Saturday, July 30, 2011

Al-Fatihah Mohd Ashraf | Aleesha Farhana





KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam.

Allahyarham dilaporkan mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya menukar nama ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Allahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah. 

Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. 

Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lalu dan menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai. 

Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita. - BERNAMA


P/s: Kepada Allah dia datang, kepada Allah dia kembali.

2 comments:

Syifaa Domo said...

al fatihah

asyraaf munshi said...

hmm...mesti dia pressure giler...huuhuh
smpai murung...huuhuh