. lusa dah Deepavali. Tkkan benda kecik pun nk bergaduh rite? :)

KEPADA kawan2 sekolah. Aku nk mintak maaf bebanyak kat korang semua. Aku tahu aku tak byk buat salah kat korang. tapi maafkan je lah ye even tak byk salah pun. Iklas Lillahitaala ni. Sbb aku tk nk lah kita gado2 ni. Kang jadi hijab sepanjang hidup nnti. jenuh aku nk cari kau semula and mintak maaf. Kalau jumpa tkpe jugak. Ni dibuatnya kau pergi juaaa. Memang tk dapek lahh nk mintak maaf. :)

KEPADA guru2 SMK Seri Mutiara. Sy Muhd Nazim bin Nasri dari kelas 5sc3 nak mintak maaf byk2 kat semua cikgu dari hujung ke hujung. Halalkan setiap satu patah huruf dan perkataan, ilmu, jelingan dan pandangan cikgu terhadap sy. Sy mengaku, sy ada terkutuk cikgu masa dlu2. huhu. jujur ni. Ye lahh, kalau dah cikgu pakai skirt kain belah , nak kata apa kan. Mesti lah terpancul keluar kata2 yg tk elok kan. huhuhu. Seriously cikgu. sy mintak ampun sgt2 kat cikgu2 semua. Terima kasih byk2 sbb byk ajar sy sepanjang perjalan ini. Sebelum sy menoktahkan perjalanan motosikal sy untuk kesekolah nanti. Sy nk mintak cikgu2 doakan kejayaan sy kelak.Sy nk berkat daripada cikgu2. MAAFAKN YERKK. Kalau dah maafkan, nagitau sy esok lusa. :D

KEPADA si pemilik hati yg pernah mengisi kekosongan di dalam hati aku ni (aku harap kau faham apa yg aku nk sampaikan dlm ayat tu). Berjuta ampun dan kemaafan dipinta olehku. Semoga kau bahagia selalu. Jangan noty noty -,-
Harap kita boleh keep in touch selalu, eventhou' u all memang agak sombong ckit dgn i. HUHU. So i tk amik port sgt pasal sombong2 ni. Janji u happy segala. Okayy!!
Memory silam tu kalau u rasa terganggu boleh la u remove kan. I tknk u all terkenang2 pastu ngumpat sal i. No no no no. I tak suka okay. Ingattt :)

KEPADA semuaaa muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah. Semoga kalian di bawah lidunganNya. Konklusinya, kepada semua yg mengenali diri ini. Sy memohon kemaafan. Doakan kejaayan sy di dunia dan akhirat. Insya-Allah. *ikhlas ni.

Yang paling penting, HALAL kan apa yg pernah anda berikan kepada sy. Sy tk mahu perkara sebesar zarah menjadi hijab dlm hidup kita semua. Sy mahukan berkat daripada kalian semua.

 Ya Allah. Ya Rahhman. Ya Rahim
Semoga kejayaan menjadi milik setiap umat Islam.

P/S:Kalau nk dedicate post ni untuk parents i, sah sah dorang tk baca. So i cakap pakai mulut jelah. huhu.

8 comments:

raa said...

goodluck ;)

Nazim Nasri said...

thx. hehehe

Anonymous said...

babe . goodluck <3

Nazim Nasri said...

thx Anonymous. heheh ;)

Syarafina Zaini said...

gud luck.. buat leklok.. =)

Aliff Haikal said...

goodluck to kau and me ! HAHA:D

balqis said...

All the best... spm skali je dalam hidup. Lainla kalau nak ulang. Korang buatla btol2 supaya x menyesal macam aku ni, k... Minimum kene target 8A. Bawah 8, memang susah... Yg penting, ingat Allah selalu... Tc

Nazim Nasri said...

ok cik balqis :D
thx