Tuesday, May 31, 2011

Awesome: The Invigilator : Filem Pendek Manesh Nesaratnam | Zahiril Adzim, Cheryl Samad, Tony Yusof

Lakonan Cheryl Samad dan Tony Yusof.


Aku setuju dengan cikgu lelaki ni, apeke nama dia tah. Masa dalam scene dalam tandas. Dia kata sekolah hanya mementingkan gred dan preatasi pembelajaran je . Betul lah tu, sama cam skolah aku. Disiplin dengan prestasi pelajaran tak setaraf. Sangat berbeza.

Tapi kann, sesape boleh explain kan kat aku part ending tu? Kenapa cikgu lelaki tu bagi upah kat student dia.?  

P/S: Aku teringin nak try benda alah ni kalau ada duit lebih

Monday, May 30, 2011

Juara Mentor 5: Salma




TAHNIAH! Kepada Erra Fazira dan Salma di atas kemenangan Mentor 5 malam tadi.
 Juara memenangi RM100,000 ;)

Single pertama Salma yang bertajuk Aku Permata

Sunday, May 29, 2011

Nak Bunuh Kawan, Laporan Polis Hack FB!

Tadi sesaja lah aku check account Nuffnang, nk tengok dapat BE ke tak. haha. tak dapat pong. Pastu aku check keyword untuk harini lah. Ekceli hari-hari ada keyword yang pelik2 masuk dalam nuffnang. Tapi harini cam menarik SIKIT. Sikit jelah.



Tengok keyword yang last sekali tu. Kau nak berbunuh dengan kawan ke? Aku ada buat tutorial cara-cara membunuh ke sampai lu orang cari dalam blog aku?

P/S: Tajuk tu takleh gempak lagi ke? 

Saturday, May 28, 2011

Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah! Tetapi tidak diizinkan Datuk K jika...


KUALA LUMPUR, 26 Mei: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersetuju untuk menyertai Askar Wataniah dalam satu platun yang akan turut disertai beberapa selebriti terkenal tanah air dalam masa terdekat.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Siti Nurhaliza telah mendapat persetujuan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa untuk menjalani latihan bagi tempoh 39 jam.


Beliau menjangkakan platun yang disertai Siti Nurhaliza akan mula menjalani latihan sebelum Ramadan ini.


"Selebriti ini akan menjadi ikon untuk menarik lebih ramai orang menyertai Askar Wataniah dan memberi motivasi kepada tentera kita yang berkhidmat di luar dan sempadan negara," katanya di sini hari ini.


Ahmad Zahid memberitahu, selain Siti Nurhaliza, penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor turut berminat untuk menyertai platun selebriti itu.


Katanya, beliau juga akan cuba mengajak beberapa artis termasuk pelakon lelaki di bawah umur 35 tahun untuk menyertai Askar Wataniah. -utusan


Petikan berita daripada Andyhowtt
Baru semalam kami postkan entri tentang Dato Siti ingin menyertai Askar Wataniah, dan Datuk K pun tidak menghalang isterinya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai latihan sebagai Askar Wataniah melainkan sekiranya wanita itu mengandung.
Datok K dikatakan tidak menghalang Dato Siti menyertai askar wataniah kerana syarat-syarat untuk menyertai Askar Wataniah tidak ketat dan Dato Siti tidak perlu masuk hutan dan menghabiskan masa untuk latihan selama berbulan-bulan seperti askar biasa.Sebaliknya dia hanya perlu menjalani latihan pada hujung minggu atau pada waktu lapang dan boleh berulang-alik dari rumah.
Dalam masa yang sama jikalau Dato Siti mengandung, mungkin saya tidak membenarkan dia menyertai pasukan itu. Setakat ini dia belum hamil lagi, kata Datuk K. Jelasnya, dengan penyertaan Siti dalam pasukan itu sekurang-kurangnya mampu memberi galakan kepada orang lain untuk menyertai pasukan berkenaan.
Malah beliau juga akan menggalakkan anak-anak lelakinya mengikuti jejak serupa dan Datuk K akan memberikan sokongan moral kepada dia memandangkan dia agak meminati bidang tersebut.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penyertaan Siti dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010, Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan, Khamis.
P/S: Pasni Siti dapat title apa eh? SARJAN DATO' SITI NURHALIZA TARUDDIN? haha ;)

Friday, May 27, 2011

Budak nakal!

