Thursday, April 7, 2011

Zikrullah Pengubat Hati!



Pengertian Zikir: Zikir bermaksud mengingati Allah dengan lidah, hati dan perbuatan membaca tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan sebagainya.

Antara kalimah zikir: 
  • Subhanallah
  • Alhamdulillah
  • La illa haillallah 
  • Allahu Akbar
Zikir hendaklah diamalkan oelh setiap orang Islam dalam semua keadaan supaya tidak lalai daripada mengingati Allah.  

Adab berzikir:
  • Menyebut lafaz zikir dengan betul
  • Memahami makna setiap lafaz zikir.
  • Berzikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah.
  • Memperbanyakkan zikir dalam keadaan susah
  • Tidak berzikir semasa qada' hajat (kencing+berak)
Sebab perlu beradab ketika berzikir
  • Tak menganggu ketenteraman orang lain.
  • Lebih berdisiplin ketika beribadat.
  • Selaras dengan tuntutan sunnah.
  • Zikir lebih diterima dan termakbul.
  • Dapat mencapai kesempurnaan dalam ibadat.
Kerugian orang yang tidak berzikir.
  • Mudah terpedaya dengan godaan syaitan.
  • Senang terdorong melakukan perkara maksiat dan kejahatan.
  • Jiwa sentiasa dalam keadaan resah dan gelisah.
  • Tidak dikasihi oleh Allah dan tergolong dalam golongan orang yang rugi.
  • Tidak mendapat petunjuk dari Allah.
  • Hati semakin jauh dan lalai daripada mengingati Allah.

1 comment:

Noor Fatin Amirah Abd Rahman said...

@Nazim ,

Lagi satu nak tambah dekat Adab tuu,merendahkan suara :)