Wednesday, May 25, 2011

saya tak mengemis, sebab saya malu.

Harini aku luangkan masa sikit untuk menonton televisyen. Aku dah lupa harini hari apa. So tadi aku tengok drama Warkah Dari Penjara kat TV9, best cerita ni sebab Ellie Suryati dan Fauziah Nawi yang berlakon. Korang pun tahu kan kalau depan dua ni berlakon, memang hebat. Mengundang butir mutiara T___T

Lepas tu jari aku dok gatal tukar TV3, tertengok rancangan Bersamamu. Mula-mula aku tak tahu pun rancangan Bersamamu, sebab pakcik ni dok kait sarang burung banyak-banyak. Hati aku dok ngomel, "apa lah orang tua ni dok kait sarang burung, ganggu sarang tu pasai pa". Lepastu tengok pakcik tu dok bonceng dua anak lelaki dia naik motor p jual sarang burung kat bandar.


sources: google image


Aku rasa budak tu baru darjah 3 kot, usung sarang burung dan jual. Lepas dah lama-lama sket baru aku notis yang ni Bersamamu. Haaa terus aku rasa cam sebak bila penduduk setempat dok bercerita pasal keluarga daif ni.


"Selalu budak-budak ni jual sarang burung kat bandar sana. Kadang tu balik malam.. yada yada yada yada..."

Wartawan tu tanya kat adik tu, tapi aku ingat jawapan adik tu jelah, soalan haram aku nak ingat:
"..selalu jual kat bandar, balik kadang-kadang lambat, kadang awal. Paling awal pun pkul lapan malam. Kalau ada tusyen, saya tak jual."


Lepastu pakcik tu p gantung baju kat satu penjuru ni, kata pakcik tu:
"..pakcik kalau rindu arwah isteri pakcik, pakcik gantung baju yang dia suka pakai. kadang tu pakcik gantung baju yang kali terakhir dia basuh." -sambil sangkutkan anak tudung kat hanger.

"..pakcik saje fotostat warna IC arwah isteri pakcik, kalau rindu pakcik tengok lah gambar tu. Dan kalau masa anak-anak pakcik rindu kat ibu depa, depa mintak pakcik IC tu, sebab pakcik takde gambar lain dah.."

Sambil duduk dikelilingi dua anak lelaki, pakcik tu cakap
"..pakcik pentingkan pelajaran untuk anak-anak pakcik. pelajaran tu penting. pakcik kalau tak mampu nak belikan baju sekolah untuk anak2 pakcik, pakcik jujur cakap pakcik tak mampu.. "

"..kadang tu pakcik ketuk rumah orang, mintak izin nak ambil tin kat tong sampah depan rumah depan. kata depa boleh ambil tapi kotor. Takpaa, pakcik tak kisah kotor. Janji dapat. Pakcik tak mahu mengemis, pakcik ada perasaan malu.."


Sedih aku tengok orang lain susah, kadang-kadang tu terfikir. Sebenarnya kalau kita susah sedikit jangan merungut. Sebab ada orang lain lagi susah daripada kita. Pakcik ni hidup menumpang atas tanah jiran, bil air, api semua jiran yang bayarkan. Alhamdulillah lah sebab ada tempat berteduh. Tapi pakcik tak merungut pun.

Jujur lah aku cakap, aku kalau betul ada rezeki lebih sikit, memang aku akan bantu orang yang memerlukan. Rasullullah pernah bersabda: "Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan . Aku taknak nanti terbit rasa bersalah sebab tak dapat nak bantu orang lain.

Ingatlah semua wahai sahabat, sebenarnya HARTA itu bukan milik kita. Harta itu adalah milik Allah. Milik kita adalah rezeki. Allah memberi rezeki kepada kita.

1 comment:

BUDAK TINGGI said...

tp kalau kite tgk zmn skunk nie ramai yg x reti nk brsyukur..ad jer yg nk di merungutkn kn??