 
 
 

Rambut aku dah kena potong untuk snap gambar pasport. Tak oshemm dah. Semua pic atas ni pic petang semalam. Before doing hair cut. Aku selalu macam ni tau, bila nak potong rambut je kan, dan dan rambut tiba-tiba nampak lawa dan comel -,-

Sepatutnya kelmarin potong rambut, tapi aku tak bersedia lagi. haha Time tu juga lah dok conference dgn kawan-kawan pilih hair style mana yang oshemmmm. Fahmi bagi aku website ni untuk usha hair style yang oshemm.


 

Aku berkenan dengan hairstyle yang atas ni. Nampak cam simple. Takyah penih2 nak setting bentuk bunga ke, layang-layang ke, ekor kuda ke kan. Just spike atau trojan-kan je rambut tu. Aku pernah buat sekali dulu. Nampak nice gak ah.. hihihi. 

Tapi itu semua dulu lah. Petang tadi aku p potong kat mamak. Arghhh elok sikit dari Beckham. LOL. Ntah lah, aku dah tunjuk kat mamat tu nak style cam mamat atas neh. Kemain lama dia hayati pic atas ni, nasib baik tak inzal. Dia sodok rambut belakang aku macam sodok rumput. Pastu pakai gunting layer sampai rambut aku nipis. Haaa nasib baik tak macam abang-abang askar. Tapi bila usha lagi sekali kan. hahah Macam Awal Ashaari pun ada gak. Kbai ;p

P/S: Tak ready nak reveal rambut baru hihihihi xD

Wednesday, May 25, 2011

saya tak mengemis, sebab saya malu.

Harini aku luangkan masa sikit untuk menonton televisyen. Aku dah lupa harini hari apa. So tadi aku tengok drama Warkah Dari Penjara kat TV9, best cerita ni sebab Ellie Suryati dan Fauziah Nawi yang berlakon. Korang pun tahu kan kalau depan dua ni berlakon, memang hebat. Mengundang butir mutiara T___T

Lepas tu jari aku dok gatal tukar TV3, tertengok rancangan Bersamamu. Mula-mula aku tak tahu pun rancangan Bersamamu, sebab pakcik ni dok kait sarang burung banyak-banyak. Hati aku dok ngomel, "apa lah orang tua ni dok kait sarang burung, ganggu sarang tu pasai pa". Lepastu tengok pakcik tu dok bonceng dua anak lelaki dia naik motor p jual sarang burung kat bandar.


sources: google image


Aku rasa budak tu baru darjah 3 kot, usung sarang burung dan jual. Lepas dah lama-lama sket baru aku notis yang ni Bersamamu. Haaa terus aku rasa cam sebak bila penduduk setempat dok bercerita pasal keluarga daif ni.


"Selalu budak-budak ni jual sarang burung kat bandar sana. Kadang tu balik malam.. yada yada yada yada..."

Wartawan tu tanya kat adik tu, tapi aku ingat jawapan adik tu jelah, soalan haram aku nak ingat:
"..selalu jual kat bandar, balik kadang-kadang lambat, kadang awal. Paling awal pun pkul lapan malam. Kalau ada tusyen, saya tak jual."


Lepastu pakcik tu p gantung baju kat satu penjuru ni, kata pakcik tu:
"..pakcik kalau rindu arwah isteri pakcik, pakcik gantung baju yang dia suka pakai. kadang tu pakcik gantung baju yang kali terakhir dia basuh." -sambil sangkutkan anak tudung kat hanger.

"..pakcik saje fotostat warna IC arwah isteri pakcik, kalau rindu pakcik tengok lah gambar tu. Dan kalau masa anak-anak pakcik rindu kat ibu depa, depa mintak pakcik IC tu, sebab pakcik takde gambar lain dah.."

