Thursday, April 7, 2011

Memaafkan seseorang sebelum tidur!



Sekadar renungan bersama, adalah baik bagi seseorang memaafkan seseorang sebelum kita tidur. Kerana dari situ kita akan merasa kelapangan dada dan akan berasa tenang. Jika terus memendam perasaan tu, itu amat menyakitkan.Kita yang tidak bersalah belum tentu mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain yang telah dilakukan kepada kita. -usrahonline.com

Hairan pada sahabat kerana Rasulullah menyebut namanya sebagai ahli syurga sebanyak 3 kali dihadapan mereka. Maka para sahabat mula menyiasat dan bertanya kepada sahabat tersebut :
“Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur”
So apa kata start malam ni, kita memaafkan semua orang supaya hati kita jadi bersih, tenang dan gembira. Esoknya, kita mesti ceria. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Opera Hidup.

No comments: