Sunday, July 3, 2011

Abang Ajai balas surat Adik Unik.

Hai adik Unik.

Berhubung dengan Surat Adik Unik Untuk Abang Ajai. Abang sihat je di sini. Abang ada menerima dan sudah membaca surat yang adik Unik utuskan kat Abang Ajai tempoh hari. Sekarang Abang Ajai membalas surat adik Unik. Wah banyak betul kebolehan adik Unik ni. Betul-betul unik lah. Tapi persoalan sekarang ni, bila masa adik Unik pernah tengok Abang bogel?

Ohh Adik Unik peminat tegar Justin Bieber yer. Masalah kulit tak perlu dipertikaikan. Sedangkan bekas duet partner abang dulu pun berkulit hitam manis macam Nurul. Maka tak ada masalah tentang itu. Kebanyakkan orang yang kononnya boleh menyanyi selalu membuat persamaan dengan Anuar Zain. Tak mengapa, harap angan Adik Unik menjadi kenyataan.

Berkenaan dengan official music video yang Adik Unik lakonkan tersbut telah Abang Ajai tonton dari minit pertama sampai minit terakhir. Tiada masalah juga daripada segi pengalihan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu sebab Maher Zain pun lakukan perkara yang serupa. Tapi beliau mempunyai pakar bahasa yang betul-betul boleh buat market ke luar negara tanpa merosakkan lagu asal.

Maaf lah, Abang Ajai tiada komen untuk rapper jalanan tersebut. Sebab Abang Ajai pun susah nak shebut huruf ESH (S). luls. Akhir kata, insyaAllah bakat yang adik Unik ada tu boleh di hebahkan ke dalam youtub tanpan menjadi artis rakaman dibawah naungan syarikat bangunkan bayi itu. Sekian.



P/S: Babe. This MV is cool ever! Good job Unik. luls.

1 comment:

ketawariang said...

comelnye budak ni...