Sambil duduk dikelilingi dua anak lelaki, pakcik tu cakap
"..pakcik pentingkan pelajaran untuk anak-anak pakcik. pelajaran tu penting. pakcik kalau tak mampu nak belikan baju sekolah untuk anak2 pakcik, pakcik jujur cakap pakcik tak mampu.. "

"..kadang tu pakcik ketuk rumah orang, mintak izin nak ambil tin kat tong sampah depan rumah depan. kata depa boleh ambil tapi kotor. Takpaa, pakcik tak kisah kotor. Janji dapat. Pakcik tak mahu mengemis, pakcik ada perasaan malu.."


Sedih aku tengok orang lain susah, kadang-kadang tu terfikir. Sebenarnya kalau kita susah sedikit jangan merungut. Sebab ada orang lain lagi susah daripada kita. Pakcik ni hidup menumpang atas tanah jiran, bil air, api semua jiran yang bayarkan. Alhamdulillah lah sebab ada tempat berteduh. Tapi pakcik tak merungut pun.

Jujur lah aku cakap, aku kalau betul ada rezeki lebih sikit, memang aku akan bantu orang yang memerlukan. Rasullullah pernah bersabda: "Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan . Aku taknak nanti terbit rasa bersalah sebab tak dapat nak bantu orang lain.

Ingatlah semua wahai sahabat, sebenarnya HARTA itu bukan milik kita. Harta itu adalah milik Allah. Milik kita adalah rezeki. Allah memberi rezeki kepada kita.

#1 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday means On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Malaysian Police Fashion!

Photobucket


Hello semorang. Harini untuk kali pertamanya dalam blog aku nk cerita pasal fesyen. haha. So sesaja nak jadi police fashion jap. So saya harap Sandra Azwan tak marah saya sebab saya update pasal ni. haha Dia kan fashion designer yang sedang meningkat naik. hihihi ;)


1#

2#

3#

4#

5#

6#

7#

8#

Hep hep. Semuanya oshem and so nice. Tapi kan, apa pendapat korang tentang fesyen no 1,6 dan 8. Antara 3 ni kan, aku rasa aku pilih no 1. Sebab dia daring pakai macam tu, heels, baju melayu and legging. Tak kisah lah dia lelaki ke perempuan, tapi dia berani and berpegang teguh kepada iaitu MOJ (mak ok jer) dan AAK (Ada aku kesah?). 

Apa kata korang pulak kalau yang ini? hahaha Gelak la pepuas k? MEOWWWWW :P



Tuesday, May 24, 2011

Report Blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara! Blog menghina agama Islam secara terang-terangan.

Actually semua-semua cerita yang aku update kat blog ni, sumber dia daripada twitter. Kita kena lah pandai guna twitter tu elok-elok. Kalau ada link pasal news tu, click lah. Baca. Jangan malas. Tolong update sikit minda tu huhuhu.

Semalam, Ikhwan ada tweet satu link kat timeline, aku kalau link2 yang unknown and suddenly ada dalam timeline, aku hati-hati sikit bukak. Sebabnya, dah selalu kena dapat link yang hantu bising tu. Kau tak rasa macam nk termeninggal sebab terkejut?

So semalam aku cuba buka link ni. So bila aku bukak, mengucap panjang lah kan. Sebab blog tu hina agama Islam. Owner dia samada Islam Murtad ataupun Kafir Laknat. Sebab dia pakai bahasa Melayu yang totally kalau baca memang korang dah tahu. Siapa tahu kan? Allah je tahu.


Aku tak sanggup nak baca semuanya. And aku takut nak sebut perkataan-perkataan yang ada dalam tu. Murtad terjadi dengan tiga perkara iaitu melalui hati, perkataan dan perbuatan. Setiap entry old lady ni, dia hina Allah, hina Nabi Muhammad. Gambar Makkah di-edit teruk. Laungan azan dan ayat Qursi di-remix-kan. Tuduhan terhadap agama Islam. Subhanallah. :(

So for now taknak cakap lebih, lets report this blog sebagai offensive. Step yang digunakan ni aku rujuk kat ARCX13.

