Sunday, May 15, 2011

Filem Animasi Putih: Erra Fazira, Wan Maimunah, Raja Azura dan M Nasir


Wahh hari ahad dah kan. Kejap je masa berlalu. Entry harini terilham daripada twitter tadi, mula-mula dok cerita pasal Rozita Che Wan kapel dengan Shahir, lepastu tukar topic kepada Wan Maimunah, lengsung aku teringat pasal Wan Maimunah dalam cerita Putih ni. Aku suka nau tengok dia berlakon, konpem merembes. haha.

Korang tahu tak cerita Putih ni? Yang Erra Fazira berlakon tu. Kalau tak silap cerita ni release masa aku darjah 3 ke 4 macam tu lah. Tapi kat youtube dorang upload tahun 2008. Lama sangat dah animasi ni. Sangat best, siap beli CD lagi.


Erra Fazira perwatakkan dia lembut sangat, suara dia comel. Kalau Wan Maimunah, dia ni pelakon paling superb lah, kalau watak antogonis, memang jahat betul-betul, terasa lah sakit hati tu, kalau dapat watak jadi ibu tunggal keape ke kan, cerita2 sedih lah, jangan tipu lah kalau korang tak nangis tengok dia berlakon. Tak kisah lah dapat anugerah ke tak, tapi anugerah bakat dia tu tak ternilai lah. 

Ok ok, bagi korang yang dah lama tak tengok cerita animasi Putih ni atau tak pernah tengok, boleh lah usha jap bawah ni. Aku ada bagi link, dah tadahkan siap-siap utk korang. Layan lah, best sangat layan dialog sempoi Mak Kundur ni :)




13 comments:

☺NurulZulkifli☺ said...

yup yup yup.
rindu r cerita ni. :D

Ms.ze said...

aku penah tgk..mmg best..

dian:) said...

I taktahu berapa juta kali dah I dok ulang tengok movie ni thru DVD. Bestttt kann (:

ainaizzatisamsuddin said...

cite nie mmg best . . terbaek . .

asphaq said...

Pernah tengok! BEST!!!

Nazim Nasri said...

dialog Mak Kundur sempoi dan best. Hoii putih, ko ingat ko punya nyanyi tu boleh kenyang? hahah xD

MIRUL said...

dulu mase mule2 blajar mlukis...sempat gak try lukis era fazira dlm citer putih nie :)

Sandra Azwan said...

Animasi nie dah lama...best jugak!;-)

Nazim Nasri said...

@★★★ MIRUL ★★★

serius? ada simpan lagi sketches tu? nak tgk ;)

Nazim Nasri said...

@SANDRA AZWAN

sangat dah lama. masa tu kecik lagi hehe. :D

Kyl'Elna said...

NAZIM! KITA PUN KEBETULAN TENGAH BUAT ASGMNT BHS KEBANGSAAN PASAL PUTIH!!!:) ADA JODOHLA KITA NI

Anonymous said...

tengah buat research tentang ini :)
tahu tak senarai2 lagu dalam filem ni??
susah nak mencariiii~
tolong boleh??

sibersensasi said...

filem diatas tak lengkap setakat part 8 sahaja..tiada kesudahan cerita