Saturday, May 28, 2011

Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah! Tetapi tidak diizinkan Datuk K jika...


KUALA LUMPUR, 26 Mei: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersetuju untuk menyertai Askar Wataniah dalam satu platun yang akan turut disertai beberapa selebriti terkenal tanah air dalam masa terdekat.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Siti Nurhaliza telah mendapat persetujuan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa untuk menjalani latihan bagi tempoh 39 jam.


Beliau menjangkakan platun yang disertai Siti Nurhaliza akan mula menjalani latihan sebelum Ramadan ini.


"Selebriti ini akan menjadi ikon untuk menarik lebih ramai orang menyertai Askar Wataniah dan memberi motivasi kepada tentera kita yang berkhidmat di luar dan sempadan negara," katanya di sini hari ini.


Ahmad Zahid memberitahu, selain Siti Nurhaliza, penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor turut berminat untuk menyertai platun selebriti itu.


Katanya, beliau juga akan cuba mengajak beberapa artis termasuk pelakon lelaki di bawah umur 35 tahun untuk menyertai Askar Wataniah. -utusan


Petikan berita daripada Andyhowtt
Baru semalam kami postkan entri tentang Dato Siti ingin menyertai Askar Wataniah, dan Datuk K pun tidak menghalang isterinya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai latihan sebagai Askar Wataniah melainkan sekiranya wanita itu mengandung.
Datok K dikatakan tidak menghalang Dato Siti menyertai askar wataniah kerana syarat-syarat untuk menyertai Askar Wataniah tidak ketat dan Dato Siti tidak perlu masuk hutan dan menghabiskan masa untuk latihan selama berbulan-bulan seperti askar biasa.Sebaliknya dia hanya perlu menjalani latihan pada hujung minggu atau pada waktu lapang dan boleh berulang-alik dari rumah.
Dalam masa yang sama jikalau Dato Siti mengandung, mungkin saya tidak membenarkan dia menyertai pasukan itu. Setakat ini dia belum hamil lagi, kata Datuk K. Jelasnya, dengan penyertaan Siti dalam pasukan itu sekurang-kurangnya mampu memberi galakan kepada orang lain untuk menyertai pasukan berkenaan.
Malah beliau juga akan menggalakkan anak-anak lelakinya mengikuti jejak serupa dan Datuk K akan memberikan sokongan moral kepada dia memandangkan dia agak meminati bidang tersebut.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penyertaan Siti dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010, Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan, Khamis.
P/S: Pasni Siti dapat title apa eh? SARJAN DATO' SITI NURHALIZA TARUDDIN? haha ;)

3 comments:

Naufal Aqli said...

waaa.. cuba bygkan badan CT naik berketul2 ... ahahaha~

Mun said...

salute lah dgn dato siti ni..

saya budak baik said...

waaa....suke nye...thts is my idola !