STEP 1 : Masuk http://en.wordpress.com/abuse/ 
STEP 2: Isikan butiran. Make sure URL tu bagi permalink bukan URL blog. Permalink ialah link untuk specific entry. Biasanya diakhiri dengan .html
 
STEP 3: Klik Submit 
STEP 4: Berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan jalan yang benar dekat mak cik tu. Kalaulah makcik atheis sekalipun janganlah hina agama kami macam ni.

Sharelah pada kawan kalau nak dan jangan mencarut masa share ataupun mencarut di blog ni.. Ive done my part. Korang boleh report dengan klik link pada langkah pertama di atas tu dan kemudian share dekat twitter atau Facebook kalau nak. Aku nak sambung baca journal. Adios. -ARCX13


Islam is the way of life. 


P/S: Ramai orang cakap blog makcik hajjah tu tak dah boleh bukak, tapi kenapa aku still boleh bukak yer?? Aku still boleh baca semua comment and entry blog makcik hajjah tu. Ada siapa2 boleh terangkan?

Fizz Fairuz bercinta dengan Liyana Jasmay?


Semalam i call you tak answer, you kata you keluar pergi shooting...

Erkk suka buat iklan sendiri kan. Hye semorang. Harini kita sok sek sok sek sikit yer. MOJ=Mak Ok Jerrr. hahaha. Semalam korang ada perasan pape dalam twitter? Aku dah nampak, tapi tengok jelah, takde lah nk RT balik. Aku ingatkan depa saja dok manja2 ibaratnya "kami berkawan je, ibarat adik dan abg". Macam tulah retisssss pemes.

Semalam aku nampak 1st tweet Liyana Jasmay, dia kata dia miss kat Fizz Fairuz and call tak dapat. Tengok Fizz Fairuz tak reply. Nasib baik takde scene sentap-menyentap dalam twitter. haha. Korang weh, aku tahu semua cerita-cerita ni, sebab aku duduk rumah layan twitter je. Tengok timeline, bergosip, sembang, tgk org bercinta. haha


Ingat nak pinjam kat Ieyra punya prinscreen. Tapi terjmpa yg MYGOSIP


Semalam memang tak nampak pun si Fizz Fairuz tweet, busy shooting. Biasalah. Retisss. ahaha. Liyana Jasmay ni aku tak tahu lah dia takde keje ke apa ke kan. Perempuan, biasalah, kalau dah rindu/sayang tu. Bila-bila masa pun dia ada masa utk kekasih kan? Walaupun tengah kerja, curik masa sket utk kekasih.


So depa dah cakap nk bagitahu kat public kan, so benar atau tak, tu lain kira. Sat lagi depa cakap ni adalah gimik utk drama/filem terbaru. haha Sapa nak jawab? Mereka dan keluarga mereka jugekkk. Kalau betul lah depan bercinta kan. Doa jelah yg terbaik kan? :)

P/S: Apa cerita tah Fizz Fairuz dengan Almy Nadia?

Monday, May 23, 2011

Siapa yang kena HIV?

Tadi masa kat twitter. Kawan aku dok canang yang kakak dia nak buat HIV test kat dia, sebab kakak dia tu nurse. Siap tweet pic gambar apparatus kit. Tapi alhamdulillah lah result dia Negatif.






Ehh semorang, aku nak update sikit pasal tanda-tanda HIV/AIDS ni. Harap-harap takde lah siapa-siapa yang kena HIV/AIDS ni. Susah nak kahwin nanti :(


Cara terbaik untuk mengetahui apakah sesorang mengidap HIV / AIDS atau tidak adalah dengan melakukan pemeriksaan kesehatan melalui test darah. Ketika pengujian tidak memungkinkan, ada tanda-tanda tertentu yang bisa menunjukkan apakah seseorang mengidap HIV/AIDS atau tidak, atau minimal megetahui gejala-gejalanya. Harus diingat bahwa seseorang yang mengidap HIV biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda selama paling sedikit beberapa bulan sampai beberapa tahun.

