Friday, April 29, 2011

Merengek di malam jumaat!

Haaa semalam masa tengah malam aku dok merengek lapar kat twitter. hiks. Sumpah lapar. Pedih perut woo, makanan takde kat dapur, pegi kedai depan, kedai dah tutup, pegi stall burger pun, abg tu dah nak tutup.

Last2 aku merengek kat twitter sebab lapar sangat. hehe. Haa ada la ugak yang melayan perangai so high aku ni malam tadi. Haa caring jugak yer. muahaha. Tak makan macam nak mati. T___T


Haaa macam-macam lah aku dok merepek-repek dalam timeline sampai kena limit. hehehehe. hebak hebak. Last-last kak Wanee tweet, she asked me ada tak butter lah, roti lah, biskut, telur, kicap, mayonis. HAHA. Aku cakap semua tu takde dalam simpanan, yang ada kentang jer. Bila gua sebut jer kentang, dia terus bagitahu:


Aku ape lagi, terus mencicit lari kedapur buat kentang goreng. hehe. Ada lah dalam 3 bijik, tapi aku amik dua jer. Haa, nampak je besar kentang tu, bila dah goreng, halusssss jer T___T

Haa malam tadi kan malam jumaat. hiks. So aku sorang jer yang berjaga. Memasak sorang-sorang kat dapur amat menyeramkan. haa. Nasib baik hujan, takde lah sunyi sangat langit malam. Bertemankan Bruno Mars, aku pasang lagu sambil memasak. heaven.

Macam-macam lah aku dok fikir pasal malam jumaat ni. Sebab aku baca cerita sal hantu kat blog RedMummy, so macam terkenang je malam tadi. hiksss. Mana taknya, aku duduk apartment tingkat satu, tingkap dapur jenis open. Maunya dia melayang-layang usha aku, tak rasa cam nak termeninggal tengok benda tu? nyehh.

dapur bersepahnya T___T 

haaa, kentang ni dah macam mangga. Dua bijik je

disebabkan nampak sikit, aku potong lagi kecik. hiksss

haa goreng, cam goreng kerepek je.

haaa dah siap. angkat angkat. tabur garam sket

haaa nafsu tak nak makan? sedap kot.

Haaa, aku bawak masuk dalam bilik. Dua tiga ngap makan, pastu habis. Sedih kot sebab kentang dia kecil dan kecut. haha. AKu dengan tak sabar-sabar aku terus tweet kak Wanee yang aku dah siap masak kentang ni. hehe. Lepastu kan, aku kena limit, takleh nak merepek. haaa terus ku tutup twitter. Tapi sebelum tu sempat lagi lah memuji kebesaran ilahai ;)


Lepas makan, apa lagi, banzai lah tidur. Bukan berat sangat pun makan. Macam makan snack je. hehehe. Heaven lah sangat kan. Okay, byee koranggg ;p


5 comments:

Makbed said...

jadilaa makan cemtu. mat saleh style.

Nazim Nasri said...

@Makbed

kak, bukan mat salleh. kentang ni zaman tok nek kak. org malaysia dulu2 makan jugak. haaa ;)

Nurshafiraamin said...

wahh...nampak sedap :)
errr...ejaan Illahi tue salah laa...hee~

MISS IMAKASIHDANI said...

i suke wat kentang goreng..wat tebal2 la best pastu byk2, 2bjik xckup lorh ;D

Anonymous said...

woit,pic yg pertama tuh.kat tepi kepala kau tu apa weh??kau sidai apa?/tak jelas lahh.-,-.LALALA.:P