Wednesday, May 11, 2011

Apa benda yang lebih hina daripada binatang dan iblis?

Pagi tadi masa aku tengah tengok video pasal RM perempuan puaka, ada satu part ni aku tertarik ayat dia. Aku tak tahu lah ni peribahasa ke, bidalan or what kan. Tapi memang nice lah dengar, and kali pertama dengar. nak tahu ayat dia cemana?

Segarang-garang harimau, dia tak makan anak dia. Tapi segarang-garang manusia, dia boleh buat apa dia suka dekat anak dia atau sesiapa saje!

Dan masa aku tengok halaqah sentuhan qalbu episod Cinta dan Anugerah, topic dia pasal kes pembuangan bayi. Ustaz tu pun ada bagi quotes yang similar dengan yang atas ni and so nice quotes.

" Kuda tidak akan menendang anaknya sendiri. Kuasa tendangan kuda boleh membawa maut."

Haa lebih kurang macam tu lah ustaz tu cakap. Tapikan, korang faham tak konteks ayat ni? Ni kes pasal buang keluarga, buang anak semua semua tu lah. Tahu tak, manusia yang jenis buang keluarga, buang anak anak ni bukan binatang, bukan iblis dan bukan syaitan tau. Tapi mereka semua ni lebih hina daripada tu.

Hati dorang ni dah hitam, tertutup rapat. Hidayah dah takleh nak masuk, apatah lagi rasa kesal. Memang tak akan terlintas bila kuasa syaitan dah masuk dalam diri, sanggup buang anak dalam jamban dan flush sampai mati. :(

Sebak kot bila ustaz tu cerita dia terjumpa seorang bayi tepi tong sampah;

"Sewaktu saya berjalan menuju ke surau, saya terdengar satu tangisan dan saya anggap ianya adalah kucing. Tapi anggapan saya meleset kerana tangisan tersebut adalah tangisan bayi di tepi tong sampah. Bayi tersebut menangis kerana dihurung semut, mata, mulut dan hidungnya digigit. Langsung saya mengambil tindakan segera mengangkat bayi tersebut, tetapi tangan saya terlepas dari peganggan bayi tersebut kerana seluruh tangan saya juga digigit semut. Bayangkan bagaimana bayi tersbut yang digigit. Subhanallah :("

Tengoklah. Betapa kejamnya manusia. Hilang pertimbangan.. Imam Ghazali pernah bertanya kepada anak muridnya tentang suatu perkara;
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"Murid 1 = " Gunung "Murid 2 = " Matahari "Murid 3 = " Bumi "Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Nampak tak? Nafsu adalah yang paling besar yang boleh menguasai diri.  Hmm dunia sekarang dah panas. Korang tak rasa ke? Beringatlah sebelum tiba hari perhitungan. Assalamualikum.

P/S: Teringin iPhone putih ni, nampak suci!. Tapi preffer blackberry kot :)

4 comments:

holaulala said...

harimau yang garang tak makan anak. tp kucing yang manje makan anak. huhu! (merepek lak)

uits. klau rajin like me at this page k.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.153825238018083.38406.104406449626629&closeTheater=1#!/pages/ErnieKhairina-collections/104406449626629

pic no.67. hee~~ tapi xpkse pon:)

miss flora said...

cakap pasal panas baru aq terrenung..
http://day-an-i.blogspot.com/2011/05/kenapa-aku-lulus-jpj.html

gymah said...

nafsu mengatasi segalanyaaa

Makbed said...

betul la perumpamaan camtu. Allah bagi akal kat manusia, tapi manusia guna untuk melakukan kerosakan.

Yang bab buang bayi ni, rasa cam tak mampu je nak sedarkan diorang. sebab dah banyak kempen, tapi still ada jugak baby kena buang.