Pada orang dewasa, 3 tanda-tanda utama AIDS adalah:
1. Kehilangan 10% dari berat badan lebih dari satu bulan tanpa penyebab.
2. Diare lebih dari satu bulan.
3. Demam yang berlangsung selama lebih dari satu bulan baik konstan atau datang dan pergi
Pada orang dewasa, 5 tanda minor AIDS adalah:
1. Batuk kering yang tidak sembuh-sembuh.
2. Kulit gatal di seluruh tubuh.
3. Herpes zoster 
(click) (mirip cacar air, atau disebabkan virus yang juga mengakibatkan cacar air, virus herpes) yang tidak kunjung sembuh.
4. Candidiasis (click), yang putih, mengangkat ruam pada mulut, lidah, atau tenggorokan.
5. Pembengkakan kelenjar (di leher, ketiak, atau selangkangan) dengan atau tanpa infeksi aktif.

Orang dewasa dapat didiagnosis mengidap AIDS, jika memiliki minimal 2 tanda-tanda utama dan satu tanda minor. Tapi, itu sudah cukup untuk membuat diagnosis AIDS jika seseorang mengidap kanker kulit (disebut Karposi, yang biasanya kemerah-merahan, ungu, atau bintik-bintik hitam pada kulit yang dapat menjadi besar dan menyakitkan) atau kriptokokal meningitis (infeksi pada meliputi otak yang menyebabkan demam, leher kaku, sakit kepala, kebingungan, dan ketidakmampuan untuk bangun).

Pada anak-anak, 3 tanda-tanda utama AIDS adalah:
1. Berat badan, atau pertumbuhan lambat.
2. Diare berat selama 14 hari atau lebih.
3. Demam selama lebih dari satu bulan.
Pada anak-anak, 5 tanda minor AIDS adalah:1. Kulit gatal di seluruh tubuh.
2. Pembengkakan kelenjar (di leher, ketiak, atau selangkangan).
3. Candidiasis 
(click) (bintik-bintik putih) di dalam mulut, lidah, atau tenggorokan.
4. Infeksi pada telinga, tenggorokan, dan infeksi lainnya.
5. Batuk yang tidak sembuh-sembuh.
Tanda kecil lainnya adalah jika sang ibu telah dinyatakan positif HIV / AIDS atau memiliki tanda-tanda AIDS. Bagi seorang anak untuk dapat didiagnosis dengan AIDS, maka harus ada 2 besar dan 2 kecil tanda-tanda yang tercantum di atas.


P/S: Korang takut tak bila kena buat medical check up? nak-nak ujian air kencing dan HIV test.

Sunday, May 22, 2011

Al-Fatihah untuk semua mangsa tanah runtuh di rumah Al-Taqwa. | Sharizat: Rumah Al-Taqwa tak berdaftar


Lewat malam semalam aku pulang ke rumah terus menghadap twitter, segala urusan penting yang patut aku buat time tu, aku tolak tepi kejap. Check timeline kot-kot ada news. Yes, memang ada. Bukan berita gembira, tetapi berita sedih. Aku macam terpinga-pinga. Betul ke berita ni. Lepas tu tengok makin ramai yang tweet dan retweet pasal kecelakaan yang menimpa rumah Al-Taqwa, Hulu Langat.

Sedih sangat bila baca berita macam ni. Dengar saja nama ANAK YATIM kita sudah sedih, inikan pula mereka yang menimpa bencana sebegitu rupa. Subhanallah sebak rasa hati didada.









Ya Allah Ya Tuhanku. Sedih melihat kejadian bencana alam sebigini rupa. Timbunan puluhan manusia di dalam tanah, ada yang terperangkap berjam-jam tetapi alhamdulillah ada yang selamat dan ada yang pulang kepada-Nya. Sebak rasa hati bila terkenangkan mereka semua. Nak bantu daripada segi kewangan, aku tak berkemampuan. Sebagai umat Islam sedekahkanlah Al-Fatihah untuk mereka semua. 

Bagi yang berkemampuan tu, apa salahnya sedekahkan sedikit sumbangan kat mangsa-mangsa ni. Gunakan harta yang Allah pinjamkan tu kejalan yang benar dan diredhai. Ingatlah, hidup kita tak lama. Ajal tu bila-bila masa je boleh sampai. Kita perlu bersedia je. Bersedia dengan amal jariah dan kebaikkan yang kita lakukan. Kita semua tahukan ganjaran pahala bila kita bantu orang lain.

Sebelum solat jenazah siang tadi

Tadi masa aku check new feeds kat facebook, terjumpa satu link ni pasal rumah anak yatim Al-Taqwa tidak berdaftar di mana-mana agensi kerajaan. Aku tak tahu nak cakap apa lah dalam keadaan macam ni. Harap korang faham lah maksud aku. Dengan situasi macam ni, menteri boleh fikir pasal status berdaftar sesuatu premis. 


Baca entry ni: Sharizat Jalil: Rumah Al-Taqwa tak berdaftar
Marilah kita sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah dan doakan kesejahteraan umat Islam. Al-Fatihah.

Saturday, May 21, 2011

Habuk berterbangan dalam panggung masa tengok Nur Kasih The Movie #NKTM


Assalamualaikum semorang :)

Semorang dah tengok Nur Kasih The Movie? Semorang nak tahu tak, banyak tau habuk dalam panggung wayang TGV KLCC, sampai berair mata. Teruklah mereka semorang huhu. Semalam aku tengok pun dah nak full seat, nasib baik ada lagi sikit. Rasa eksaited tu jangan cerita lah. Sangat mengujakan. :3

# Tertarik dengan iklan filem baru, yang ada Shaheizy Sam, Lisa Surihani and Mia Sara Nasuha. 

# Majoriti penonton dalam panggung wayang adalah wanita dan bertudung. Lelaki kurang sket. Tapi kalau tak silap aku, yang duduk kat sebelah aku adalah orang India atau Banggali. Memang lain rupa Melayu dia.

# Masa intro dia aku tak nampak sangat subtitle, sebab masalah kerabunan. huhu. Tapi apa yang aku tengok kat blog semorang yang review pasal NKTM ni adalah pasal boom yang kat landasan keretapi yang totally nampak fake and sangat tak real. 


-teruknya kualiti gambar abg Google neh-

# Masa scene ni aku dah start dah. hehe. ILYAS ni ku anggap sebagai kanak2 yang matang yang boleh faham perasaan bapak dia and kerinduan kat mak dorang yang dah meninggal.

# Kenapa Aidil gagap masa baca Yaasin eh? Aku tak faham kat situ. Pastu aku ingatkan Aidil buta masa dia sembang gan Adam kat sawah.

# Masa ILYAS nak tidur gan Nek Wan dia tu, dia risaukan bapak dia tidur sorang2.


# Masa scene ni anak siapa yer Nur Amina pangku? And masa ni Adam tengah mengajar agama untuk budak2 terbiar.

# Kesian Nur Amina gugur masa Adam mengomel pasal ustaz yang taknak bagi ceramah tu T__T

# Masa Adam masuk hospital, mak dia datang. Dialog dia T_____T sedih gilerrr



# Berdebar saya tengok scene ni bila ada makhluk kain hitam berlegar2 kat belakang tiang tengok Nur berdoa.

# Cinta sejati dorang sangat oshemmm. Saat Nur keguguran, Adam sakit, cincin Nur hilang, Nur cari Adam dalam ribut pasir arghhh banyak lagi.

# Selebihnya tengok sendiri :)

Seriously aku cakap, dan aku memang nak sangat dapat perempuan macam Nur Amina ni (bukan Tiz), korang rasa ada ke perempuan yang betul2 hargai cinta sejati, sehidup semati macam Nur Amina ni?

Konklusinya ada banyak persoalan dan tanda tanya dalam cerita ni . So kena bukak sikit kepalaotak untuk faham setiap scene. Tapi ada lah aku cam tak faham sangat dalam NKTM ni. Rasa cam nk tengok lagi sekali hihihi :)

Tapi masalah dalam cerita ni, babak sedih dengan gembira tak sync betul2. So kucar-kacir sket. Susunan lagu dalam filem ni adalah terbaik sekali, setiap babak ada latar muzik yang sesuai. 

Theme Song: Nur Kasih by Yasin and Tiz Zaqiyah

Tanpamu: Helena ft. Sabhi Saddhi

Bertemu Cinta: Mila Jirin

P/S: Masa cerita ni start, aku tergelak tengok Tiz Zaqiyah. haha Sebab aku teringat pasal Tiz Zaqiyah berdebat dengan Solihin and Syed. kahkahkah xD

Friday, May 20, 2011

Cik Epal retisss gonjeng.

Semorang kenal kan Cik Epal. Gila ko tak kenal. muahahaha. Biasa retiss blog, sape tak kenal, skang ni retis vlog pulak. Mana taknya, dia dah ada channel sendiri dalam 1Tube tu, haritu dia interview Kak Ogy, akakkkk jugakk. haha.

Ekceli ai dah lama cari pesbuk personal CE neh, susah sangat nak jumpa. Biasa lah, retisss lah katakan. haha. Kalau update entry yg guna pesbuk, habis semua nama dia hide. Memang aku tak kenal siapa dah. haha. Tapi takpe, effort yang penting. Aku tetap jumpa account dia yang ni. Kacang badam je nak cari :)


saje je hide nama Cik Epal. ;p

Semalam kitorang berdiskusi pasal ternak lemak , kan haritu weools weollls ada menang contest black and white CE ni. So saje dok sembang pasal tempat makan.

Heyy semorang, ai tak mandi lagi ni, nak pergi solat jumaat. Lepastu ai nak pergi menonton wayang yang berjudul Nur Kasih. Matlerrr ayat skema. Bye semorang :)

P/S: Terkejut boboy ter-update entry pantas camni. Entry apa ni weolsss. haha Kelajuan menaip diparas membimbangkan. ;p

Thursday, May 19, 2011

Ketagih twitter #tahitwitter #typo.


Hye semorang. Semorang ada twitter tak? Meh follow twitter aku. Yang suka cakap sampah, cakap semsorang, suka spam timeline dengan tweet korang marilah kita memeriahkan industri hiburan melalui tulisan #LOL

Dulu aku takde lah suka sangat twitter, malahan tak reti guna pun. Kini segalanya tlah berubah, cintaku hanya memori indah. Eh termenyanyi plak. Sekarang ni kemain kau yer, sanggup tak tidur mlam semata-mata nk tweet. Kalau dulu zaman-zaman MiRC, Kampung Chat kan, skang ni Twitterjaya, haha kau ada?

Twitter ni macam-macam kita boleh buat, bersembang, berbincang, sebarkan maklumat, earning duit dll. Twitter jugak ada buruknya, so fikir lah secara vice versa. Kalau kita sebarkan maklumat yang elok, sebaliknya adalah menyebarkan fitnah.

Twitter ni gak boleh jadi terapi korang tahu tak. haha Siapa-siapa yang bosan tu, baca lah status #tahitwitter, konpem korang gelak-gelak. Nak-nak pulak jenis yang allert dengan #typo, sape yang ada #typo dalam tweet dia, mula lah kena bahan ngan kawan2. haha sumpah lawak layan dorang semua.

Kejayaan saya dalam twitter apabila Kilafairy, Imran Ajmain, Aliff Aziz, Zery Zamry follow twitter aku. Heaven. hahahaah Kbai ;p

-click gambar untuk follow-

P/S: Baca entry ni kalau nak tengok Syed dengan Solihin berdebat dengan Tiz Zaqiyah. Serious #LOL